Wednesday, December 9, 2009

cuti

cuti mungkin menggamitkan suasana gembira bagi sesiapa sahaja, saya juga tidak terkecuali. adakah kita memanfaat setiap masa lapang yang terluang ini untuk sesuatu pekerjaan yang mendatangkan manfaat kepada kita. mungkin masa inilah adalah waktu yang tepat untuk kita mempersiapkan mental dan fizikal kita sebelum kita mengharungi semester yang baru.
cuti tidak bererti masa hanya untuk berehat sahaja, masih banyak perkara yang boleh kita lakukan pada waktu senggang kita. di sini saya ingin berkongsi tentang pengisian saya pada waktu cuti saya pada semester ini memandangkan inilah kali pertama saya dapat menikmati cuti tanpa sebarang tugasan universiti dan juga komitmen dengan praktikal.
saya banyak berjalan ke rumah kenalan saya dan juga menghadiri reunion yang diadakan bersama-sama dengan teman-teman di bangku sekolah dahulu. kami banyak berkongsi cerita terbaru dan aktiviti yang kami jalankan. saya tidak henti melafazkan rasa syukur saya ke hadrat-Nya kerana ramai dikalangan sahabat saya yang menyertai jemaah Islam di tempat pengajian masing-masing. ada yang tidak di sangka-sangka yang dahulunya nakal-nakal tapi sekarang sudah bersaling kulit.
sekian sahaja dulu dari saya. semoga ukhwah kita terus terjalin.
disebalik Islam dilabel dengan berbagai-bagai nama, masih ramai yang sanggup bersama-sama berganding bahu untuk mempertahankan kesucian agama ini. inilah yang membuatkan saya bertambah yakin untuk turut sama menyertai pasukan tentera Allah untuk membela Allah. doakan saya agar selalu istiqamah dan tidak lari dari landasan perjuangan. saya juga mengakui tanpa bimbingan saya tidak mampu menahan asakan yang datang bertali arus.

Wednesday, December 2, 2009

join group

join group saya, gerakan menuntut royalti petroleum rakyat kelantan. add dalam facebook saya. wanmzul@yahoo.com. kita solat hajat semoga hak kelantan diberikan kepada rakyatnya. doakan juga kepimpinan ulama tetap teguh di bumi cik siti wan kembang. sokonglah kerajaan Islam dan patahkan agenda jahat para sekular.

Tuesday, December 1, 2009

BTN

Sepatutnya dari dulu lagi BTN ini tidak dibenarkan dilaksanakan kerana ia tidak banyak mendatangkan faedah daripada manfaatnya. Walaupun kursus ini tidak lah zalim seperti ISA, tapi mesti ada sebabnya mengapa UMNO ingin mempertahankan kursus ini terutama kepada golongan mahasiswa. Walaupun mereka seringkali menafikan bahawa kursus ini tiada kena mengena dengan brainwashing kepada peserta-peserta yang terlibat dengan menyatakan ia adalah wadah untuk memupuk semangat patriotik warganegara Malaysia.

Saya menyokong tindakan kerajaan Selangor yang tidak membenarkan agensi yang melibatkan kerajaannya dan IPT dibawahnya menyertai program meng- UMNO-kan rakyat Malaysia. Saya sendiri pernah terlibat dengan program ini sebanyak 3 kali tetapi bukan atas kerelaan saya sendiri dan saya tidak menikmati setiap modul yang dilaksanakan oleh pengelola acara. Saya juga merasakan negeri lain juga patut mengikut jejak negeri Selangor. Bajet negara pun boleh dijimatkan dengan mengetepikan program sebegini. Bohonglah kalau dikatakan program yang dijalankan tanpa mengeluarkan perbelanjaan.

BTN tetap boleh dilaksanakan jika kerajaan pusat memang ikhlas ingin menyedarkan rakyatnya tanpa memburuk-burukkan pemimpin yang didakwa adalah pembangkang sedangkan di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan mereka adalah pembangkang. Kita juga berdoa agar kemelut di Perak akan berakhir dengar membubarkan DUN negeri berkenaan. Jika benarlah si uban benar-benar ingin mengotakan semangat 1 Malaysia dilaksanakan dengan jayanya inilah masanya suara rakyat didahulukan. Apa nak ditakutkan jika UMNO-BN yakin rakyat Perak masih dipihak mereka maka laksanakan saja permintaan rakyat Perak.

Sewaktu di BTN saya masih teringat lagi kata-kata seorang fasilitator veteran yang bertanyakan kepada saya dan ahli-ahli kumpulan saya mengapa semakin banyak universiti di tubuhkan semakin ramai pemuda-pemudi bangsa berpaling arah dari menyokong perjuangan UMNO? Dan sayalah orang berani menjawab pertanyaan itu dengan menyatakan itu tandanya rakyat semakin cerdik dan pandai membuat pilihan untuk masa depan mereka. Beliau mengajukan pertanyaannya yang seterusnya sehingga sampai kepada soalan keramat yang penuh perangkap, adakah kamu sebagai orang melayu merelakan UMNO diterajui oleh orang lain?.

UMNO dari dahulu lagi memperjuangkan semangat assabiah sempit mereka seolah mereka terlupa zaman telah berubah. Lupakah mereka tentang kata-kata Saidina Umar yang menyarankan agar bapa mendidik anak dengan cara berlainan kerana anak-anak ini dilahirkan untuk generasi akan datang. Inilah padahnya kerana mengamalkan konsep sekularisme walaupun mendendangkan irama nasyid membela Islam dengan nada kepura-puraan. Bagi saya UMNO tidak relevan untuk generasi masa depan walaupun mereka mempunyai ulama-ulama yang hebat sekalipun. Apa gunanya ada ulama yang bisu dalam memperbetulkan kejahilan pemimpin-pemimpinnya. Ataukah mereka mengamalkan kosep 3D, duduk saja dapat duit.

Sekian sahaja daripada saya. Ini merupakan pandangan saya kerana melalui penulisan blog inilah mampu menjadi medium terbaik untuk mengasah lidah agar lebih tajam seperti pedang para syuhada. Jika ada silap dan salah saya menyusun seribu kemaafan.

Monday, November 30, 2009

pandangan saya


sudah lama agaknya tidak update blog ni. saya pun tidak pasti kenapa saya agak malas untuk melayari internet sejak cuti semester ni. dalam fikiran ni masih tidak mampu menahan asakan yang ingin diperdebatkan antara hawa nafsu dan juga naluri hati untuk meniti titian kebenaran. serasanya jalan kebenaran semakin sempit untuk di redah tapi saya akan berusaha untuk merentasinya biar pun ia terlalu sukar.
Akhir-akhir ni sungguh selesa rasanya media-media milik UMNO meredah banjir di Kelantan untuk  mencari berita-berita yang hangat bagi melariskan jualan mereka. Seakannya nampak sedap apa yang mereka sajikan sup rasuah di PMBK, bayar dengan tajaan haji dari MB Kelantan, doa makan menghancurkan najib dan sakit perut minta cuti Husam. Dengan musim tengkujuh belum nampak lagi tanda ingin pulih maka mungkin mereka akan tinggal lagi di sini untuk beberapa waktu menikmati nasi kerabu yang lebih hangat untuk santapan pembaca setia mereka.
Memang seronok mendengar lagu fitnah mereka demi melihat hancurnya sebuah kerajaan yang dipilih rakyat cik siti wan kembang ini yang sudah pun menjangkau usia 20 tahun. Sepatutnya kerajaan pusat mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Kelantan kerana menjaga rakyat Malaysia di negeri ini dengan baik bak kato oghe semuo tok tala blako. Janganlah merasa gundah kerana gagal  memerintah  Kelantan kerana kami di sini selamat di payungi kepimpinan ulama. Rakyat perlukan payung memandangkan Kelantan kerap hujan  dan bah.
Ingatlah setiap usaha oleh para munafik untuk menggagalkan kebangkitan Islam hanyalah memakan diri sahaja. bertaubatlah dan kembali kepada Islam yang syumul. Tiada gunanya pergi haji menjadi tetamu Allah tetapi pulang ke negara untuk menyekutukan Allah dan rasulnya. Hebat sangatkah dengan mempertahankan undang-undang penjajah dengan rasa angkuhnya menolak hukum Allah? Kaya sangatkah dengan mengamalkan ekonomi kapitalis dengan mengabaikan cara berurus niaga dengan jujur tanpa ada penindasan.

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Allahu akbar 3x.Selamat hari raya korban kepada muslimin dan muslimat sekalian tidak kira di mana jua anda berada. semoga kita semua dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar di hari yang mulia ini. sembelihlah sifat munafik jika ada pada diri dan terima lah agama Islam ini dengan secara total. sekian sahaja yang dapat dinukilkan pada kali ini. salam penuh keinsafan dari insan yang masih mencari

Tuesday, November 17, 2009

Al-Fatihah buat syuhada Memali.


