Friday, February 17, 2012

salam alaik,

Sebulan tidak update blog ni. terasa malas pula nak menulis dalam musim cuti. Tetapi cuti kali ini tidak dapat dinikmati dengan sempurna. Ada kegelisahan, kerunsingan yang selalu mengganggu perasaan. Sesekali diatasi bila dapat bersama kawan-kawan bermain futsal. Acap juga bermain futsal cuti kali ni. Selalunya sebulan hanya sekali tetapi kali ni boleh dikatakan tiap-tiap malam hujung minggu aku main futsal.

Dalam minggu ini juga ada jumpa kawan-kawan yang dah bekerja tapi aku hanya dapat respon dari kawan aku yang mengatakan mereka stress dengan kerja. Dan mulalah mereka mengenang kembali zaman persekolahan yang penuh dengan nostalgia. Lupakan masa lalu dan terus pandang ke hadapan kerana itu lebih baik. Yang seronoknya bagi orang bekerja sekurang-kurangnya sudah ada pendapatan dan bolehlah meringankan beban kewangan yang ditanggung. Semasa belajar semua kena berkira-kira dari sekecil-kecil perbelanjaan sehingga sebesar-besarnya.

Dalam cuti ni juga banyak aku mendengar ceramah maulid sempena kelahiran manusia paling mulia dan agung bagi  semester alam ( Nabi Muhammad s.a.w). Baginda penghulu yang dirindui dan di sanjungi kerana akhlaknya yang terpuji dan tiada siapa yang boleh menandingi akhlak baginda. Aku ingin memetik beberapa ayat yang diungkapkan oleh penceramah yang dijemput semasa berceramah di masjid di kampung aku 3 minggu yang lalu. "budak- budak umur 4,5 tahun di hantar ke pasti untuk belajar ilmu fardu ain, belajar sirah, balik rumah bila nak makan mak ayah suruh baca doa makan, bila nak buka puasa bulan ramadhan suruh anak baca doa, bila anak nak tidur suruh baca doa, saya rasa kalau mak ayah umur 40,50 tahun kalau tanya Rasulullah dilantik jadi rasul umur berapa tak tau, isteri baginda ada berapa orang tak tau, anak baginda ada berapa tak tau, baca doa nak makan tidak ingat, doa masuk tandas lupa, moleknya ikut anak sekali la gi ngaji kat pasti". mungkin ini bentuk gurauan tetapi penuh dengan sindiran. 

Hari ini ramai orang ingin kembali kepada Islam tetapi ramai juga yang menggunakan agama untuk kepentingan diri mereka. Apabila ada orang menyukai kepada  sesuatu yang berunsur kerohanian maka ada juga orang berusaha menjadi agen-agen syaitan untuk menghalang orang dari membuat kebaikan.

sekian sahaja buat kali ini.


Saturday, January 21, 2012

mood nak balik rumah

salam alaik,

lama sudah tidak balik kampung, rasa rindu dekat kampung tetap terasa walaupun suasana sudah banyak berubah. balik kampung untuk kali ini mungkin sekejap sahaja tetapi tidak mengapa kerana ia mungkin sudah mencukupi bagiku. Keutamaanku sekarang ialah menyiapkan fyp aku untuk semester hadapan. target aku kena siapkan sekurang-kurangnya 40 peratus dan baki 60 peratus adalah sem hadapan. itu hanyalah perancangan. InsyaAllah berjaya. itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. tidak berniat untuk menulis apnjang ketika ini kerana ingin tumpukan kepada buku yang baru dibeli kelmarin dengan vaucer buku 1 malaysia. gula-gula pilihan raya katakan. sekian sahaja untuk update suka-suka buat kali ini.

Saturday, January 7, 2012

Fitnah Menguasai Laman Sesawang

Salam alaik,

Hari ini aku telah membaca artikel berkenaan 11 soalan yang diajukan kepada Ustaz Azhar dalam laman blog House PK dan sanggah tok janggut yang 2-3 hari ini banyak menulis berkenaan Ustaz Azhar, tiada apa yang perlu di hairan jika perkara-perkara buruk datang blog durjana ini, aku juga ketawa kecil bila terbaca daifnya tulisan Taiping Mali seolah-olah otak terletak di kepala lutut. Aku tahu persoalan ini hanyalah ingin menutup keresahan parti UMNO dan juga mengalihkan tumpuan rakyat supaya membenci golongan ulama apatah lagi UAI sekarang menjadi fenomena terutama dalam kalangan muda remaja kini.

