Wednesday, January 12, 2011

Ingat-ingat Lupa

sekadar gambar hiasan

Selalu ingat dalam ingatan tetapi kadang-kadang tidak istiqamah dalam mengenang nasib saudara di Palestin, Negeri naungan Para anbia. Kekesalan tanpa bicara, senyum yang tawar hanya mampu terungkap. Sekadar mengisi masa yang masih tersisa sebelum sibuk dengan assignment dan komitmen yang lain. Minggu ini mungkin ada banyak masa yang terluang, tetapi terbuang begitu sahaja. Inilah yang menjadi kelemahan kepada sesiapa sahaja yang sering terikut-ikut dengan rentak dunia. Ikut sahaja bagai pak turut.

Bukannya nak berkongsi tentang Palestin tetapi nak beringat-ingat tentang propaganda yahudi seolah-olah mereka sangat dekat dengan kita. Tengok sahaja peranan warna yang mereka sadurkan pada kita, contohnya merah menyala, kuning atau putih yang sering digunakan di restoran fastfood untuk mencipta perasaan gelisah dan terburu-buru kepada para pelanggan agar berpusu-pusu mengunjungi premis terbabit. warna sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia.Umpamanya, warna biru, hijau dan coklat bertujuan melahirkan rasa nyaman dan selesa. oleh itu kebanyakan restoran mewah mengaplikasi warna berkenaan untuk memberi keselesaan kepada pelanggan dan berlama-lama di tempat berkenaan.

Teringat masa perjalanan dari temerloh ke kota bharu, seorang pak cik duduk di kerusi sebelah. Berkesempatan berbual-bual dengannya yang diselang-seli dengan ketawa kecil. Dalam cakap-cakap kosong ada sesuatu yang sangat terkesan dalam ingatan. Antaranya ungkapan yang masih terngiang-ngiang dalam benak ialah, "Pak cik ada ilmu agama, tapi pak cik tak amal. Kalaulah pak cik masuk neraka, memang tidak boleh nak pertikai kerana degilnya pak cik. Bukan dengan makhluk tetapi dengan Tuhan sendiri. Betapa kerasnya kepala kita," dalam loghat yang pekat terengganu. Nak mengalir air mata tak guna sebab betapa mahalnya air mata seorang lelaki.

Saturday, January 8, 2011

Apalah gunanya

Apalah gunanya kita mencari kelemahan orang lain dikala kita masih mempunyai banyak kelemahan. Sangat naif bila kita selalu menuding kepada orang lain apabila berlaku sesuatu kesilapan. Inilah yang selalu berlaku kepada orang yang beragama, merasakan dirinya lebih baik dari orang lain. Dalam sedar dan tidak ia menimbulkan perasaan riya' dalam diri. Mengapa perkara sebigini selalu terjadi?

Adalah menjadi kemestian menutup segala kelemahan apatah lagi menutup aib orang lain. Saya merasa hairan kerana banyak orang yang jumpa, menegur kesalahan seseorang di khalayak ramai, adalah lebih baik menegur seseorang itu ketika tidak dikerumuning oleh orang. Ini kerana ia bisa mendatang aib dan juga menguris hati individu yang telah pun membuat sesuatu kesilapan.Melainkan kesilapan itu dilakukan dalam kelompok kumpulan tertentu. Saya lemparkan komentar ini kerana saya pernah beberapa kali melihat dan merasai keadaan sebegini. Malu pun ada, nak marah pun ada.

Saya rasa inilah yang perlu diperbaiki kerana saya juga cenderung melakukan perkara yang sama bila melihat sesuatu kesilapan yang telah dilakukan oleh seseorang. Tetapi ia belum lagi berlaku kerana selalu orang lain dahulu yang menegur dan menasihati pesalah itu. Apa yang saya buat? mencegah dengan hati. itulah selemah-lemah iman. pengakuan yang pasti. Imanku setebal kulit bawang, mungkin lagi nipis. Apa yang selalu saya lihat ialah reaksi si pelaku kesalahan itu.

Kadang-kadang timbul juga kehairanan dalam benak, kita boleh menugur orang tidak kita kenali, tetapi bila kesalahan yang dilakukan oleh sanak saudara dan rakan taulan, kita membisu seribu bahasa. Adakah kita takut hilang saudara dan sahabat handal. Saya lebih berani menegur keluarga kerana ia lebih dekat dengan kita. Jagalah diri kita dan keluarga kita dari dibaham api neraka. Saya sedar mungkin mereka bakal menjauhi kita tetapi itu adalah sebahagian dari tanggungjawab kita terhadap keluarga dan masyarakat.