Wahai orang-orang beriman. Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.(As-Saff: 10-11)
Inilah pejuang-pejuang yang konsisten dalam memartabatkan agama Allah di muka bumi yang juga menjadi milik Allah yang mutlak. Sudah menjadi kelaziman bagi orang yang berjuang terpaksa mengharungi badai dan merempuh onak duri yang penuh berliku demi menegakkan agama tercinta. Kita tidak diberikan pilihan yang maksimum kerana jika kita memilih untuk menghambakan diri untuk dunia maka kita muflis di akhirat yang kekal abadi. Sekiranya kita memilih akhirat maka inilah jalan yang perlu kita tempuhi. Perjuangan tidak semudah seperti kita mengalunkan bait-bait lagu mendodoikan anak-anak kecil di dalam buaian.
Tanggal 19 November 2009 maka genaplah 24 tahun pemergian para syuhada peristiwa berdarah Kg.Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah Darul Aman. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Dengan suaranya itu jugalah beliau ditakdirkan untuk bertemu Allah sebagai syuhada bersama dengan 13 yang lainnya. Inilah adalah harga yang perlu dibayar untuk membeli sebuah perjuangan. Saya tidak mampu memanjangkan penulisan ini kerana sesuatu ketakutan yang menyelubungi saya ketika ini,

Wahai orang-orang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (As-Saff:3)
Sungguh mendalam ayat itu bagi diri saya yang daif ini. Bagi yang sudi membaca komentar saya pada kali ini, saya memohon agar kalian sudi mendoakan saya untuk mati bersama-sama para syuhada. Jika dikira pada usia, memang saya akui saya masih mentah dalam mengharungi rencah hidup ini. Namun saya tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan untuk menangguh-nangguhkan kerja dakwah walaupun ia sedikit ibarat sebutir pasir.

Mereka hendak memadamkan cahaya(agama) Allah dengan mulut(ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang kafir membencinya. (As-Saff: 8)

Dewasa ini terlalu banyak fitnah yang dihamburkan untuk menghentam orang-orang Islam yang istiqamah dalam perjuangan baik di negara ini mahupun di luar sana untuk menjatuhkan serta memesongkan akidah umat Islam. Perkara ini juga sering dilakukan oleh pihak kerajaan yang bertungkus-lumus bantu-membantu untuk menghancurkan Parti Gerakan Islam, Parti Islam Se-Malaysia(PAS). Saban hari kita di sajikan dengan berita yang kurang enak yang dihidangkan oleh pihak BN untuk menghancurkan pihak yang menentang mereka. Agenda serta propaganda mereka tidak akan terhenti selagi matlamat yang menghalal cara mereka bertindak. Apatah lagi media yang selalu berpihak kepada mereka.

Kembali kepada peristiwa berdarah Memali, kes ini tidak akan dibicarakan selagi UMNO memegang tampuk pemerintahan negara. Kes ini juga mungkin akan semakin sukar untuk mendapat keadilannya memandangkan seorang demi seorang yang boleh dijadikan saksi telah pergi ke rahmatullah. Apapun terima kasih kepada BN kerana mampu menghadiahkan mati syahid kepada orang yang memperjuangkan Islam.

Tuesday, November 10, 2009

TERINGAT MASA KECIL DAHULU.

Nostalgia silam pasti menggamit rasa terhibur tatkala mengenangkan hari ini yang sudah menjangkau usia dewasa. Banyak kenangan yang telah lalu masih segar disanubari kita. Adakala kita bagaikan tidak merelakan usia kita berganjak ke usia tua. Tetapi kita terpaksa akur kerana kita bukanlah Peter Pan yang kekal di alam kanak-kanak. Itu hanya sebuah fairy tale. Tapi bila melihat melihat kepada generasi kanak-kanak kini sudah banyak berubah. Hanya tahu menghadap komputer bermain game. Ada sebahagian anak-anak kecil tidak pandai menggauli rakan-rakan sebaya mereka.
Saya membesar diawal tahun 90-an di kampung. Permainan yang bersifat kekampungan dan lasak masih lagi sempat dikecapi bersama anak-anak jiran, sepupu dan adik saya. Ada juga permainan yang timbul mengikut trend seperti permainan gasing, layang-layang, kereta mainan kawalan jauh dan roller-blade semuanya sempat dilalui. Keseronokan di zaman kecil memang tidak dapat dibayangkan. Oleh itu, saya sangat bersetuju bahawa pengalaman tidak boleh dibeli kerana tiada harga yang boleh membelinya.
Galah panjang.
Saya amat suka bermain permainan tradisional ini. apa yang pasti adik saya pasti turut serta sebagai package. Biasanya kami bermain dihalaman rumah saya kerana ayah selalu berpesan supaya pulang ke rumah sebelum pukul 6.30 petang. Saya pada waktu itu tidak membawa jam tangan, kalau pakai sekali pun untuk perhiasan semata-mata kerana tidak pandai melihat waktu. Nak bermain jauh dari rumah takut balik lambat. Kalau pulang lebih 6.30 tidak boleh masuk rumah kerana ayah kunci pintu dan tingkap. Hari sabtu biasa tak keluar rumah sebab banyak cerita kartun kat tv. Saya tak pasti bila astro mula ada kat Malaysia ni kerana zaman saya sekolah rendah tiada piring satelit kat atas bumbung cuma yang ada ikan kering yang dijemur dan aksi kucing mencuri ikan. Saya bukan tinggal di perkampungan nelayan tapi ayah dan mak biasanya menjemur ikan sebagai persiapan menunggu kedatangan musim tengkujuh. Musim tengkujuh selalu mengakibatkan banjir di tempat kami di DUN Kijang.

Demam Piala Dunia.
Saya memang suka menonton perlawanan bola di tv berbanding drama atau filem. Saya mula meminati sukan no 1 dunia pada seawal usia lapan tahun. Masa tu kejohanan Piala Dunia 1998 berlangsung di Perancis manakala negara kita menganjurkan sukan komanwel di Kuala Lumpur. Saya selalu berpesan kat ayah supaya dia mengejutkan saya jika ada perlawanan bola tetapi apa yang sering berlaku kepada saya ialah saya selalu tersedar bila dah azan subuh. Setelah selesai solat saya bergegas kedepan tv kerana menyangka perlawanan akan berlangsung setelah menjelang subuh. Satu lagi yang membuat saya terkenang ialah saya selalu memikirkan sepak mula akan dimulakan selepas waktu solat kerana ayah memaklumkan kepada saya Zinedine Zidane tu orang muslim. Jadi pada saya setiap muslim mesti kena utamakan solat dahulu barulah boleh buat kerja yang lain seperti yang diterapkan oleh mak dan ayah masa kecil-kecil dulu. Selepas solat zohor, pergi mengaji al-Quran, selepas solat asar baru boleh keluar rumah, selepas solat Isyak baru makan malam dan tengok tv. Dalam sejarah hidup saya, saya belum pernah menyaksikan perlawanan bola di mana-mana stadium kerana bola bukanlah satu keutamaan pada saya.






Main perang-perang.
Memang menyeronokkan permainan ini. sebelum bermain permainan ini saya dan kawan-kawan akan menyasarkan terung pipit untuk diambil untuk dibuat peluru, cari papan, getah, paku untuk dibuat senapang. Musim pilihan raya lagi seronok kerana kami akan mengutip bendera-bendera yang jatuh kat jalan untuk ditampal pada kubu tempat kami bermain. Ada juga orang-orang tua yang marah kerana kata mereka permainan ini bahaya tetapi kami tak mengendahkan nasihat mereka. Ayah biasa marah bukan tak bagi bermain permainan ini tapi papan yang dia buat bangsal ayam yang jadi mangsa untuk dibuat senapang. Mak pula suka membebel menjelang malam kerana saya selalu mengadu gatal-gatal terutama pada kaki dan tangan kerana siang hari meredah semak untuk mencari terung pipit yang tumbuh meliar kat dalam semak. Dan pada kebiasaan juga ayah dan mak memastikan saya dan adik keluar bermain dahulu untuk mereka pergi ke Bandar Kota Bharu untuk membeli belah atau sekadar pergi makan angin.

Bola kaki tiga
Saya tidak berapa menggemari permainan seperti ini kerana saya selalu berada dalam group yang kalah. Satu sebabnya ialah kami akan bermain permainan ini bila dah tidak ada permainan lain dah untuk bermain. Kalau permainan hide and seek dah main kat sekolah waktu rehat. Kami hanya akan menyuruh kawan sekelas kami yang tak join untuk membeli makanan kat kantin. Permainan ni hanya kelas kami je yang main.masa tu saya darjah 4. Pernah sekali kawan saya tidak masuk kelas selepas waktu rehat. Tak taulah di sembunyi dekat mana hingga kami tidak menjumpainya. Rule permainan ni mudah, hanya boleh sembunyi dekat kawasan kelas dan koridor je. Paling jauh pun kelas sebelah, kelas musuh bola sepak kami kerana kami ada waktu PJK yang sama. Waktu PJK jika cikgu tidak mengajar kami akan lawan bola antara kelas. Kelas kami yang selalu menang kerana kami ada penjaga gol, defender, midfielder dan striker yang mewakili sekolah Kelas kami pernah dapat anugerah kelas paling bising 3 bulan berturut-turut. Apa yang saya tau penilaian tu akan dibuat bila cikgu-cikgu ada mesyuarat. Semasa ketiadaan cikgu kami biasanya main hide and seek versi cikgu tiada dalam kelas. Menggunakan rule yang sama.