Aku pernah sekali menghadiri ceramah secara tidak sengaja yang disampaikan oleh Ilmuan muda UMNO iaitu Ustaz Fathul Bahari Mat Jahaya. Pakar yang membincnagkan ilmu khilafiyyah yang tidak perlu diperbincangkan pun tidak mengapa. Dia adalah pendokong golangan salafi yang boleh didapati dalam youtube yang disediakan oleh abuaqif studio. Beliau jugalah yang lantang mengkritik Ustaz Azhar Idrus dan juga hubungan PAS dengan golongan syiah tetapi segan dan malu-malu kucing untuk menjawab hubungan salafi dengan wahabi yang dipegang oleh beliau dengan rebrandkan jenama kepada salafi. Jika dia berilmu maka aku tidak pertikaikan ilmunya, tetapi janganlah nak pesongkan akidah umat Islam di Malaysia kerana beliau sekarang sudah menggunakan saluran tv seperti forum perdana hal ehwal Islam yang berlangsung di I-City baru- baru ini dalam kempen BN sayangi Selangor. Jika rakyat sayangi Selangor tolaklah UMNO dan BN dalam PRU nanti kerana Kelantan sudah 22 tahun membuktikan bahawa Kelantan mampu memerintah tanpa UMNO dan BN. Awang Adek adalah MB yang tidak kesampaian apabila tumpas di DUN Perupok dan Parlimen Bachok tetapi memasuki Dewan Rakyat melalui pintu belakang.

Kenapa mereka takut kepada kepada UAI? kenapa setiap kali Islam mendapat tempat mereka ingin runtuhkan? kenapa Ulama UMNO sanggup menjual agama dengan harga yang murah? Aku yakin kebenaran pasti terungkap, UMNO memerlukan nafas dan talian hayat, aku semakin semakin meluat dengan dengan parti assabiyyah ni. Selagi Malaysia mengamalkan sistem pilahan raya, selagi itu kita berhak untuk memperjuangkan ideologi politik kita. Tidak ada siapa boleh menghalang kebenaran kerana ianya bakal terungkap. di sini aku sertakan soalan yang diajukan dalam 2 blog UMNO yang famous tu.

1.Apa hukumnya sesorang itu mengerjakan Haji dengan wang sponsor oleh orang yang ada kepentingan terhadap kuasa seseorang?

2.Apa hukumnya jika seseorang pemimpin yang berjanji sekiranya menang pilihanraya mereka akan melaksanakan hukum hudud tetapi setelah menang mereka tidak laksanakan?

3.Apa hukumnya jika pemimpin yang berkuasa ke atas undang-undang syariah apabila diberitahu ada pemimpin lain di bawahnya terlibat dengan zina tetapi tidak mengendahkannya sedangkan ada saksi yang sanggup tampil ke depan.

4.Apa hukumnya sebuah kerajaan yang banyak mendirikan berhala pada zaman pemerintahannya melebih daripada mendirikan masjid malah hamper tiada lansgung masjid didirikan?

5.Apa hukumnya jika seorang pemimpin yang berkuasa melantik anak menantunya menjadi Pengarah Syarikat dalam negeri yang diperintanya tanpa persetujuan syumul dan ahli lain?

6.Apa hukumnya jika sebuah kerajaan gagal untuk menyediakan kemudahan asas seperti air bersih kepada rakyat sedangkan sebelum ini mereka berjanji untuk melaksanakannya?

7.Apa hukumnya jika seorang pemimpin mengarahkan arak yang dirampas dihantar balik kepada penjual seperti yang berlaku di Selangor?

8.Apa hukumnya pemimpin yang menghalang Jabatan Agama membenteras gerakan Kristian memurtadkan orang-orang Islam malah mereka ini menyalahkan Jabatan Agama?

9.Apakah hukumnya jika pemimpin Islam menolak untuk bersatu dan perpaduan sesama Islam yang lain malah menolak ataupun meningkirkan pemimpin-pemimpin Islam lain yang mahu bersatu?

