Saturday, April 24, 2010

tawakkal

salam alaik
final exam sudah pun bermula. setelah sepanjang semester kita mengerah keringat, sudah tentu final exam merupakan medan untuk kita menterjemahkan kefahaman yang kita perolehi sepanjang pengajian kita semester ini. bagi yang bakal menamatkan pengajiannya pada semester ini, ini adalah peluang terakhir untuk membuktikan sesuatu pada diri dan kepada mereka yang telah banyak mendedikasikan kita. apa pun setiap yang kita telah lakukan hendaklah besertakan dengan tawakkal.
sekadar itu sahaja. selamat menduduki ujian akhir semester. doa mengiiringi kejayaan kalian semua.

Friday, April 23, 2010

Atasi Perasaan Marah

Setiap sesuatu perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. apa yang mampu kita lakukan adalah dengan banyak bersabar dan ingat kepada Yang Maha Pencipta. adakalanya kita marah dengan ujian yang sering menimpa kita. kita harus akui bahawa perasaan marah juga adalah lumrah dalam diri setiap insan. apa yang penting kita jangan terikut-ikut dengan perasaan marah kerana ia akan memudaratkan kita juga akhirnya.
sebagai seorang yang rendah hatinya pasti memaafkan kesilapan orang lain kerana ia adalah satu nikmat yang tiada mampu diungkap oleh kata-kata.
sebagai insan yang daif, saya tidak mampu untuk berkongsi bagaimana untuk menjinakkan perasaan marah kerana saya juga pernah marah walaupun ia tidak keluar melalui kata-kata. saya juga lebih suka memendamkan sahaja di dalam hati kerana seboleh-bolehnya saya menjaga hati dan perasaan orang lain walaupun mereka tidak pernah menjaga hati dan perasaan kita. apa yang boleh saya kongsikan ialah kita sama-sama berusaha menghilangkan perasaan ini kerana ia membuatkan hati kita sentiasa tenang.
Beberapa minggu yang lalu saya sangat terkilan dek perbuatan beberapa orang sahabat kerana beberapa kemahuan saya tidak dipatuhi walhal saya sudah mengingatkan mereka terlebih awal dan agak kerap. sedangkan mereka tahu yang assignment sudah hampir tempoh hantar. disebabkan kelompok inilah membuatkan assignment 1 kelas terpaksa dilewatkan penghantarannya kerana saya dipertanggungjawabkan untuk menghantar assignment dalam bentuk cd. pada waktu itu saya hanya tenangkan hati saya dengan selalu menyebut, orang lain tidak memenuhi kehendak aku, aku dah terasa hati dan marah sedangkan aku sendiri juga sering tidak memenuhi kehendak Pencipta-ku. Adakah Tuhanku tidak murka dengan kedegilanku?.
Kita sering mengatakan puasa sunah itu ibadat, solat dhuha juga ibadah, tapi dalam masa yang sama kita gagal menyiapkan tugasan kita, selalu lewat ke kuliah dan sering tidur semasa kuliah. bagaimana dengan ibadah sunat yang kita lakukan itu dalam keadaan orang lain memendam rasa? memang persoalan amal ibadah Allah yang kurniakan ganjarannya tetapi apakah kita perlu menyingkirkan perasaan orang lain semata-mata? di mana letaknya habluminallah wa habluminannas(saya tiada software jawi)?
sekadar itu sahaja dari saya. wasallam

Tuesday, April 13, 2010

sekadar meluahkan rasa

beberapa hari kebelakangan aku sering menerima persoalan yang ingin aku padamkan dalam kamus ingatanku. tetapi entah mengapa persoalan-persoalan ini sering mengganggu lenaku. aku sendiri tidak mengerti apakah masa silam akan mampu kembali lagi? ataukah ini yang harus aku terima atas kesilapan yang lalu.
memang benar aku pernah bercinta atau couple pada suatu ketika dahulu dan mungkin ramai yang tidak mengetahui kerana aku sangat berahsia tentang masalah peribadi. tetapi sejak kebelakangan ini seolah-olah perasaan ini berlegar-legar mencari di mana silap dan salah. aku akui setiap manusia pasti melakukan kesilapan apatah lagi kita hanyalah insan biasa.
sudah hampir dua tahun cintaku putus di tengah jalan tetapi aku tidak pernah menyesalinya kerana aku yakin pada ketentuan qada' dan qadar Ilahi sementah lagi soal ajal dan jodoh belum diketahui bilakan tiba waktunya. kekosongan jiwa sentiasa terisi dengan perkara-perkara yang tidak pernah ku dapat semasa di sekolah dulu. adakah ini di namakan hidayah dan petunjuk-Nya. aku merasa gembira dan aman-aman sahaja di sini walaupun aku kehilangan cinta daripada makhluk yang bernama wanita.
keyakinan bertambah utuh menyatakan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. aku tidak tahu aku dalam kategori yang mana kerana aku tiada mengetahui perkara-perkara yang ghaib apatah lagi membayangkannya. cuma ku yakin kematian pasti datang tanpa ku mengetahui di mana kuburku kelak.
setiap kali aku dihimpit dilema, aku hanya pada Yang Maha Satu dan tiada mungkin ada yang kedua. setiap kali aku melihat unggas-unggas beterbangan di kala senja hampir tiba, terdetik rasa cemburu di hatiku kerana mereka tidak pernah lalai bertasbih kepada Tuhan Yang Maha Pencipta, sedangkan aku selalu lalai dan leka dek perkara-perkara yang mengasyikkan.
sekadar itu sahaja setakat ini. aku memohon keampunan jika ada hati yang terasa di kala membaca komentarku kali ini.

al-quran

Listen to Quran

lawati juga