Sekadar menceritakan nostalgia yang lalu kerana setiap daripadanya memberi pengalaman yang berbeza dalam penjelajahan menuju alam yang lebih memerlukan cabaran. Hanya permainan sebegini yang boleh saya dan rakan-rakan terokai kerana rata-rata masyarakat kampung hanya bekerja sebagai nelayan, tukang rumah, buruh kasar dan kerja-kerja kekampungan manakala ibu-ibu hanyalah menjadi suri rumah sepenuh masa, kalau yang hidup lebih selesa pun biasanya yang bekerja sebagai guru kerana mempunyai gaji yang tetap. Keluarga kami kebanyakannya tidak mampu untuk membelikan anak-anak mereka permainan-permainan kerana pendapatan yang diperolehi sekadar mencukupi untuk keperluan harian. Saya juga merasa hiba bila penggal sekolah hendak bermula kerana kebanyakkan teman-teman sekelas sering meminta dan merayu pada guru kelas untuk menangguhkan yuran persekolahan disebabkan kesempitan hidup. Walaubagaimana pun kami tetap menyokong kerajaan PAS yang menerajui negeri kami kerana kami bukan ingin mengejar kehidupan berorientasikan material semata-mata. Harta dan kemewahan boleh di cari manakala pemimpin yang adil boleh diundi dengan tertegaknya amalan demokrasi..

Dewasa ini ramai dikalangan warga tua di kampung yang hidup selesa kerana anak-anak ramai yang sudah berjaya. Keperitan hidup mengajar anak-anak kampung untuk lebih berusaha demi membela nasib keluarga di desa. Sudah menjadi lumrah anak muda merantau ke negeri orang untuk menimba ilmu, mencari pekerjaan dan menimba pengalaman. Ini bukan disebabkan negeri kami yang dikatakan mundur oleh pihak kerajaan persekutuan yang menekan negeri Kelantan kerana selera orang Kelantan bukan spaghetti berperisa rasuah tetapi makan nasi kerabu budu asli yang halal.
Kerinduan ketika melayari zaman kanak-kanak sangat berharga dalam pembentukkan jati diri kita pada masa kini bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak generasi kini terlalu dimanjakan ibarat menatang minyak yang penuh. Adakah masa sudah berubah atau peradaban manusia semakin maju?

Friday, October 30, 2009

AKURLAH DENGAN TEGURAN



Setiap permulaan sudah pasti akan ada pengakhirannya. Kita bukannya dilahirkan sebagai immortal yang boleh hidup kekal abadi dan kekal muda seolah-olah masa itu beku untuk kita. Kita juga bukan kebal untuk menahan setiap asakan dan gelombang perubahan dunia yang bertukar bagaikan arus yang deras. Masa juga bukan milik kita kerana ia tetap berlalu meninggalkan kita walaupun kita seorang sang setia  menanti waktu.
Sepanjang hampir setahun kita semua mengembara merentasi badai dan belantara memikul tugas dan amanah yang mungkin tidak terpikul atau ada sebahagiannya merungut memikul beban yang lebih berat tidak seharusnya ditimbulkan dalam perbincangan kita kerana kita diberikan tugas dan portfolio yang berbeza. Mungkin dalam kalangan kita sudah arif dengan tugasan yang bakal diterima sebelum berkecimpung dalam organisasi MPP kerana saya mendapati anda semua cukup berbakat dalam mengendalikan setiap permasalahan.
IDEA
Setiap dari ahli tidak pernah kekeringan idea dan pendapat. Sebahagian idea mungkin boleh dianggap bernas. Setiap individu dalam organisasi memang diberikan peluang untuk melontarkan idea tetapi adakah idea yang disepakati diterima dengan baik oleh kepimpinan? Saya hanya bertanya tetapi janganlah blacklist nama saya pula. Jika kita sememangnya tidak suka menerima idea ataupun pendapat orang lain, sepatutnya awal-awal lagi kita perlu berundur dari organisasi. Hidup dalam jemaah kenalah ada adab berjemaah. Adab berjemaah sudah pastinya memerlukan pemimpin dan pemimpin sudah pasti memerlukan rakyat atau orang bawahan untuk dipimpin.
Program
Program-program yang diatur dan disediakan memang tidak mengecewakan. Bagi saya keseluruhan aktiviti yang dijalankan memuaskan walaupun ada sebahagian aktiviti tidak mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar. Tidak mendapat sambutan pelajar tidak bererti gagal dan sambutan yang meriah tidak bermakna kejayaan. Saya tidak berhasrat untuk menyatakan senarai aktiviti yang berjalan sepanjang tahun kerana aktiviti-aktiviti itu sudah berlalu. Mengapa perlu dikenang perkara yang sudah berlalu kerana di hadapan kita masih banyak lagi ujian yang harus direntasi? Janganlah kita mengukur sambutan pelajar sebagai penanda aras berjaya ataupun gagal dalam mengendalikan program kerana kita kena faham jiwa muda selalu dahagakan hiburan. Oleh itu saya berharap kepimpinan yang akan datang janganlah hanya menyajikan aktiviti berunsur hiburan semata-mata kerana ingin menarik kehadiran pelajar yang ramai menyertai aktiviti. Satu perkara lagi kita kena faham kopun aktiviti yang dikumpulkan adalah bertujuan untuk mendapatkan kemudahan kolej. Oleh itu, bagi siswa yang melepasi bahagian 4 yang tiada jaminan penempatan kolej,oleh itu, mereka agak keberatan untuk menghadiri aktiviti yang disediakan. Memang hebat pemikiran mahasiswa yang berjiwa glocal. Istilah kirim kupon juga berlaku, pelajar-pelajar yang tidak menyertai aktiviti anjuran MPP,JPK mahupun universiti masih berpeluang mendapatkan kupon melalui teman-temannya yang menghadiri aktiviti tersebut. Adakah masih relevan sistem kupon dipraktikkan lagi di zaman IT ini?


Kerjasama
Kerjasama dan persefahaman yang ditunjukkan masih utuh bagaikan adik-beradik. Kita selalu bersama walau dalam apa jua keadaan. Kita mungkin berasa sedih kerana ada dikalangan kita yang akan graduate tahun ini, yang menjalani praktikal tetapi kita masih ada kemudahan yang membolehkan hubungan kekeluargaan terus berlanjutan. Apa gunanya kita memiliki handphone yang canggih-canggih, laman sosial yang lebih daripada satu kalau tidak digunakan untuk mengeratkan silaturrahim. Memang tidak dinafikan langit tidak selalu cerah, panas tidak akan sampai ke petang kerana ia mungkin mendung ataupun hujan di tengah hari. Jadikan hubungan itu seperti adik-beradik , adakalanya kita bergaduh, adik merajuk dengan abang, kakak yang mudah mengalirkan air mata tetapi semua itu berlalu begitu sahaja kerana eratnya kasih sayang. Janganlah ada dikalangan kita suka mensabotaj orang lain. Kita tidak boleh menentang seseorang disebabkan peribadi yang tak elok tetapi tarbiyyahlah ia untuk menjadi hamba Allah yang berakhlak mulia. Manusia mana yang tidak pernah buat silap dan salah, selagi kita bernama insan janganlah kita sombong dan angkuh kerana kita juga tidak sempurna.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
“Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri”

Bagaimana ingin memupuk kasih sayang kalau hasad dengki dan berprasangka buruk menguasai hati?
Kekuatan kasih sayang hendaklah dibina dan robohkan sifat hasad dengki dan berprasangka buruk terhadap orang lain, kerana kita semua tidak jauh berbeza.memang terlalu mudah untuk mencari kelemahan orang lain kerana kita jarang muhasabah diri kita. Walaupun kedudukan kita lebih tinggi tidak semestinya kita lebih mulia, jika kita kaya bukanlah jaminan hidup yang bahagia, kalaupun kita ramai tak bermakna kita kuat. Semua ini berakar umbi kerana kita tidak menerima Islam keseluruhannya walaupun Islam ini meliputi segala aspek. Jika ada orang bertanya apa bukti yang menunjukkan kita ni orang Islam? Adakah kerana kita bangsa melayu? Kalau itu lah jawapan kita berikan maka orang arab lebih layak diiktiraf sebagai muslim kerana Rasulullah orang arab. Terimalah Islam sebagai ad-Din jangan biarkan ia hanya sebagai ungkapan yang manis di bibir.

Saya rasa cukuplah sampai di sini sahaja. Saya berharap kita semua dapat menghayati apa yang telah saya kongsikan. Saya bukanlah seorang yang mampu menjadikan kata-kata sebagai azimat dalam melontarkan setiap hujah. Bukalah mata hati kita dan nilai apa yang telah kita sumbangkan untuk diri kita, masyarakat malah yang paling utama kepada agama kita. Belajarlah daripada pengalaman kerana pengalaman banyak mengajar kita tentang kerukunan hidup. Peristiwa tidak bisa mencetuskan emosi tetapi emosi selalu menghadirkan peristiwa. Sekadar memberi pandangan, kalau ada silap dan salah saya dahului dengan sejuta kemaafan dan semoga Allah mengampuni kita dan kesalahan yang telah kita lakukan di masa yang lampau.