10.Apakah hukumnya memfitnah pemimpin atau orang lain membunuh seseorang sedangkan tiada sebarang saksi ataupun bukti walau sekeping gamabr mauopun seminit video?

11. Dan apakah hukumnya jika seseorang itu tidak bersyukur kepada Allah dan tidak berterima kasih kepada kerajaan di atas segala nikmat yang mereka terima ?


Aku rasa ini soalan tidak perlu lah dijawab kerana ini soalan yang tidak memberi faedah kerana mereka akan menggunakan jawapan yang diberikan untuk attack kembali, mereka licik, baru hari ni belajar fardu ain esok dah nak ngajar orang lain. Fitnah dalam sesawang ni lebih bahaya kini. HOUSE PK atau parpukari pernah melenting bila orang fitnah beliau minum arak dan gambar arak tersedia di mejanya, aku masih ingat lagi dia menggunakan ayat al-quran untuk defend dirinya, tidak ubah seperti golongan khawarij menggunakan ayat al-quran dan hadis untuk membela diri mereka. Aku tidak pernah yakin pada jawapan yang diberikan oleh UFB kerana aku yakin sosok penipuannya bakal terungkai suatu masa nanti. Ingatlah hukuman ALLAH sangat adil.



Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru

Salam Alaik

Kesangsian membuatkan kita merasa curiga walaupun pada ketikanya kita yakin kita berada di landasan yang benar. Oleh kerana kita diterjah oleh fikiran dan juga anasir-anasir yang datang bertalu-talu membuatkan sukar untuk kita mencari perbezaan antara baik dan buruk, antara sahabat atau musuh, malahan sukar untuk menemui kebenaran walhal kebenaran sudah terjamin akan mengatasi kebatilan secara total. Inilah fitnah akhir zaman yang memanipulasi kita atau lebih dekat dengan kita bila ia disebut sebagai isme. Perperangan minda ini bagai tiada batas sempadan dan ia menyerang kita sepanjang masa sehingga bingung untuk kita menghalangnya.

Aku merasa jelek bila membaca artikel yang di publish dalam blogger gila AAKJ tetapi aku mengambil kesempatan untuk tidak menghiraukan orang gila sepertinya. Menggunakan hadis dan ayat al-quran sesuka hati sesedap rasa seperti golongan khawarij yang menggunakan pendekatan yang sama ketika menentang Saidina Ali. AAKJ sebenarnya menulis sedemikian untuk mengalih tumpuan orang muda kini yang lebih cenderung kepada agama malahan mempertikaikan program yang di jalankan di dataran Shah Alam baru-baru ini. Kalau dia berlaku adil, kenapa I-City tidak disebut langsung bahkan di I-City lebih teruk dari segi countdown new year. Konon membela Islam tetapi tidak lebih dari berlindung dari bayang-bayang. Semoga beliau memperoleh hidayah disebabkan perbuatannya bagiku melampau dan tidak menggunakan pertimbangan akal dan ilmu dalam berkata-kata.

Apa yang pasti, pada 2012 pasti banyak agenda-agenda yang besar bakal berlaku, pertama sekali sudah tentu pilihan raya umum 13 (PRU 13) yang bakal menentukan pembentukkan kerajaan Malaysia. Aku harap acuannya berubah, rakyat sudah penat dengan pembohongan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh BN yang memerintah dan salah satu komponen parti dalam BN adalah parti pujaan AAKJ. Mujurlah dia bukan ahli PR kerana manusia sebegini merupakan liabiliti kepada agama, bangsa dan juga negara. Nasib baiklah manusia sebegini tidak ada kaitan mahupun pertalian saudara denganku, kalau ada pasti aku malu dunia akhirat.

