Monday, June 28, 2010

Persediaan baru, Cabaran baru

Salam alaik,

Rejab sudah berkunjung tiba menanti hadirnya Syaaban sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadhan. ibarat sepantas cahaya masa berlalu seakan-akan tidak mampu untuk menggapainya. tahun ini juga seperti biasa berpuasa semasa dalam sesi kuliah. banyak persediaan kena buat agar sesi pembelajaran dan puasa tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Ahad ni 4/7/10 saya akan daftarkan diri di kampus induk shah alam. ada juga bertanyakan sahabat-sahabat yang telah pun berada di sana sebagai matlumat awal persediaan ke tempat baru

Ini merupakan cabaran baru bagi saya dan merasakan ujian paling getir bakal dihadapi kerana sahabat-sahabat saya ada menasihatkan agar jaga iman molek-molek kerana di sini bukan sahaja cabaran dalam bentuk kuliah tetapi juga akhlak, sosial malahan masalah pergaulan juga. ada juga yang nasihat agar menguruskan kewangan dengan bijak. terima kasih atas nasihat kalian.

persediaan awal sudah pun tersedia seperti membayar yuran pengajian, rumah sewa telah pun tersedia, medical check up telah pun di buat. itu hanyalah sebahagian persediaan jasmani tetapi persiapan rohani belum cukup baik kerana banyak lagi benih ilmu yang perlu di tanam, di semai sebelum ia boleh dituai hasilnya. harapnya hasil yang diperoleh mendatangkan manfaat bersama. harapya juga saya menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bersabar dengan ujian yang dihadapi.

saya mengharapkan akan bergiat aktif setelah kuliah bermula nanti dan juga mendoakan agar diberi kesihatan yang baik bahkan memohon dipermudahkan setiap urusan oleh-Nya. sekian sahaja untuk kali ini.

Saturday, June 19, 2010

Tidak semua milik kita

Keputusan final exam telah pun keluar dan keputusan untuk sambung belajar untuk ke degree juga telah diketahui. ada yang telah memperolehi apa yang mereka hajati dan sudah semestinya antonimnya gagal memperolehi apa yang mereka inginkan. bagi yang berjaya ucapan tahniah saya ucapkan dan bagi yang gagal, La tahzan kerana perjuangan kita bukan hanya terhenti di sini kerana di depan kita masih lagi ada ruang dan peluang menanti untuk kita. sebagai muslim kita kena yakin bahawa ajal, jodoh, rezeki semuanya di tangan Allah tiada berkongsi pun dengan mana-mana kerajaan negara di muka bumi ini kerana Dialah yang mempunyai kerajaan meliputi langit dan bumi. kadang-kadang apa yang kita impikan tidak kunjung tiba manakala yang ingin kita elakkan itulah yang mendatangi kita.

Apapun kita haruslah berusaha jangan hanya mengharapkan rezeki, jodoh itu berkunjung tiba di depan mata kita kerana Islam menganjurkan umatnya supaya berusaha. jika kita dapat apa yang kita usahakan syukurlah, jika kita tidak dapat apa yang kita kerjakan maka sabarlah dan teruskan usaha kita. Allah tidak menzalimi setiap makhluk-Nya kerana Allah Maha Adil.yang zalim hanyalah kita yang naif ini. Allah mendengar setiap rintihan hamba-Nya dan kerana itulah kita disyorkan supaya berdoa dan pasti Allah akan makbulkan doa kita samada cepat ataupun lambat sahaja

Friday, June 11, 2010

lagha sungguh

salam alaik

cuti semester yang panjang memang menyeronokkan jika ia terisi dengan baik. bagi aku cuti semester ni tiada apa yang boleh dikongsikan memandangkan aku hanya beraktiviti di rumah. lebih membarahkan lagi keadaan kerana piala dunia sudahpun bermula. kejohanan empat tahun sekali ini memang menjadi suatu fenomena kepada seluruh pelosok dunia kerana keterujaan menyaksikan pasukan-pasukan bertanding beraksi untuk merebut piala keagungan itu.

Di Malaysia tidak kurang hebatnya. walaupun negara belum pernah melangkah ke padang untuk beraksi di pentas piala dunia tetapi sambutannya sangat hangat. kejohanan yang telah pun memasuki edisi ke -19 ini menjadi perbualan yang hangat kerana ia di tambah dengan perencah cadangan kerajaan meluluskan lesen judi bagi kejohanan pada edisi kali ini. cadangan ini mencetuskan debat yang hebat memandangkan idea kerajaan untuk memenuhkan kantung negara dengan satu lagi hasil ekonomi yang secara terang-terangan haram di sisi Islam.

Memang benar cadangan meluluskan lesen judi bagi bola sepak belum lagi di luluskan (sehingga artikel ini ditulis) oleh kerajaan. sebelum mengeluarkan sebarang idea ia perlu merujuk dahulu kepada rakyat dan sensitiviti kaum di Malaysia. negara ini mempunyai majoriti kaum melayu yang menganut agama Islam dan pemerintah kebanyakan beragama Islam di samping perlembagaan negara meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. jika 5 mantan PM sebelum ini tidak pernah menyuarakan hasrat untuk meluluskan lesen judi bola sepak tetapi kenapa yang ke-6 ini sangat berani? adakah beliau peminat fanatik bola sepak?

Disamping itu di mana suara ulama dalam menangani isu ini? kenapa membisu seribu bahasa sedangkan di televisyen sangat bijak berkata-kata? adakah kerajaan tidak memberikan mikrofon untuk bersuara atau ingin menjaga periuk nasi sahaja? jika isu minyak negeri Kelantan maha hebat diperdebatkan, ada ulama yang bersuara menyokong kerajaan sehingga hari ini kerajaan pusat tidak memberi sesen pun kepada kerajaan Kelantan. tetapi untuk mempertahankan perkara halal haram seperti ini diam tanpa kata. ada jugak kedengaran suara sumbang mengatakan kalau tak diberikan lesen, mereka tetap berjudi juga. buktinya belum lagi piala dunia membuka tirainya sudah dibuat tangkapan atas kesalahan berjudi ini. tetapi cuba fikirkan jika ia diluluskan, mesti tiada tangkapan dibuat kerana ia telahpun diluluskan lesen oleh kerajaan yang memacu pemerintahan selama 52 tahun kemerdekaan negara.

bagi saya siapa menang atau kalah pada kejohanan kali ini tidak memberikan sebarang kesan kerana kita tidak mendapat apa-apa darinya. Islam menggalakkan umatnya beriadah atau bersukan bukannya menjadi pasukan sorak. saya bersetuju dengan pepatah menang sorak tetapi kampung tergadai. apa tidaknya, kita dibebani dengan pelbagai isu yang memerlukan kita menanganinya seperti kes zina, pembuangan bayi, kes khalwat, permasalahan Palestin yang tiada kesudahannya dan pelbagai lagi membabitkan remaja hingga ke golongan senja.

sekian sahaja dahulu.

al-quran

Listen to Quran

lawati juga