Monday, October 26, 2009

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


Setiap organisasi mesti ada seseorang yang digelar pemimpin untuk menerajui organisasi tersebut. Jika sebuah bahtera tanpa nakhoda,bagaimanakah sebuah pelayaran itu akan berlayar dengan sempurna tanpa ada orang yang mengemudinya?. Bagaimana pula yang akan berlaku jika sebuah bahtera mempunyai lebih dari seorang nakhoda?
Maka persoalan ini untuk siapa yang perlu ditujukan dan bagaimana ingin menghuraikan? Ada yang mengatakan kepimpinan peringkat mahasiswa adalah satu permulaan sebelum menerajui sebuah negara bangsa. Ada juga berpendapat pemimpin boleh dicipta. Sesetengah orang bersetuju pemimpin sejati itu adalah seseorang yang dilahirkan dengan bakat kepimpinan. Mungkin bagi kedua pendapat ini ada hujah yang tersendiri.
Pada hari ini orang tidak akan memilih pemimpin yang pelat dalam berkata-kata tetapi lebih rela memilih mereka yang kaki auta dalam memutar belitkan isu-isu. Tidak siapa pun yang rela memilih pemimpin yang bodoh tetapi kadang-kadang kita tidak menyedari ramai diantara kita telah diperbodohkan oleh sang pemimpin. Ada juga yang memilih pemimpin berdasarkan etika pemakaian semata-mata tanpa menyelidiki dahulu kocek-kocek pemimpin itu dipenuhi dengan duit rakyat.
Adakah sebuah sesebuah organisasi diwujudkan untuk meminta pertolongan dari ahli-ahlinya untuk menyenangkan orang-orang atasan? atau pucuk pimpinan yang yang dipilih dalam organisasi untuk membantu orang bawahan yang telah memberi mandat dan kepercayaan kepada mereka? Tapi inilah yang selalu terjadi orang bawahan yang memberi khidmat untuk menyenangkan pemimpin. Tidakkah kita tidak merasakan kita seperti kembali ke zaman purba untuk memberi khidmat kepada manusia seperti Firaun dan Namrud?
Setiap kali berubah pucuk kepimpinan maka berubahlah slogan yang mampu membuat rakyat terpukau ditambah pula dengan janji-janji materialistik yang tiada berpenghujung. Kini kita menyaksikan risalah-risalah 1 Malaysia bertebaran di bumi Malaysia menggantikan panji-panji Islam Hadhari yang diasaskan oleh orang Badawi. Adakah slogan yang diuar-uarkan mampu mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian?. Manakah buktinya. Bagaimana pula dengan krisis Dun di Perak untuk membutikan kerajaan komited dengan momokan mereka.
Sebagai konklusinya, marilah kita kembali kepada kepimpinan yang berteraskan Islam. Tiada ruginya kita mengamalkan Islam secara keseluruhan kerana ia akan memberikan situasi menang-menang kepada rakyat dan juga pemerintah. Memang benar Islam tidak membenarkan riba, arak, judi,dan rasuah yang sudah turun temurun menjana keuntungan kepada negara.

Wednesday, October 21, 2009

masa memang mencemburui



7.45 p.m(21 Oct 2009)
Hari ini merupakan test yang terakhir bagi coarse QMT 222. Jumaat ni ada 1 lagi test. Minggu depan 28 Oct-15 Nov 2009 akan berlangsungnya final exam bagi sesi July- Nov 2009. Minggu ni memang agak sibuk sedikit kerana perlu menyiapkan beberapa final assignment dan 26 Oct pula adalah group presentation yang wajib bagi coarse ETR 300. Jadi selesainya solat maghrib, aku harus ber sedia untuk ke dewan kuliah. Sebelum maghrib lagi aku dah membersihkan diri dan menyusun segala kelengkapan exam. Semasa perjalanan ke dewan kuliah, hujan telah turun membasahi bumi beserta dengan beberapa helai kertas yang ku bekalkan. Tanpa membuang masa, aku teruskan perjalanan.

8.00 p.m
Aku tiba di dewan kuliah 1, tempat yang akan ku duduki ujian. Seusai aku tiba ujian hampir bermula. Jadi aku mengambil tempat yang masih lagi kosong. Di kiri, kanan, depan serta belakangku adalah pelajar yang ambil ujian bagi kod QMT 216 dan paling membuatkan aku tak selesa adalah mereka di area ku semuanya siswi. Roommate ku menggunakan alas an kerusinya patah untuk beralih ke tempat lain. Jika di kira pelajar dalam kelasku hanyalah 26 orang, 20 orang lelaki dan selebihnya siswi. Tapi apakan daya terpaksa bercampur dengan kelas yang lain dan kursus berlainan. Aku memang tak pandai nak cari alasan walaupun kerusi yang ku duduki juga kurang elok. Inilah pengalaman pertama diapit oleh pelajar-pelajar siswi dalam ujian.

9.15 p.m
Alhamdulillah aku selesai menjawab dalam masa 1 jam 15 minit. Masa masih berbaki 30 minit lagi tapi aku mengambil tindakan keluar awal sejurus tamat ujian kerana tidak tahan dengan sejuk. Tambahan pula aku sangat tidak selesa dikelilingi oleh pelajar-pelajar perempuan. Masa exam juga terganggu dek kerana beberapa pelajar didapati meniru. Ini juga kali pertama aku melihat gelagat siswi meniru dalam exam. Aku masih teringat nasihat Ustazku masa dekat mrsm pt dulu yang mengatakan meniru adalah ibarat rasuah. Kita meniru sama seperti kita menerima rasuah dan memberi tiru tidak seakan pemberinya pula. Setakat ini Alhamdulillah boleh mengelak dari meniru tapi memberi tiru acap kali jugalah. Tolong kawan katakan.

9.30 p.m
Aku solat  Isyak di Masjid Uwais Al-Qarni. Kebetulan bekalan elektik terputus semasa aku dan 6 orang sahabat tengah mengambil wudhu. Jadi kami solat dalam keadaan bergelap. Mungkin bekalan terputus akibat kilat. Sesudah solat kami ke café untuk membeli sedikit makanan. Aku hanya membeli segelas teh. Masih lagi terasa kenyang kerana aku dan beberapa kawanku telah terlebih dahulu singgah di pasar Rabu selepas tamat sesi kuliah petang. Rasanya ini adalah kali 3 aku singgah di pasar Rabu selama 2 tahun lebih di sini.

10.00 p.m
Aku terus mendapatkan laptop ku untuk menyiapkan final assignment sambil curi-curi masa menulis catatan ini. Sambil menunggu rakan dalam group ku menghantar report marketing budget, operation budget dan administration budget kerana aku perlu merumuskannya dalam financial department keseluruhannya.  Memang seronok buat kerja ramai-ramai ni, tambahan pula dah 3 bulan kami buat assignment ni bersama. Group aku tak ada siswi, jadi semua proses menyiapkan assignment di buat kat bilik aku. Bulan Ramadhan yang lalu bilik ini selalu buat majlis berbuka bersama-sama. Setakat ini sahaja dariku kali ini. Insya-Allah aku akan kongsi tentang program solat hajat dan ceramah motivasi berjudul “motivasi menghadapi peperiksa mengikut landas Islam” yang akan diadakan malam esok.

Tuesday, October 13, 2009

MENCARI KETENANGAN

Sebenarnya jariku tidak mahu berlari menekan huruf-huruf pada papan kekunci laptop tet api entah kenapa ia seakan senada dengan apa yang ingin aku nukilkan pada saat ini. Aku membuka laptop ini hanya kerana satu, mendengar suara lunak Fahd Al-Kanderi mengalunkan ayat-ayat suci al-quran. Aku pun tidak pasti kenapa aku sangat tertarik dengan pembawaannya memperdengarkan setiap bait-bait ayat suci al-Furqan(nama lain bagi al-Quran). Aku sendiri pun hilang arah, sebenarnya apa yang ingin aku muatkan blogku kali ni. Kalau bulan Ramadhan, aku banyak memperkatakan tentang bulan itu sendiri, jika di bulan Syaaban, bolehlah aku sentuh tentang nisfu Syaaban dan hari syak. Seawal menjelang Syawal, inginku berkongsi rasa mengenai kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa.


Daripada tanganku ligat menyentuh keypad untuk bermain game bola, seeloknya aku menulis sesuatu yang dapat juga memberi sedikit sebanyak input dan informasi untuk aku dan para pembaca yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama berkongsi idea dan rasa demi kebaikan bersama. Aku bukan penulis yang professional tapi hanya seorang amatur yang sama-sama mencari secebis keredhaan Maha Pencipta melalui mata pena yang masih berdakwat. Beberapa hari yang lalu aku telah masukkan satu artikel dalam blogku atas permintaan sahabatku. Tajuknya senang sahaja,’di mana manisnya?’ jika dalam artikel itu aku berkongsi dan melahir rasa kesal setelah berlalunya Ramadhan dan amalan yang dilakukan pada Ramadhan hilang entah ke mana setelah tibanya Syawal

Sumber Abu Hurairah r.a menceritakan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

“Kenali Allah semasa anda senang, nescaya Dia mengenali anda semasa anda susah.”

(HR. Abu Al-Qasim bin Busyran:sahih)

Sebagaimana kita mudah dan selesa mengingati sesuatu yang menjadi kesayangan kita, jadi seharusnya kita mengambil roh yang sama untuk mengenali Tuhan yang menjadikan kita dari setitis air mani kepada semulia-mulia makhluk di muka bumi ini. Kita bukan sahaja di jadikan semulia-mulia makhluk hatta di berikan penghormatan untuk menjadi khalifahnya di muka bumi ini. Maka tidak cukup berbanggakah kita dipilih oleh Allah sedemikian rupa? Yang menjadi pokok persoalan ialah berapa ramai diantara kita yang bersyukur dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Komentar ku kali ini ingin bersama dengan kalian menghidupkan kembali hati-hati yang makin tenat, disusuli dengan barah akidah yang semakin nazak.