Awal-awal kalendar tahun ni lagi sudah ada kekecohan mahasiswa di UPSI, aku mengikuti perkembangan di sana melalui blog-blog dan juga video di youtube. Aku ikuti kedua-dua saluran ini samada di opposite atau government side untuk meneliti kesahihan berita dan asbab-asbabnya. Tahun 2012 baru sahaja melangkau 3 hari tetapi sudah banyak berita yang diperkatakan cuma aku memboikot diriku dari membaca utusan meloya. Aku rasa rugi jika aku membeli utusan dari segi wang ringgit dan juga masa aku untuk menelaah benda yang tidak berfaedah ni. Tahun lalu akhbar ini tidak ubah seperti majalah lucah, lucu dengan komedi ilmiah yang tanpa disengajakan ataupun dirancang. Bagaimana sebuah akhbar yang menjadi lidah kerajaan boleh menyiarkan artikel yang menyatakan Malaysia tidak pernah di jajah, pelik bukan. Sebuah warta perdana yang sudah lama bertapak di negara ini mencedok cerita-cerita longkang seperti itu. Tiada kualiti. Apatah lagi akhbar ini berdepan dengan banyak saman dan keputusannya, kalah. Malaysia sudah diketahui umum sangat teruk dari segi kebebasan akhbar dan penyumbang kepada terkongkongnya minda rakyat adalah utusan Malaysia. Azam baharu aku tahun ini ialah tidak mengeluarkan sesen pun wang untuk utusan.

sekian sahaja, wasalam

Saturday, December 24, 2011

Double Standard

Salam alaik

Pengamalan kepada sikap hipokrit dan dasar double standard berlaku di mana-mana sahaja bukan sahaja di Malaysia seperti yang di war-warkan. SPRM, PDRM, SPR memang jelas dalam dasar mempertahankan parti assabiyah terbesar dan terkukuh di muka planet ini (dibaca UMNO) dalam mempertahankan kelangsungan politiknya. Tetapi hari ini aku tidak mahu menceritakan tentang parti yang menjelekkan ini.

Kita meneroka seketika ke persada Liga Perdana Inggeris, bagi peminat atau pengikut setia bola sepak pasti mengetahui situasi yang melanda kem Liverpool ketika ini iaitu pergantungan pemain utamanya Luis Suarez sebanyak 8 perlawanan dengan denda berupa wang tunai sebanyak 40000 pound sterling sebagai tambahan kerana di dapati mencetuskan bibit perkauman kepada pertahanan Manchester United, Patrice Evra tetapi pergantungan yang sekufu untuk pertahanan dan juga kapten Chelsea dan England, John Terry masih dalam siasatan mahkamah dan juga FA England sedangkan masalah yang ditimbulkan adalah sama, racism. Kenapa ini berlaku? Sebabnya mudah dibaca, Suarez orang asing sedangkan Terry warganegara malahan Terry amat berpengaruh kepada negaranya. Walaupun dunia mengetahui Terry sudah banyak mencetuskan kontrversi dalam dan luar padang, denda dan pergantungan tidak pernah berlaku (kebal). Ini menimbulkan perspektif negatif dalam menentukan hukuman sedangkan ia sudah diketahui umum.

Dua tiga hari kebelakangan ini menjadi tajuk utama tentang salah laku rasuah oleh bekas MB Selangor, Mohamad Khir Toyo, (aku lebih senang untuk tidak menyertakan gelaran dato') yang didapati bersalah oleh mahkamah dan di penjara hanya 12 bulan bukan 12 tahun. Kalau seseorang yang berpendapatan RM 3000 perlu mengambil masa 97 tahun untuk mengumpul sebanyak RM 3.5 juta tetapi dengan rasuah, hanya tandatangan dan persetujuan sahaja boleh mendapatkan nilai berjuta-juta itu. Jika beliau dipenjara sekarang maka peluang untuk bertanding dalam PRU 13 nanti terlepas begitu sahaja melainkan Najib menangguhkan PRU ke tahun 2013 semata-mata menunggu banduan itu keluar. Adakah Najib sanggup menunggu? Adakah seorang banduan yang terbukti dengan salah laku masih diundi rakyat? ini adalah percaturan yang menarik menuju PRU nanti. Aku sangat excited menunggu PRU 13 kerana aku sudah layak untuk mengundi untuk kali pertama. Bagi yang umurnya sudah 40 tahun tetapi masih belum pernah menjalankan tanggung jawab tidak usahlah bertepuk bertampar di wakaf dan kedai-kedai kopi mempertahankan ideologi politik anda kerana politik bukan bermula di papan dam ataupun bancuhan secawan teh dengan kelekaan bermain daun terup sambil menonton bola yang disajikan.