Menghukum seseorang itu bukan tugas kita, serahlah kepada yang Maha Adil. Kita sebagai hambaNya hendaklah melaksanakan tanggungjawab kita untuk menjadi hamba sebaik dan semampu yang mungkin. Pesanan ini ditujukan khas buat diri sendiri. Sehingga ke hari ini saya masih tidak akan mendokong pemuka-pemuka yang kononnya berjuang atas dasar hak asasi kemanusiaan tetapi tidak pernah menyokong wanita muslimah yang memilih untuk berpakaian menutup aurat, menjaga batas-batas pergaulan dan sebagainya. Mereka sepatutnya lebih dikenali kaki pembodek yang bertuhankan akal semata-mata. Saya tidak mahu menjadi seorang yang munafik, menzahirkan keimanan, menyembunyikan kekafiran.

Friday, January 7, 2011

Kita yang tentukan


jikalau aku mengetahui dengan yakin bahawa masa hidupku hanya satu jam sahaja,
salahkah bila aku menggunakan seluruh masa hidupku hanya untuk kebaikan dan ketaatan?
(Abu al-Walid al-Baji)

Pada hari ini apabila mengatakan aku sudah dekat pada Tuhan, maka tanggapan kalian salah. Mungkin aku cuba untuk menghampiri-Nya dengan sedaya upayaku sebelum aku terlelap untuk selama-lamanya. Muhasabah diri selalunya akan meletakkan diri kita pada posisi yang hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Tapi bagi aku, jika hari ini lebih baik dari semalam, esok belum lagi jaminan yang aku akan lebih baik dari sebelumnya.

Aku pun tidak tahu kenapa perkara seperti ini terjadi, tetapi yang pasti imanku senipis kulit bawang, mungkin lagi jarang dari itu. Alangkah malangnya nasib aku jika aku memberi alasan sebegini setiap kali aku melakukan    kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan aku terus bergelumang dengan dosa. Jika aku lemas di lautan yang luas, aku perlukan sesuatu untuk menjadi penyelamatku. Apa gunanya mati diusia senja jika semakin hari semakin bertambah dosa dan noda.

Aku masih bernasib baik,jika memasuki sebuah lorong yang gelap, sudah memadai dengan sedikit bekalan cahaya. Ia mampu menjadi penerang jalan. Tetapi jika aku ingin memasuki kegelapan dalam sebuah tempat yang cerah benderang, cahaya itu akan tetap memadamkan kegelapan itu walau sebanyak mana aku membawanya.Itulah namanya hidayah dari Allah. Hidayah adalah milik-Nya yang mutlak. Aku perlu mensyukuri jika ia datang kepadaku walaupun ia tidak bertamu dihatiku sekalipun. Apa yang membingunkan aku, ia selalu datang ketika tidak diundang, dan pergi ketika tidak diminta.

Ku meratapi usia muda dengan titisan air mata,
Apalah gunanya air mata penyesalan,
Seandaianya masa muda itu sesuatu yang boleh kembali,
Akan ku ceritakan segalanya ketika usiaku sudahpun dipenuhi uban.

Wednesday, January 5, 2011

Masih mencari-cari info

Salam alaik

Dalam seminggu dua masih lagi mencari maklumat terbaru untuk di kongsikan bersama. Dalam sedar dan tidak sedar tahun baru masihi sudah pun memasuki hari keenam. Terasa agak mendukacitakan kerana sampai ke hari ini masa berlalu dengan sia-sia. InsyaAllah dalam masa terdekat ini aku akan cuba memasukkan informasi yang boleh memberi manfaat bersama.

Dalam minngu aku terpaksa menguruskan beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Antaranya menyelesaikan pengurusan kewangan, uruskan perbelanjaan, dan beberapa lagi perkara. Mungkin tahun ini memerlukan perubahan yang paling drastik dalam diri aku memandangkan tahun yang lalu boleh dianggap suatu kegagalan pada diri aku. Aku gagal untuk menguruskan diriku dengan sebaik mungkin.

Tahun 1432 hijrah menantikan perhijrahan besar-besaran untuk diriku jika aku tidak mahu kegagalan muncul kembali. sekian sahaja.

Monday, January 3, 2011

Kelas Bermula

Salam Alaik

Kelas telah pun bermula semalam, hari ini merupakan hari kedua memulakan tugas dan merupakan hari ketiga di Shah Alam. Beberapa hari dalam minggu ni agak sibuk memandangkan baru berpindah ke rumah baru. Pengurusan masa kena urus bermula hari ini memandangkan 2 hari yang lalu benyak dihabiskan untuk berulang-alik ke shopping complex untuk mencari beberapa barangan keperluan kerana terpaksa bermula dari kosong.

Keletihan masih terasa kerana banyak peristiwa yang tidak di jangka berlaku bermula dari bertolaknya bas dari KB hinggalah ke Shah Alam. Rasanya setakat ini sahaja dahulu. Lain kali jika diberi kesempatan aku coretkan lagi catatan yang boleh memberi input yang menarik. Tahun ini tidak membaca walau satu buku pun. sekian sahaja.

al-quran

Listen to Quran

lawati juga