Memang sudah menjadi lumrah hidup manusia, akan mencari ketenangan atau tempat mengadu bila diasak dengan kesusahan dan kepayahan. Apabila diuji dengan kesenangan kita mudah alpa dengan fitnah dunia yang mengasyikkan dan mempesonakan. Adakah kita sudah lupa bahawa kita hanyalah perantau yang akan mengharungi perjalanan yang jauh. Sudah semestinya bagi seorang perantau seharusnya menyediakan bekalan secukupnya sebagai kelengkapan untuk mengharungi sepanjang ranjau perjalanan yang masih jauh. Dunia hanya ibarat sebuah persinggahan untuk melepaskan lelah sebelum meneruskan pengembaraan ke destinasi akhirat yang kekal abadi.

APABILA SI JAHIL BERKATA-KATA

Pilihan Raya Bagan pinang sudah pun berlalu. Kita perlu akur dengan pilihan rakyat yang masih meletakkan kepercayaan kepada calon UMNO-BN. Tidak diketahui kenapa BN masih mendapat mandat untuk terus menerajui kawasan berkenaan walaupun calon pilihan mereka telah terbukti mempunyai rekod jenayah politik wang sebelum ini. Adakah kerana beliau pernah menjadi MB selama 22 tahun menyebabkan beliau merupakan calon yang popular di sana? Ataukah kerana di sana merupakan kubu kuat BN?


Memang artikel ini agak lambat disiarkan tetapi ia tidaklah akan basi. Kepada calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar, janganlah berputus asa. Mungkin belum menjadi kenyataan lagi untuk PAS dan PR menawan Bagan Pinang. InsyaAllah PR-13 menjanjikan kemenangan kepada PAS dan PR. Biarkan BN bergembira seketika dengan kemengan itu setelah dipalit luka kalah dalam 8 PRK sebelum ini. Agak mengecewakan juga PRK Bagan Pinang di hujani dengan keganasan menjadikan pilihan raya terkotor selepas pilihan raya umum 2008.

Artikel kali ini bukan ingin mengulas tentang pilihan raya yang baru sahaja berlalu tapi ingin melahirkan rasa kesal di hati tentang kejahilan pemimpin kedua Malaysia. Adalah tidak sepatutnya terjadi kepada seorang pemimpin mendedahkan kebengongannya dalam membuat kenyataan apatah lagi beliau juga merupakan TPM dan menteri pelajaran. Kenyataannya yang menganggap istilah ‘jihad’ semata-mata untuk berperang adalah bercanggah dengan Islam sedangkan jihad itu sendiri ada banyak makna. Jika dikatakan jihadul kital barulah dimaksudkan berperang. Jihad fisabilillah yang dihantar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan bukan bermaksud untuk berperang seperti yang didakwa oleh Muhyiddin.

Sebagai anak jati Kelantan, kenyataan pada hari-hari terakhir kempen pilihan raya yang lalu mengatakan Kelantan di bawah kepimpinan PAS selama 20 tahun terus mundur memang tidak boleh diterima. Maju sangatkah negeri-negeri di bawah pemerintahan BN? Sebagai MB Johor, beliau sendiri gagal membangunkan negeri itu sebagaimana yang sepatutnya. Walaupun Kelantan terus ditekan oleh UMNO dan kerajaan Persekutuan, negeri ini tetap teguh bertahan dan maju dengan acuannya yang tersendiri. Jika pada pilihan raya umum 2008 UMNO dengan angkuhnya meletakkan keyakinan mampu menawan Kelantan dengan menggembar-gemburkan Dr. Awang Adek Hussin sebagai MB Kelantan, Negeri Tanah Rendah Sekebun Bunga jika memenangi PRU tersebut. Tapi malangnya beliau sendiri kalah di Dun Perupok dan Parlimen Bachok. Apakan daya beliau tetap diberi penghormatan menjadi ahli kabinet di bawah teraju Najib.

Saturday, October 10, 2009

BENDA NI SENANG JE

Jika melihat pada apa yang ingin ku nukilkan, mungkin ini hanyalah satu catatan biasa. Sebahagian mereka mungkin memandang enteng tentangnya. Ada juga menyatakan bodohlah engkau ni, itu pun tak tau? Kau tak pernah belajar ke bro? sia-sia je ko masuk u, apa yang ko belajar kat sekolah dulu?Tapi bagiku ini adalah sesuatu perlu di pandang serius oleh setiap individu yang mengaku dirinya muslim. Bukan hanya meletakkannya hanya pada nama. Mungkin kita boleh berjenaka atau mengenakan sahabat-sahabat kita apabila melihat kesalahan atau kesilapan yang dilakukannya tapi lihatlah pada situasi ataupun keadaannya bagaimana.


Kadang-kadang bagi ku sendiri tiada apa yang perlu dirisaukan jika melibatkan perkara-perkara yang mungkin kelihatan simple seperti basuh tangan sebelum dan selepas makan, baca doa sebelum makan dan juga selepasnya, niat iktikaf ketika berada dalam masjid, selalu mengukir senyuman dan sebagainya. Banyak lagi amalan yang kita anggap biasa yang aku tidak nyatakan kerana jika aku berbuat demikian mungkin 100 muka surat pun belum sempat ku habiskan semua senarainya. Maksudnya di sini terlalu banyaknya amalan-amalan yang dalam sedar mahupun di luar sedar boleh mendatangkan pahala atau ‘pahala free’ kata orang kelate. Itulah buktinya sifat Ar-Rahman Allah yang selalu kita baca “Bismillahirrahmanirrahim” sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam bagi hambaNya yang bersyukur dengan melakukan solat fardu.

Tiada niat pun bagiku untuk tunding jari kepada sesiapa pun untuk cari siapa salah dan siapa betul. Al-maklum sahajalah siapa yang termakan cili dia yang merasa pedas dan siapa yang menghirup madu dialah yang menikmati kemanisannya. Aku teringat lagi kata-kata ustazku madu yang terbaik bukan senang nak dihasilkan, tapi kalau hempedu lagi senang nak dapat. Ranjau kehidupan pun begitulah juga, kita kena hadapi dulu perkara yang pahit untuk di telan sebelum kita dapat kemanisannya. Tapi ramai yang ambil jalan mudah, kalau naik kenderaan mesti nak guna jalan highway cepat sampai ke tempat di tuju. Kalaulah perjalanan ke syurga seperti jalan-jalan highway ni, senanglah nak masuk syurga. Tapi kenapa kita perlu melalui jalan yang berliku untuk sampai ke syurga. Renunglah kata-kata Amirul Mukminin Saidina Umar,” jika semua ke syurga kecuali seorang, aku bimbang seorang itu adalah aku”. Tahukah kita Umar adalah salah seorang daripada 10 orang yang dijamin Rasulullah S.A.W akan masuk syurga. Bagaimana dengan kita sahabat- sahabat sekalian? Anda yakin masuk syurga?

Seusia ini aku jarang mendapat teguran atau nasihat daripada sesiapa sahaja bermula dari kedua orang tua ku hinggalah kepada sahabat-sahabatku. Adakah aku tidak pernah buat salah? Aku bimbang akan timbul perasaan riak pada diri yang naïf ini. Pernah juga aku cerita kebimbanganku kepada sahabat yang aku percayai agar aku sentiasa berada di landasan yang benar. Sebelum aku memperbetulkan orang lain adalah lebih elok aku perbaiki kekurangan yang sering menggelisahkan aku di saat aku lena di ulit mimpi dunia yang mengasyikkan. Terkadang aku tercari-cari ke mana hala tuju yang perlu aku tempuhi.

Jika aku nak bercerita, aku tidak pandai untuk menulis cerita-cerita kerana daya imiginasi aku agak rendah. Aku tidak menggemari membaca novel, jadi agak sukar untuk ku mengungkapkan ayat-ayat puitis kerana bagiku ayat-ayat Allah lebih indah bahasanya. Jika diberi tugasan sekolah berbentuk karangan, aku lebih rela membuat karangan berorientasikan rencana kerana aku menggemari karangan yang sarat dengan fakta. Apa yang jelas fakta dari ayat-ayat al-Quran pasti benar dan tiada lagi keraguan padanya. Aku juga cuba memahami intipati sebenarnya apa yang di maksudkan dengan beriman dengan kitab ?. adakah hanya sekadar melafazkannya sahaja bersama dengan sedikit bacaan terhadapnya?

Aku rasa setakat ini yang mampu aku catitkan pada saat ini. Aku merasakan jiwaku tidak serasi dengan apa yang ingin ku sampaikan. Aku mohon seribu kemaafan seandainya aku menghalakan segala pertanyaan yang aku sendiri sukar untuk menghuraikan kemelutnya

Wednesday, October 7, 2009

di mana manisnya?

Salam.