Dalam minggu ini juga ditimbulkan isu Adam Adli, seorang mahasiswa yang berani. Ada pro dan cons atas tindakan beliau tetapi tidak boleh menyalahkan beliau sepenuhnya dalam hal ini kerana beliau masih muda dan sebaya denganku, umur sebegini bukan lagi dipanggil matang walaupun sudah baligh. Mengikut perundanngan yang termaktub dalam perlembagaan negara pun tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan keatasnya. Jadi kepada pengampu-pengampu UMNO jangan lah bertempik sana sini, meludah merata-rata kerana jika andapendokong demokrasi, anda harus menghormati suara rakyat dan Adam juga seorang warga Malaysia bukannya PATI atau sebagainya. tidak perlulah menjadi UMNO totok sangat kalau kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sekufu dengan ayam cari makan. Lainlah kalau parti tu memberi rezeki mencurah-curah dari langit dan bumi dan seisinya. Tetapi ia tidak akan berlaku kerana hanya Allah sahaja yang memberi rezeki secara mutlak, makhluk hanyalah sebagai perantara ataupun asbab kepada datangnya rezeki itu. Tanya lah al -fadhil ustaz Fathul Bari Mat Jahaya kalau anda tidak percaya dan ingin mendapat kepastian.

sekian sahaja. seribu kemaafan aku pohon jika pandangan aku menjelekkan tetapi bercakap sesuatu kebenaran adalah wajib dan aku pohon ulama-ulama dan ilmuan-ilmuan Islam berilah pandangan dan ilmu Islam secara hak bukannya mengampu untuk kepentingan duniawi atau menjadi syaitan dan iblis bisu. Peace for Palestine.

Saturday, December 17, 2011

Jangan Ikut Trend

Salam alaik

Apa yang kawan kamu cakap tadi, pak cik tak faham la? tanya seorang pak cik tadi. Entahlah pak cik, tu bukan kawan saya, balas aku. Pak Cik tengok kamu bergaul macam sudah lama kenal. Tu yang pak cik ingat dia kawan kamu, sambungnya lagi. saya bertanya dia tadi macam mana keluar dari lorong tu, sebab saya dh tersalah masuk, dia mudah mesra sebab tu kami nampak macam kawan, sahutku kembali.

Pak cik yang bertanya aku sebenarnya ingin menegur seorang pemuda yang bercakap dengan aku sebelumnya kerana disngkanya pemuda pertengahan 20 an itu kawan aku. Bagi aku lebih baik pak cik itu menegur pemuda itu sendiri kerana maksud yang ingin disampaikan mestilah lebih jelas berbanding menggunakan orang tengah. Seperkara lagi yang aku ingat adab menegur  kesalahan itu mestilah secara personal bukannya di depan orang ramai kerana menjaga ataupun memelihara aib seseorang. Teguran yang terbuka melalui media sosial seperti FB, twitter sebolehnya tinggalkan kerana bukan seorang malahan kita tidak mengetahui beberapa orang yang membaca komen kita tulis untuk menegur kawan dalam list kita. Teguran itu bukan membina malah boleh merobohkan ikatan silaturrahim yang sudah lama terjalin. Begitulah cara Islam menjaga adab dan hubungan sesama manusia. Tidak dinafikan ada yang menggunakan FB sebagai alternatif dakwah tetapi adab dan tatasusilanya hendaklah di jaga.

Seperkara lagi aku dinasihati supaya jangan terlalu mengikut trend terutama dalam pemakaian, pemakanan, pergaulan malahan percakapan sekalipun. Kalau di lihat pada percakapan mutakhir ni, memang menggerunkan dan menggetarkan bila mendengarnya, dengan tiada sumber yang boleh di ambil rujukan menjadikan percakapan terlalu direct translate di tambah pula dengan penambahan ayat yang tidak sepatutnya pada hujung kalimah ayat, sebagai contoh, perempuan tu cantik gila. Perkataan gila tidak perlu lah dimasukkan dalam percakapan itu kerana itu bukan perkataan yang membina tetapi meruntuhkan struktur ayat. Kalau seseorang perempuan itu cantik tetapi gila maka hilanglah sifat cantiknya kerana orang akan melihat kepada gilanya itu. Teringatkan kepada bahasa yang digunakan menggambarkan kita bukan lah sebuah bangsa yang maju dari segi tamadun dan sosio-budaya kerana kita tiada bezanya dengan agama lain sedangkan Islam itu tinggi dan tiada agama yang lebih tinggi dari Islam. Jika kita tidak mampu membezakan diri kita dengan orang yang bukan muslim dari sudut penampilan, pergaulan, percakapan dan sebagainya maka kita seolah-olah menafikan pengiktirafan yang telah diberikan kepada kita.

