Apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan. (Ar-Rahman: 29)
nak dikatakan sibuk, masih ada lagi ada masa terluang bagi saya. tetapi entah mengapa diri ini seperti merelakan masa itu pergi meninggalkan saya begitu sahaja dari saat ke saat, jam silih berganti, hari berganti hari, minggu bertukar minggu. saya tidak tahu mengapa saya terlalai oleh dunia yang penuh dengan fitnah. saya tahu masa yang berlalu pergi tidak akan dapt dikembalikan.
sudah lama agaknya diri ini hanya berhibernasi di rumah sahaja selepas menghadiri kuliah. entah kenapa agaknya kaki ini seakan-akan kaku untuk melangkah untuk mencari benih-benih ilmu untuk di taburkan supaya menjadi rimbunan yang bisa meneduhkanku di pekampungan abadi. inilah kelalaian yang saya bimbangi yang akan membinasakan saya. jika remaja lain sibuk dengan gelora cinta dan nafsunya, saya banyak menghabiskan waktu dengan terbuai dek mimpi-mimpi kerana tidur yang panjang. tidak dinafikan jadual kuliah agak padat tetapi masa yng tersisa hanya dihabiskan untuk melelapkan mata sahaja. seakan-akan terlupa yang malam itu panjang, tetapi hanya diperuntukkan untuk istirehat sahaja, manakala siang itu bersih, sudah tentu saya hiasi dengan dosa dan noda dalam sedar ataupun tidak.
diri ini masih terngiang lagi oleh kata-kata seorang muallaf yang mengatakan umat Islam di Malaysia cukup selesa. mereka hanya memikirkan jika dapat bersolat berjemaah, dapat pergi kerja dengan selamat, pulang dengan selamat, anak-anak dapat pendidikan dengan baik, itu sudah memadai. mereka jarang memikirkan nasib orang yang tidak seperti mereka yang hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. janganlah di salahkan jika gereja yang menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan ini. sambungnya lagi. saya pada ketika itu tidak bersetuju dengan kata-katanya tetapi bila difikirkan ada kebenaran dari komentarnya itu memandangkan dia seorang muallaf.
saya juga akur kurangnya kesedaran umat Islam itu sendiri untuk memastikan kebajikan umat Islam ini di pelihara. di Negara ini ada institusi zakat tetapi di manakah wang hasil kutipan zakat dibelanjakan?. diri ini tidak mahu menyalahkan sesiapa tetapi sekadar bertanya jika ada yang sudi menjawabnya. kenapa masih ada pemimpin yang makan rasuah sedangkan nasib rakyat menderita mencari sesuap nasi? inilah yang membuatkan saya amat menyesalinya.
sekadar ini sahaja untuk kali ini. wassalam
kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya
Tuesday, March 16, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
al-quran
lawati juga
-
hatiku masih tidak mahu berhenti berceloteh,masih tebal diingatan ku tentang saudara-saudaraku di Palestin, bumi para Anbia. pada Ramadhan...
-
Salam. Akhirnya dapat juga balik ke kampung untuk bercuti semester dan juga menyambut Hari Raya Aidil Adha. Inilah kehidupan seorang...
-
salam alaik, Sebulan tidak update blog ni. terasa malas pula nak menulis dalam musim cuti. Tetapi cuti kali ini tidak dapat dinikmati deng...
-
salam alaik Sudah 6 hari paper terakhir tamat. terasa amat singkat berada di rumah. hanya 3 hari kerana aku perlu mengikuti program yang ti...