Sudah lama agaknya jari-jemari ini tidak menyentuh papan kekunci laptop. Bukan ketandusan idea tetapi masa agak membataskanku untuk berceloteh lagi. Setelah syawal menjelma, banyak amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yang berlalu, hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Kini persoalan yang ingin ku ajukan pada kalian di mana perginya kemanisan madu yang kita hirup sebulan yang lalu?

Adakah kita benar-benar menjadi hamba kepada Al- Khalid ataukah kita hanya menjadi hamba kepada Ramadhan? Jika Ramadhan yang lalu menjadikan kita terikat kepada masjid-masjid mahupun surau-surau terutama 10 malam yang terawal, suka menghulurkan derma,menjamu orang berpuasa walaupun hakikatnya kita seorang yang bakhil, rajin membaca al-Quran, bersengkang mata untuk ibadah qiamullail, solat berjemaah dan sebagainya. Di mana hilang serinya. Adakah dengan ketibaan Jin Notty dan Momok The Movie(filem yang ditayangkan pada syawal) menjadikan kita mudah melupakan kelazatan dalam beribadat.

Apakah kita menjadikan ramadhan yang lalu sebagai jalan untuk mencapai hidayah Ar-Rahman ataupun menjadikannya hanya sebagai hikayat?. Adalah sepatutnya ramadhan mentarbiyyah kita untuk menjadi manusia yang tertib dan istiqamah.

Sabda Rasulullah maksudnya,

“amalan yang terbaik kepada Allah ialah yang berterusan walaupun ia sedikit”

Kita seakan menjadikan amalan berpuasa hanyalah sebagai satu fenomena Ramadhan atau lebih tepat sebagai adat turun-temurun yang diwarisi oleh nenek moyang kita. Usah lagi menyatakan perihal juadah berbuka sudah pasti ia mewarisi tingkah laku syaitan dalam amalan pembaziran. Dalam isu yang membarahkan lagi umat yang mengaku Islam adalah mereka berpuasa tetapi meninggalkan solat, mereka sabar menahan lapar dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari tetapi gagal menahan mata dari melihat perkara-perkara mungkar, gagal menahan lidah dari umpatan dan perkataan keji.

Benarkah kita adalah umat yang mensyukuri nikmat Allah? Adakah kita hendak tunggu Allah menarik balik kurnianNya barulah kita hendak menggapai kamus kehidupan untuk mencari maksud syukur? Atau kita menunggu keputusan Allah menggantikan kita dengan dengan kaum yang lebih baik?

Firman Allah yang bermaksud

"Dan jika kamu berpaling(daripada beriman,bertaqwa dan menderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak berkeadaan seperti kamu. (Muhammad:38)

Kita harus mengakui hakikat bahawa tidak ramai orang bersyukur dengan pemberian Ilahi. Kita lebih cenderung untuk mempersoalkan dan mengeluh atas sebab kekurangan-kekurangan yang kita perolehi. Bersesuaian lah dengan firman Allah yang bermaksud:

“Dan sememangnya sedikit sekali diantara hamba-hamba- Ku yang bersyukur. (Saba: 13)

Rasanya setakat ini sahaja yang ingin ku coretkan pada saat ini. Walaupun pada diriku masih lagi meninggalkan sejuta satu pertanyaan. Tapi pada realitinya ramadhan sudah berlalu pergi. Adakah berbaloi bagiku menyambut hari kemenangan di pagi Aidilfitri? Apakah masih ada lagi yang akan datang tersedia untuk aku? Adakah Allah menerima amalan-amalan ku selama ini. Masih terpahat di fikiranku dan pasti ia menjadi pertanyaan wajib untuk aku menterjemahkan setiap pokok persoalan yang timbul dalam benak fikiran insane yang daif ini. Apa yang pasti aku sangat merindui saat- saat indah bersama bulan Ramadhan al-Mubarak walaupun adikku selalu memanggilnya sebagai Ramadhan al-Murtabak. sekian

Monday, September 14, 2009

boleh percaya ke?

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pertambahan undi sesuka hati atau undi hantu dalam undi pos pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.


Jaminan itu diberikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof memandangkan proses undi pos dijalankan dengan kawalan ketat dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Peti undi pos itu akan kita pateri dan ditandangani di atasnya oleh pihak SPR dan wakil daripada ejen parti yang bertanding," katanya kepada pemberita di sini semalam
(keratan daripada akhbar kosmo)

iftar Ramadhan

bulan ni cukup bertuah, di sana sini ada saja yang mengadakan majlis-majlis untuk meraikan orang yang berpuasa. jika lepas terawih dengan morehnya, majlis bertadarus la, yang paling meriah tentu sekali majlis berbuka puasa. masjid-masjid dan surau-surau mahupun tempat-tempat awam mengadakan majlis-majlis seumpama ini. tidak kurang juga peranan media membuat liputan ataupun mempromosikan pemimpin-pemimpin negara juga artis-artis tempatan meraikan majlis sebegini samada  secara terbuka mahupun dihadiri hanya orang-orang kenamaan.
pada bulan ini juga kita dapat saksikan,agensi-agensi dan syarikat-syarikat korporat sama-sama menghulurkan sumbangan kepada mereka yang tidak bernasib baik. ada yang memberi sumbangan berbentuk wang, baju raya, barangan untuk persiapan menyambut lebaran dan sebagainya. ada juga golongan yang di gelar asnaf ini menerima pemberian zakat berupa zakat fitrah mahupun zakat harta. bagi yang tidak berupaya, ia merupakan satu rahmat kerana mereka dapat bersama-sama marasai kemeriahan sambutan hari raya yang bakal menjelang tiba.
pada kesempatan ini juga, aku ingin mengajukan persoalan, apakah hukum bagi agensi ataupun kementerian mengadakan majlis berbuka puasa kepada staff-staff mereka sedangkan wang kerajaan adalah milik rakyat?
memang jika difikirkan ia adalah isu yang remeh tapi pada firasatku ia adalah isu yang perlu diambil perhatian. bukankah mereka telah salah dalam menggunakan kedudukan mereka? aku tinggalkan persoalan- persoalan sebegini untuk kita fikirkan bersama demi kebaikan dan maslahah ummah.
aku juga kadang-kadang tidak bersetuju dengan tindakan segelintir sahabat-sahabatku yang tidak menghadiri program iftar Ramadhan anjuran course kami 5 hari yang lalu. tiada halangan untuk kita menghadiri sebegini tambahan pula tiada sekelumit pun hidangan tambahannya di sajikan dengan hiburan yang melalaikan, cuma yang ada bacaan ayat-ayat suci al-quran sebelum azan maghrib berkumandang. kami juga hanya diberikan buah tamar dengan air oren diikuti dengan solat maghrib berjemaah. selesai solat barulah kami dihidangkan dengan jamuan nasi ayam masak merah. walaupun dalam keadaan serba sederhana tapi ia cukup bermakna.
aku mengucapkan terima kasih kepada sahabatku yang telah terlibat dalam menjayakan program malam tu.
ada dalam kalangan kami yang solat isyak dan terawih dalam dewan itu memandangkan kami mula mengemaskan dewan itu setelah selesai program.
semalam diadakan lagi majlis berbuka puasa bagi kelasku, kalau diikutkan hati yang malas, mahu sahaja aku tidak menghadiri majlis itu. sepanjang minggu ni, setiap hari aku perlu menghadiri majlis berbuka, mula-mula dengan course kami, berbuka puasa dengan junior ASD 1PJ di hari berikutnya, 2 hari kemudian dengan ahli kelasku ASD 5PB. insyaAllah pada hari ni di surau Permatang atas jemputan lecturerku.jika tidak terikat dengan jemputan, mungkin aku berbuka  dengan rakan sebilik ku sahaja.
ramadhan semakin hampir melabuhkan tirai, dengan baki yang ada inilah merupakan peluang terakhir untuk kita memenuhi tuntutan yang ada padanya. bukan setakat tuntutan berpuasa sahaja malahan tuntutan selain itu dari segi rohaniah mahupun jasmaniah. ramai yang mampu memenuhi tuntutan jasmani seperti makan makanan yang berkhasiat, bersenam, bersukan mendapat rehat yang cukup dan sebagainya. tetapi berapa ramaikah yang mampu memenuhi tuntutan yang diperlukan untuk santapan rohani seperti mencari makanan yang halal, bersolat, mengenakan pakaian menutup aurat dan tuntutan-tuntutan yang lain samada ia satu kefarduan ataupun sunat.
akhir pena, perubahan perlu dilakukan samada dalam keadaan merangkak ataupun drastik. perubahan yang berlaku perlulah mendapat keredhaan dari Sang Pencipta. wassalam