Sebab itu Islam menekankan kepada tarbiyyah ataupun pendidikan yang berterusan agar fikrah Islami ini dapat dijaga. Ada yang berfikrah Islam tetapi tidak praktikal kepada fikrah yang di tunjangi, ini satu kerugian malah lebih rugi dari bankrup dalam perniagaan. Fikrah Islam itu perlu dititipkan dengan kefahaman barulah timbulnya sifat ikhlas dalam diri dalam semua perkara. Kefahaman bukanlah hari ini dibentuk dan keesokan dituai hasilnya. Lihat sahaja contoh Ikhwanul Muslimin yang dibentuk oleh Hassan al-banna memakan masa untuk melihat hasilnya. Hari ini parti sayap Ikhwanul Muslimin hanya meraih 65-70% undi dari rakyat mesir sedangkan ia sudah 85 tahun bertapak di bumi para anbia ini dan berselang generasi memimpin jemaah ini. Bagi aku, IM berjaya dalam konsep tarbiyyahnya dan melahirkan generasi-generasi yang faham Islam dan menguasai pelbagai bidang pentadbiran tidak kira di Mesir ataupun di tempat lain.

Apa yang menjadi konklusi di sini, umat Islam haruslah membebaskan mereka dari sebarang fikrah asing yang menyesatkan dari demokrasi, sekularisme dan isme yang lain kepada fikrah Islam yang syumul. Perperangan fikrah hari ini terlalu hebat dan pihak musuh tidak perlu mengangkat senjata untuk mengalahkan umat Islam, cukuplah dengan ideologi-ideologi sesat yang mereka tebarkan di langit terbuka hari ini yang mereka gelarkan globalisasi.

sekian.

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan

Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan demikian melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui. (surah Yunus : 5)

 Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1042.

tidak tahu ingin mulakan macam mana, tetapi aku tahu malam ini gerhana bulan dan inilah salah satu dari fenomena alam yang selalu terjadi. seperti yang kita sedia maklum adanya gerhana bulan dan ada juga gerhana matahari. Aku ingin berkongsi tentang apa yang aku ingat sahaja kerana kebetulan aku berada di sebuah tazkirah yang memperkatakan tentang peristiwa ini. Cuma aku tidak pernah dengar mitos yang di ceritakan oleh penceramah tadi seperti kepercayaan orang cina yang percaya apabila berlakunya salah satu gerhana, mereka membuat bising untuk menghalau naga kerana bagi mereka, naga akan muncul bila berlakunya gerhana ini untuk memakan bulan yang gerhana atau mereka memanggilnya dengan new moon. jadi bertambah satu lagi fakta yang tidak aku perolehi dalam mana-mana pembacaan setakat ini.

setakat ini sahaja kerana aku sebenarnya tidak bersedia untuk menulis dengan lebih panjang disebabkan keterbatasan waktu yang aku alami sekarang.

Monday, December 5, 2011

update.... update

Salam alaik,

Tiada masa rasanya nak update blog ini, saban hari semakin sibuk dengan assignment, kerja-kerja yang tertangguh dan juga kemalasan yang melanda diri saban hari. Bak kata kawan-kawan bukan lelaki kalau tak malas, kalau tak main-main. Ada sahaja dalam minggu-minggu kebelakangan ini demam dan pening-pening menimpa. Mungkin disebabkan cuaca yang tiada yang menentu, panas terik di pagi hari, hujan lebat di sebelah petang. Maka pada musim begini haruslah berjaga-jaga.

