Saturday, July 31, 2010

Dilema kian Berakhir

Dalam minggu ni fikiran aku kurang menentu. Aku mendapat peluang yang tidak pernah ku fikirkan. pertamanya ialah aku dapat menyambung pelajaran melalui program penyerapan. ini memang impian aku semasa di alam diploma lagi. Alhamdulillah aku dapat dengan izin dari-Nya. keduanya ialah aku ditawarkan training oleh MAFC setelah aku melepasi dua proses interview. aku juga tertarik dengan tawaran yang ditawarkan memandangkan aku bercita-cita untuk menjadi usahawan tani. peluang yang datang oleh anak syarikat Khazanah Nasional ini hadir di saat aku belum bersedia menghadapinya.

Dalam minggu ni hampir setiap hari aku berhubung dengan mak ayah untuk meminta pendapat, juga tidak lupa kepada beberapa lagi orang aku percaya untuk meminta pandangan memandangkan ini adalah peluang yang menjelma mungkin hanya sekali dalam hidup. ku rasakan ada juga hikmahnya disebalik peluang ini datang kerana, pertamanya, Aku hanya selalu bergantung kepada Allah melalui doa harianku meminta yang terbaik bagi-Nya dan juga bagiku. jika selama ini aku sering membuat keputusan yang sangat terburu-buru tetapi kini aku terasa tenang sebelum aku membuat keputusan muktamatku. keduanya aku sering menelefon keluarga di rumah, sesuatu yang jarang aku lakukan semasa kehidupan di asrama dulu dan juga semasa aku belajar di peringkat diploma. semasa di asrama aku tidak membawa mobile kerana ia dilarang oleh pihak sekolah dan lagipun aku tidak terdesak untuk memilikinya. semasa di universiti juga, aku hanya reload sebulan sekali dan jika kredit habis, aku hanya akan tunggu untuk bulan berikutnya untuk top up.

untuk MAFC aku diberi masa sehingga 5 Ogos ini untuk menyatakan kata putus samada aku terima atau menolaknya. aku akan cuba lakukan yang terbaik dengan gerak hati yang telah diputuskan oleh Allah untuk hamba-Nya ini. aku adalah milik Allah dan sepenuh keyakinan aku menyatakan apa yang diputuskan oleh Yang Maha Pencipta adalah yang terbaik seperti mana yang selalu ditekankan dalam firmanNya dalam surah al-baqarah ayat 216. aku hanya mampu berusaha sekadar termampu dan selebihnya adalah urusan dari Yang Maha Mengetahui. aku menanyakan pendapat daripada orang sebagai penguat motivasi bagiku untuk terus berusaha dan berharap hanya pada Yang Satu.

ada juga perasaan yang tidak enak aku dengari kerana ramai yang berpendapat aku tiada pendirian. ada yang kata buat apa hadir ke interview kalau dah setting nak belajar, lagipun diploma bukan menjanjikan apa-apa. aku terima pandangan ini tanpa menoktahkan walau sebutir kata. ada yang kata aku menutup peluang orang lain disebabkan aku menyertai interview peringkat kedua. yang kedua ini aku berhujah kerana pertamanya adalah rezeki itu semuanya datang dari Allah, peluang pekerjaan itu hanyalah sebahagian asbab untuk mendatangkan rezeki kepada makhluknya. jika aku dikatakan menutup peluang orang lain, maknanya bagi orang mendapatkan sesuatu melalui kaedah kabel ataupun berpusatkan kepada orang tengah dipanggil apa? boleh juga dikatakan pengkhianat kerana menzalimi orang lain. sebenarnya aku apply kerja hari tu pun sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. sebelum aku menyambung pengajian peringkat sarjana muda, aku belum mengetahui takdirku, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. bagi seorang usahawan business plan dan back up plan sangat penting. ini adalah sebahagian back up plan aku menghadapi sebarang kemungkinan berlaku.

sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan apa yang aku miliki walaupun di sisipan lain ramai yang memerhatikanku dalam serba kekurangan. aku lebih rela menerima kekurangan daripada kelebihan yang membuatkan aku leka pada rahmat Allah. aku tidak mahu memikirkan sangat duniawi kerana mengejarnya membuatkan aku letih dan lelah. cukuplah bagiku apa yang telah dicukupkan oleh Allah. terima kasih ya Allah kerana memenuhi setiap permintaanku walaupun aku bukanlah hamba terbaik bagi-Mu. maafkanlah aku kerana tidak pernah sempurna mencintai-Mu. namun ku harapkan lidahku sentiasa basah mengingati-Mu. sekadar ini sahaja dariku, aku memohon sejuta kemaafan atas kesalahan yang disengajakan atau sebaliknya.

Friday, July 16, 2010

aku juga menanti

salam alaik.

syaaban sudah pun menjengah tiba di dalam kalendar qamari umat Islam. lebih kurang 3 mingggu lagi umat islam akan menyambut kedatangan bulan yang di nanti-nantikan iaitu bulan Ramadhan al-mubarak. belum pun ramadhan menjengah tiba harga gula dan petrol sudah pun dinaikkan. adakah ini juga signal barang-barang yang lain juga akan berubah tanda harga? kita tunggu dan lihat sahaja apa akan dilakukan oleh pemimpin yang adil lagi bijaksana dalam menguruskan pentadbiran dan keperluan rakyat. ataukah semakin ramai rakyat yang bakal di gelar asnaf yang layak menerima zakat. sama-sama kita perhatikan di bumi malaysia yang permai ini.