Sunday, September 13, 2009

MENGHITUNG HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN

ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. mungkin pada saat ini kita sudah pun semakin sibuk membuat persiapan menyambut hari raya yang bakal menjelma. begitu juga di surau-surau  dan masjid-masjid sudah semakin susut dengan pengunjung-pengunjung untuk mengimarahkan masjid. sudah menjadi kelaziman di mana-mana sahaja pada penghujung ni ramai yang tidak mengendahkan peluang untuk mendapatkan peluang yang telah ditawarkan kepada kita semua iaitu pembebasan dari api neraka dan ganjaran malam lailatul qaqar.
sudah menjadi kelaziman bagi orang melayu untuk menyambut lebaran semeriah yang mungkin, tambahan pula kalau ada anak-anak mereka yang akan pulang dari perantauan. sudah lali telingaku mendengar,"alah biasa la raya setahun sekali, apa salahnya kita berbelanja lebih." alangkah baiknya kalau ayat tu diubah sedikit, "alah biasa la ramadhan kan datang sebulan dalam setahun, apa salahnya kita berjaga malam." bukannya apa pun aku menulis blog ni. mungkin ini trend baru untuk menyampaikan dakwah Islam. kalau tidak orang yang sudi membaca pun aku tidak rugi kerana ia akan mengingatkan aku sendiri.
masih segar lagi kata-kata ustaz ku di mrsm dulu, memang susah untuk menyuruh orang melakukan kebaikan sebab hanya ada dua pilihan sahaja, orang akan benci jika kita menegakkan ma'aruf dan orang akan suka bila kita membiarkan saja apa yang orang buat. senang cerita jangan jaga tepi kain orang, jaga tepi kain kita sahaja. aku rasa peribahasa patut di singkirkan dalam kamus hidup kita jika ingin melihat Islam bangkit kembali. tiada guna kita petah bercakap tentang perkara yang langha tapi perkara ma'aruf kita selalu abaikan.
kita selalu ada masa untuk beromong-omong kosong tambahan pula kalau ada perkara memperkata tentang keburukan orang lain, tidak pula terlintas di benak fikiran kita untuk mencari kelemahan diri sendiri. setiap manusia ada kelemahannya, oleh itu kita kena selidiki kekurangan kita juga. nasihat ini yang paling utama aku tujukan pada diriku kerana aku yang menulis bingkisan ini dan juga kepada sesiapa yang ingin bersamaku di dalam nikmat Islam ini. rebutlah ganjaran-ganjaran yang telah diberikan oleh Allah dan jadilah hambanya yang bersyukur.
akhir kalam aku mengucapkan selamat berpesta ibadat dan selamat maju jaya bagi calon PAS yang akan bertanding di Bagan Pinang. aku tak tahu siapa calonnya lagi kerana ketika artikel ni di tulis tiada lagi penamaan calon bagi kedua-dua pihak PAS dan juga UMNO. aku tidak boleh lagi terjah ke dalam isu politik kerana ada seorang Hajah Bangang sekor yang memberi amaran kepada MPP yang dia boleh menggelapkan masa depan kami bila-bila masa sahaja. Aku harap dia berubah jangan angkuh sangat sebab akui aku pengdokong pro Mahasiswa walaupun di sini tiada pro aspirasi dan pro mahasiswa. aku tidak membenarkan diriku bersama pimpinan zalim dan taghut kerana hidup di dunia ni hanyalah perhiasan semata-mata. aku tidak akan jadi seorang penakut dan pengecut kerana ku yakin perjuangan Islam adalah yang sebenar-benarnya. tiada lain yang ingin ku lihat di bumi Malaysia bertuah ini melainkan Islam bertapak dengan kukuh. buat masa ini biarlah PR menawan Bagan Pinang walaupun berdepan dengan taktik kotor UMNO dan undi posnya. inilah sandiwara pengecut UMNO-BN.

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Friday, September 4, 2009

Bersama menghayatinya





Salam,
Di saat Ramadhan sudah menjengah kepada separuh jalan, adakah kita sedar pengertian Allah mewajibkan berpuasa kepada seluruh umat Islam, adakah kita terlupa peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Kemenengan umat Islam pada perang Badar al-kubra, pembukaan kota Mekah oleh Rasulullah saw, pembukaan kota Andalus,Sepanyol, pembebasan Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi, kemenangan umat Islam memerangi pemberontakan pengganas Tartar dan banyak lagi sejarah agung yang telah tertulis dalam kalendar umat Islam berlaku pada bulan Ramadhan al-Mubarak.
Apa yang menjadi penyesalan kita pada hari ini, sebahagian besar dari umat Islam menjadikan Ramadhan sebagai alas an untuk melemahkan semangat dan kondisi muslim. Banyak projek-projek yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan ini ditangguhkan kepada selepas Aidil Fitri, kita menjadi buntu idea semasa mesyuarat dijalankan, waktu kerja disingkatkan kerana bazaar ramadhan yang berlambak-lambak di jalanan mahupun di tempat-tempat awam ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Pada perkiraannya kita sepatutnya berjimat di bulan ini tetapi sebaliknya telah berlaku. Mengapa hawa nafsu masih membelenggu kita sedangkan syaitan-syaitan telah dirantai untuk memeri ruang kepada muslimin menggunakan sepenuhnya kelebihan pada bulan yang mulia ini.
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengertahuanNya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah(membiarkan mereka sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Al-Jasiyah:23)
Kita tidak akan selamanya mengaku yang kita bertuhankan nafsu sedangkan perbuatan kita sudah jelas kearah kesesatan yang nyata. Tindak tanduk kita menampakkan keangkuhan dalam kebodohan kita dalam mematuhi arahan-arahan Allah. Kita bukannya buta sejarah tetapi tidak menjadikan sejarah itu sebagai iktibar dan pengajaran kepada kita sekalian. Ada tidak ambil peduli tentang puasa pada bulan ini dan lebih menambahkan barah dalan kalangan kita dengan adanya golongan sombong dan bongkak ini makan secara terang-terangan di khalayak umum. Ini menghangbat duka kita dengan adanya parut-parut dan kudis di badan ummah.
Di kala Allah membuka seluas-luasnya pintu syurga dan ditutup pintu neraka masih tidak mahu lagikah kita melangkah ke syurgaNya dengan menjauhi dari nerakaNya. Di waktu Allah melimpahkan ganjaranNya dengan tanpa kita mampu menghitung banyaknya dengan dikurniakan pula kepada kita lailatul qadar yang kelebihannya melangkau lebihnya 1000 bulan. Masihkah tiada rasa terpegun kita untuk mendapatkannya dengan dengan menghidupkan malam-malam didalamnya. Ibarat sebuah pasaraya yang menawarkan ganjaran beli 1 dapat 10 dengan jalan rayanya dilebarkan, tempat letak kereta yang luas tersedia dan kenderaan lain dilencongkan bagi memberi ruang kepada pelanggan kita membeli belah di sana. Masih tidak terdetik di hati kita untuk berbelanja di pasaraya itu.
Inilah bulan yang sepatutnya tuisyen untuk melatih mentarbiyyah hati dan hawa nafsu supaya tunduk kepada kebesaran yang Maha Pemurah. Jika kita tidak dapat menjamah makanan disebabkan tiadanya makanan untuk di makan, ini bukan namanya tarbiyyah, dikala kita tidak mampu meneguk air di saat ketiadaan air, ini bukanlah latihan. Sewaktu makanan dan minuman yang lazat terhidang di depan mata, tetapi kita menahan hawa nafsu kita daripada makan dan minum kerana menunaikan ketetapan Allah maka itulah terjadinya latihan dan tarbiyyah

Thursday, September 3, 2009

untukmu palestin



hatiku masih tidak mahu berhenti berceloteh,masih tebal diingatan ku tentang saudara-saudaraku di Palestin, bumi para Anbia. pada Ramadhan ini adakah mereka dapat berbuka sepertiku di Malaysia, adakah makanan yang mereka jamah terjamin mencukupi ataupun tidak. walaupun aku tidak bersama mereka di sana tapi percayalah wahai saudara-saudaraku aku ingin bersama kalian.

kalian bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk mati syahid yang sudah pasti ganjarannya syurga, tidak seperti aku di sini,walaupun dapat mengecapi kehidupan di dunia dengan agak selesa tetapi adakah aku di jamin kehidupan yang selesa di akhirat kelak. aku cuma berharap janganlah engkau mendakwa aku di hadapan Rabbul Jalil kelak kerana aku sedang melakukan sesuatu buat kalian, seboleh-bolehnya aku juga ingin syahid kerana kita sudah tidak dapat mengecapi mati sebagai seorang rasul setelah Muhammad saw menjadi utusan terakhir, mati sebagai seorang aulia pun agak jauh lantaran dosa yang tak terhitung nilainya.

marilah kita sama-sama membantu saudara kita di sana. sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama menjayakan kempen iftar ramadhan di Palestin.