Mesyuarat dan perhimpunan Agung UMNO juga sudah pun berakhir. Seperti biasa, perhimpunan depa ni mendapat liputan meluas dari media depa semua. Maklumla, media arus perdana depa yang control seperti remote control, push butang ni maka begini la jadinya, push butang sana maka merana la pihak lawan, tekan butang atas maka ditindihnya orang dibawah, tekan butang bawah maka terangkat lah agenda mereka yang berkobar-kobar berpidato di gelanggan sendiri. Siap bersingsing lengan lagi marahkan pihak lawan. Dah la gunakan air Kelantan untuk basuhkan najis lembu mereka. Apa nak jadi pun tak tau dengan negara kita yang mempunyai pemimpin yang bukannya nak membantu rakyat tetapi menindas dengan cara yang halus mahupun kasar ibarat kain putih merah yang di pakai sepanjang persidangan yang berlangsung.

Ura-ura PRU 13 sudah nyaring kedengaran, tetapi tidak tau bila, Boleh jadi PRU 13 ni adalah pemangkin kepada peralihan kuasa kepada pemerintahan yang baru ataupun kekal kepada parti yang sudah lama mendendangkan wadah dan perjuangan melayu. Sama-sama kita nantikan kerana kita sama-sama menunggu. Masih teringat lagi pertanyaan seorang pak cik yang umurnya mungkin awal 70. Umur yang sebegini mungkin sudah ada kain kafan di rumah, kerana bila-bila masa sahaja rumah kata pergi kubur kata mari. Pertanyaannya mudah sahaja, kenapa semakin banyak IPTA di tubuhkan semakin ramai yang lawan kerajaan, apa yang anak-anak muda tak puas hati sebenarnya? Aku jawab juga mudah, IPTA ni di bina bukan untuk menyokong kerajaan tetapi tempat untuk menerima ilmu dan menimba pengalaman. Kalau lah IPTA ni dibuat untuk semata-mata menyokong kerajaan maka itu bukan universiti tetapi markas politik. AUKU yang kaku, membekukan kebangkitan mahasiswa, melesukan siswa yang pemikirannya yang seharusnya membawa momentum perubahan kepada masyarakat sebenarnya. Kalau tidak banyak sedikit pun jadi lah.

Semasa perjalanan dari KB ke Shah Alam, di sebelahku ada seorang penjawat awam yang bersara awal kerana ingin menumpukan kepada perniagaan dan juga kebebasan, katanya kerja dengan kerajaan memang mudah, tiap-tiap bulan tunggu jer depan ATM untuk keluarkan duit, tetapi tengah-tengah bulan dah berkerut dahi nak cari duit. Dengan semua mahal cam bedil (orang kelantan selalu mengaitkan barang yang mahal dengan bedil atau pistol kerana ia bukannya barang yang boleh diperoleh dengan sewenang-wenangnya).  Aku hanya berbalas bualan dengannya sebab terasa sangat letih, lagipun niatku naik bas mesti nak tidur bukannya berbual. Biasanya aku ambil single sit tetapi kali ini tak sempat belikan. Aku jadi lemah bila orang ingin mengatakan sesuatu tentang masalah gejala sosial remaja yang membarah ketika ini, pertamanya semestinya kerana aku juga sebahagian dari remaja. Tetapi jika melihat kepada kebangkitan hari ini remaja terbahagi kepada dua bahagian yang jelas. Yang pertama yang menyumbang kepada masalah sosial yang kurang sihat dan kurang jernih seperti yang selalu di laporkan oleh media-media arus perdana dan menjadi bualan harian masyarakat seolah itulah zikir- zikir yang perlu dilafazkan. Yang kedua ialah pemuda yang mencari kebenaran dan identiti keagamaan yang jelas. Lihat sahaja di masjid-masjid, madrasah-madrasah malahan di tempat pengajian agama, betapa ramainya golongan remaja. Bagi golongan tua yang tau mengkritik, di masjid pun kurang. Jangan lah kita sesekali melihat kekurangan dan kelemahan orang lain bagi menyatakan kita ni hebat. Aku amat jelek bila dengar orang-orang veteran cakap, apa nak jadi dengan orang-orang muda sekarang, zaman pak cik muda dulu tak la begini. Manusia bermula dari terbinanya tamadun hinggalah kiamat pasti mengulangi kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh bangsa sebelumnya.

sekian sahaja dahulu.