lama juga saya tidak mendengar berita tentang pemberian wang ehsan kepada negeri kelantan walaupun kelantan menuntutnya sebagai royalti petroleum. ini juga menggambarkan kerajaan pusat juga dipimpin oleh mereka-mereka yang selalu menepati janji. syabas diucapkan kepada kecekapan dasar pemerintahan yang selalu membisu apabila diminta penjelasan. inilah ciri-ciri pemimpin yang telus, menyembunyikan kebenaran, menuding bagi sesuatu yang tidak pasti. ini yang menghairankan saya kenapa pemimpin-pemimpin beriman ini sanggup memperdayakan rakyat. saya juga tidak pasti berapa liter air yang dihabiskan untuk membersihkan diri mereka tetapi hati tetap lagi kotor, kini ingin bertayyamun dengan pasir di selangor pula.

bila terkenangkan golongan fakir miskin, membuatkan saya menitiskan air mata kerana sukarnya hidup yang dihadapi. ini bukan hanya lahir dari hati saya sahaja bahkan bagi sesiapa sahaja yang yang masih mempunyai hati dan perasaan. kita bertuah kerana negara kita diberikan sumber hasil bumi yang tidak terkira banyaknya berbanding di tempat lain, di kurniakan keamanan yang tidak dikecapi oleh oleh negara lain. benarlah firman Allah yang bermaksud jika kamu ingin menghitung nikmat-nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat menghitungnya. bahkan jika kita menggunakan dacing untuk menimbangnya maka dacing bukan lagi senget tetapi akan pecah berkecai.

 kita mengaku membaca al-quran, tetapi kita seolah-olah tidak mahu untuk memahaminya sedangkan equation fizik, kimia dan sebagainya kita mampu menguasainya bahkan tahu di mana ingin digunakan dan bila untuk menggunakannya, tetapi tidak untuk tuntutan al-quran dan hadis nabi. adakah kita lebih bijak dari Allah dan rasulnya. inilah sifat takabbur yang dimegah-megahkan oleh para pemimpin sehingga mentah-mentah menolak hudud, bersungguh-sungguh mempertahankan arak dan judi memandangkan ia mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan untuk negara.

saya tidak hairan jika ulama-ulama menyokong kefasikan kerana mereka bukan dipilih oleh Allah sebagaimana nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah. saya tidak bersedih jika mufti-mufti membisu demi mempertahankan jawatan mereka kerana dunia sudah menjadi milik mereka. saya hanya meletakkan keyakinan pasti ada hamba Allah yang berjuang mempertahankan agamaNya kerana janji Allah pasti berlaku walaupun hamba-hamba Allah yang istiqamah menyambut seruan ini dalam nisbah yang sedikit.

sebagai umat Islam saya rasa bertanggungjawab untuk nasihat-menasihati kerana ia memberi manfaat kepada umat. kita sama-sama menanti menghitung nasib samada kita di kurniakan syurga ataupun dihumban ke neraka. sekian sahaja untuk kali ini. wallahualam

Sunday, July 11, 2010

Dua Qunout - Nazilah

tempat baru

tuan kedai: oghe kelate ko?
aku: em. baru jah sapa sini.
tuan kedai: sini tu dok mano?
aku: dok s. 7
tuan kedai: belajar uitm ko?
aku: em. baru jah sambung sini.
tuan kedai: sekalo orang kelate biaso cari kedai oghe klate jugak. sebab tu kawe tnya demo.

aku hanya tersenyum. aku baru je tiba di shah alam beberapa hari yang lalu. kebetulan aku singgah di kedai pak cik tadi. lama juga aku berbual-bual dengan pak cik tu, maklum la nasi kerabu bila berjumpa dengan budu memang sedap. asyik juga kami berbual-bual. orang kelantan dengan sesama kelantan seperti ada satu chemistry walaupun berada di tempat orang. hampir seminggu di sini dan sudah ramai aku temui orang kelantan selain dari housemates ku 3 orang juga kelantanis. di shah alam ni aku berasa tidak asing walaupun pertama kali berada di sini. begitu juga semasa di jengka dahulu. tiada masalah untuk menyesuaikan diri walaupun aku tiada saudara mara di sini. mungkin aku dah terbiasa berada di asrama seusia awal 13 tahun lagi.

tempat baru semestinya menghamparkan suasana yang baru. tetapi aku belum menjelajah sepenuhnya ditempat baru ni. biasa la aku jenis lambat panas. bukan juga seperti lipas kudung. balik kuliah biasanya aku tidur sahaja. tak juga pasti kenapa akhir-akhir ni aku selalu terasa letih, mungkin sebab selalu je sesat nak cari bilik kuliah. terasa lucu juga hari pertama dah kena marah sebab tak jumpa kelas. nak baca buku aku letak kat rumah di kota bharu, aku tidak membawanya sebab tak muat tangan nak pikul. InsyaAllah lepas cuti raya ni aku akan punggah ke sini. tu pun kalau pak saudara aku balik ke k.b. buleh aku tumpang di bonet keretanya.

cuma aku merasakan sedikit tidak kena jika harakah dan suara keadilan diharamkan untuk diterbitkan. ada beberapa lagi akhbar bakal diharamkan. apa yang tidak ena dengan akhbar ni. adakah kerana akhbar-akhbar ni menceritakan perkara sebenar tentang penyelewengan kerajaan?. aku juga tidak hairan tentang berita beberapa ulama muda menyertai umno dan aku juga tidak terkejut jika sokongan rakyat kepada BN semakin merosot. ini merupakan tanda-tanda awal PRU-13 bakal bertukar kerajaan.

setakat ini sahaja. aku terasa agak malas untuk mengulas isu-isu yang aku baca. mungkin masaku diawal julai-ogos ni untuk menyelesaikan beberapa perkara memandangkan taraf hidup di sini berbeza sedikit.

al-quran

Listen to Quran

lawati juga