coretan hatiku

Hari ini sudah pun menjengah 13 ramadhan, aku tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh saudara Ammar tadi, masih ada lagi sisa-sisa perjuangan yang perlu aku lakukan sebelum ramadhan melabuhkan tirainya. Solat terawih malam ni tidaklah ramai, mungkin ramai student sudah balik ke kampung memandangkan hari Isnin ni cuti nuzul Quran. Mereka memang excited bab-bab balik kampung, ponteng kuliah pun tak a pa asalkan dapat balik berjumpa family kononnya. Minggu lepas pun ramai yang balik sebab cuti merdeka.
Adakah mereka tahu apakah pengertian sebenar di sebalik kemerdekaan dan nuzul Quran tersebut. Aku tahu ia memang membawa makna yang berbeza walaupun cutinya sama, 1 hari. Bulan Ramadhan kali ni memang bertuah sebab banyak dengan cuti, Cuma aku saja yang tak berkesempatan nak balik kampung kat kelate, minggu lepas dengan program “Senyuman Palestin” dan lepas tu program “ambang 31 0gos”. Hujung minggu ni pulak ada test, kalau test buat hari Jumaat, boleh aku balik selepas terawih sebab tren pukul 2 pagi dari Jerantut.
Nasibku juga agak baik sebab balik raya tahun ni tidak memerlukan aku mengeluarkan wang saku, Cuma aku kena handle student yang nak balik dengan bas yang dikelola oleh MPP. Banyak jugak la aku dengar rungutan dari student-student pasal tiket bas raya cepat habisla, tiket mahal la, cuti lewat la, tapi aku tak pernah pula dengar suara-suara kesal yang tak dapat sempurnakan ibadah puasa pada bulan yang diturunkan al-Quran ni. Agak memalukan aku semasa aku mendapati siswa yang tidak berpuasa, sedangkan mereka sedia maklum yang puasa ibadah yang di fardukan ke atas diri umat Islam.
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang dahulu daripada kamu,mudah-mudahan kamu bertakwa.” (al-baqarah:183).
Selalu kita dengari ayat tersebut tetapi adakah kita memahami apa yang ingin disampaikan kepada kita. Walaupun ku tahu ilmu agamaku agaklah cetek tapi aku faham method-method yang ingin disampaikan melalui bimbingan ustaz-ustaz dekat sini, terutama en. Hisyamuddin, KP ku sendiri. Sahabat-sahabatku juga banyak membantu memandangkan mereka ada background sekolah agama dan aku hanya sekolah berasrama penuh dari tingkatan 1 lagi.
Bagi aku, biarlah ramadhan tiada penghujungnya kerana kegembiraan orang yang berpuasa hanya dua, ketika berbuka dan ketika menemui Tuhannya. Ada ketikanya aku tersenyum sendirian mengingatkan peristiwa ada pelajar yang kebingungan bila ustaz Saiful mengumumkan solat witir akan dilakukan sebanyak 3 rakaat tanpa tahiyyat awal dalam 1 salam. Kebiasaannya dilakukan 2 rakaat dengan salam kemudian 1 rakaat dan salam. Aku dulu pun sama macam mereka tapi pada mulanya hanya ikut saja lepas tu baru bertanya, Cuma aku tak pada siapa yang aku bertanya tentang perkara ni, sebab aku pun masuk kokurikulum pengurusan masjid.
Ada dikalangan rakan aku yang mempersendakan aku sebab mereka merasakan aku memasuki kokurikulum yang low class bagi mereka, al-maklum sajalah mereka apply pemikiran Mahathir yang menjadi ikon wawasan 2020, mungkin selepas ni ada pemikiran pak Lah, Najib dan sebagainya. Mana mungkin mereka akan adakan pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz, TG Abdul Hadi Awang sebab pemikiran agama agak elergy bagi mereka, yang ada Cuma pengurusan masjid, pengurusan rumahtangga, itu pun kena censor sebab takut. Apa yang mereka takut pun aku tak pasti. Adakah takut pada misai lebat Naib Censelor agaknya.
Disaat ummat Islam semakin gersang dan tandus untuk menyelesaikan konflik yang melanda generasi terutama keruntuhan akhlak yang amat parah dalam kalangan muda mudi Islam, berilah ruang kepada para ulama untuk bersuara bukannya menghentam mereka melalui pelbagai medium terutama media cetak dan elektronik yang lebih dipercayai daripada al-Quran. Seharusnya kita perlu muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah sebelum kita menyuruh orang lain berbuat demikian. Pemimpin no 1 negara bukan beerti beliau maksum (bebas daripada dosa) malah kena banyakkan lagi taubatnya daripada yang lain. Jangan mengaku memperjuangkan Islam jika sudah jelas kita sekular.

Wednesday, September 2, 2009

fasa kedua Ramadhan

sudah 12 hari Ramadhan berlalu, aku masih mencari rentak bagaimana untukku menghidupkan bulan yang mulia ini. Tidak seperti tahun-tahun yang terkebelakang. Aku telah pun meninggalkan 4 kali solat terawih berjemaah walaupun aku solat bersendirian. memang aku akui faktor kesihatan juga memberikan kesan padaku kali ni. tapi 10 hari pertama sudah berlalu, adakah aku sudah mengisi ibadahku dalam fasa yang dilimpahi keberkatan?.

fasa kedua ramadhan baru menjengah tiba, apakah yang perluku lakukan untuk mendapatkan keampunanNya? perlukah aku nyatakan apakah yang telah ku lakukan? sememangnya aku tahu aku insan yang lemah dan perlukan lebih banyak lagi bimbingan. sebolehnya aku tidak menghendaki puasa orang awam kerana aku mengerti ia tidaklah mendatangkan impak yang besar kepadaku sempena bulan tarbiyyah ini. aku cuba untuk mendidik diriku sesempurna yang mungkin.

pada 29 syaaban yang lalu, aku menghadiri kuliah maghrib seperti kebiasaan hari-hari yang ku lalui,tidak menjadi masalah padaku untuk beriktikaf di uwais al-qarni kerana aku tiada kelas malam. jadi ia sedikit sebanyak membantuku menggapai ilmu secara tidak formal, tapi cukup tinggi nilainya padaku. aku cukup mengerti sepanjang bulan ramadhan tidak akan ada kuliah maghrib dan InsyaAllah bulan syawal akan bersambung kembali. kuliah pada hari tu banyak menyentuh tentang persediaan ramadhan, itu yang membuatkan aku teramat kesal pada ramadhan kali ini.

masihkah aku mempunyai waktu untukku teruskan pengembaraan ramadhanku ini? ku harapkan Allah memberikan ruang dan waktu setidak-tidaknya sehingga berakhirnya fasa ketiga, diselamatkan dari api neraka. siapa yang berani menahan panasnya neraka, walhal terkena api yang kecil kita sudah tidak mampu menempuhinya.

Perginya dirimu

Pada tanggal 24 ogos yang lalu aku mendapat mesej dari rakanku, koop. aku menyangka dia ingin menanyakan khabarku pada pagi tu tapi sangkaanku meleset sekali. aku mendapat berita yang padaku amat mengejutkan aku. Memang pada kebiasaan pun koop tak pernah mesejku seawal subuh hari. Aku diberitakan sahabatku, mantan presiden bwp 05/06 sudah pun pergi meninggal alam yang fana ini buat selama-lamanya. Walaupun aku tidaklah akrab dengannya, sebagai seorang kawan yang juga pernah bersamanya dalam bwp, aku rasa amat terkilan kerana aku tidak sempat menemuinya. Kali terakhir aku bersua dengannya pada pertengahan Jun yang lalu di KB Mall, itu pun secara kebetulan. Aku tidak nampak pun tanda-tanda yang aku akan kehilangan sahabat yang baik dan peramah sepertinya. mungkin aku kehilangan sebutir permata yang bernilai.
pagi tu aku tak dapat tidur seperti biasa walaupun kuliahku pada pukul 10 pagi. jadi aku masih ada sedikit ruang waktu untuk melelapkan mata. keadaan kesihatanku juga agak kurang baik, aku masih ada baki mc selama seminggu lagi dari 18 hari yang sepatutnya. ramai orang menyangka aku suspect H1N1 tapi hanya Allah yang lebih tahu. aku menyangka akulah yang bakal mengucapkan selamat tinggal kepada semua tapi engkau yang pergi dulu.
pada 18 ogos yang lalu aku menghadiri program sehari di alam barzakh anjuran sahabatku dari EAC dan kerjasama JPK. pada waktu ceramah yang disampaikan oleh ustaz saiful, aku memang terasa yang aku belum cukup bersedia untuk menghadapi sakaratul maut walaupun ku tahu Izrail selalu memer hatikan tingkah lakuku. Aku juga agak sibuk dengan jadual MPP ku yang juga turut menganjurkan program yang kami namakan "Senyuman Palestin" yang turut melibatkan kerjasama Aman Palestin tapi sambutannya agak mengecewakan kami, pada perkiraanku hanya 12 siswa yang hadir dan puluhan lagi siswi. bagiku program itu berjaya cuma sambutannya saja kurang menduka citakan.
aku rasa sekadar ini saja yang mampu aku coretkan untuk tatapan sahabat-sahabatku, semoga Allah mencucuri rahmat kepada sahabatku, saudara Mohd Hafifi Hazwan bin Adnan dan keluarga. aku mohon ampun dan maaf jika aku pernah buat silap kerana aku agak jarang berhubung dengan sahabat-sahabatku di kopu dan pt dulu. bukan aku lupa pada kalian tetapi kesihatan ku akhir-akhir ni tak mengizinkan aku untuk bertanyakan khabar pada kalian semua. Jika Allah takdirkan aku mengikuti jejak hafifi selepas ini, mungkin inilah kesempatan Ramadhan terakhir bagiku.
Cuma apa yang ku harapkan Allah menjaga kalian semua terutama iman kita agar sentiasa utuh mengingatiNya. wassalam

Tipu Daya Manusia Menurut Imam Syafie



IMAM Al-Syafie berkata, dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.Katanya lagi, barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati.“Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya pahala.”Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat,” katanya.Mengenai tipu daya manusia, imam Al-Syafie berkata:“Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.“Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.“Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.”Dalam memberi panduan mengenai tempat menggantungkan harapan, Al-Syafie berkata, apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.Hanya orang berjiwa mulia dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup atau selepas mati.

al-quran

Listen to Quran

lawati juga