Saturday, November 26, 2011

Salam maal hijrah 1433

Salam alaik,
Salam diambang hijrah buat semua. Setiap tahun negara kita mengadakan sambutan maal hijrah tidak kira diperingkat kebangsaan ataupun negeri. Dalam majlis berkenaan ada beberapa tokoh ataupun pertubuhan yang akan dianugerahkan tokoh maal hijrah. Tetapi di sini bukanlah ingin berkongsi tentang anugerah terbabit tetapi apa yang kita boleh muhasabah dari peristiwa hijrah yang bermula dengan penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah yang menjadi titik tolak kepada kebangkitan dan kekuasaan Islam ke pelosok dunia.

Sebelum berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Yathrib, umat Islam pernah berhijrah ke Habshah tetapi peristiwa penghijrahan ke Madinah adalah pemangkin kepada tertubuhnya Negara Islam yang pertama dengan diteguhkan lagi dengan piagam Madinah. Semasa umat Islam berada di Mekah, umat Islam menghadapi pelbagai kesulitan dan kesengsaran yang bukan sedikit. Itulah yang di namakan dengan ujian dan pengorbanan yang terpaksa di hadapi oleh umat Islam  di zaman baginda, Rasulullah s.a.w.

Berdasarkan kepada peristiwa bersejarah itu, ada beberapa perkara yang boleh kita perolehi sebagai panduan dan tauladan yang perlu di contohi kita sebagai umat Islam yang berada dalam era yang mencabar ini. Antaranya ialah kesetiaan seorang sahabat dalam menempuh segala ujian dan keperitan. Ini dibuktikan oleh Saidina Abu Bakar As-siddiq dalam menemani Rasulullah semasa berhijrah. Apabila Abu Bakar diizinkan untuk berhijrah, beliau memohon izin untuk berhijrah bersama dengan Rasulullah. Persahabatan dan persaudaraan yang rapat lagi setia adalah amat penting dalam melalui detik senang dan sukar apatah lagi dalam menyampaikan misi dakwah yang mulia ini.

Seterusnya ialah semasa penhijrahan baginda, baginda telah mendirikan masjid di Kuba', ini menandakan betapa pentingnya masjid kepada kita dalam masyarakat. Masjid bukan hanya di dirikan untuk menunaikan solat tetapi ia boleh dipelbagaikan fungsinya untuk kemudahan umat. Menyedihkan pada hari ini ialah tidak ramai orang ke masjid bahkan masjid hanya penuh pada hari Jumaat untuk menunaikan solat jumaat dan pada bulan ramadhan untuk bertarawih seolah-olah masjid ini mempunyai waktu yang khusus untuk dikunjungi. Tidakkah kita perhatikan apabila berlakunya peristiwa Isra' dan mijraj Rasulullah. Masjid menjadi tempat yang menjadi transit penting menuju ke mikraj. Sebagai umat Islam, kita jangan jadi umat yang tahu menghafal tetapi perlulah memahami konsep dari setiap perjalanan peristiwa.

Melakukan penghijrahan adalah perkara yang senang difikirkan tetapi sukar untuk dilaksanakan. Inilah yang menjadi batu penghalang untuk melonjakkan kembali Islam kembali ke daerah kegemilangan. Islam itu lemah bukan disebabkan oleh anasir-anasir luar sahaja bahkan ia banyak didorong oleh kelalaian dan kecuaian kita sendiri. Hentikan memfitnah dan menuding jari kepada pihak yang lain selagi ada ruang yang boleh kita perbaiki dan atasi, cubalah tangani dengan kemampuan sendiri sedaya yang boleh. sekian.

Sunday, November 13, 2011

Sarang Labah

Salam alaik

Ralit memerhatikan sarang labah-labah berhampiran semak belakang rumah sewaktu pulang ke kampung semasa cuti sambutan hari raya aiduladha baru-baru ini. Apabila semut cuba melepasinya maka ia terlekat, begitu juga dengan nyamuk, tersadai di sarang labah-labah. Apabila labah-labah memasuki sarangnya maka di makannya semut dan nyanuk tadi. Tidak lama kemudian lalu lah seekor burung pipit lalu berkecai lah sarang yang dibina oleh labah-labah itu.

Sedang asyik memerhatikan fenomena tadi maka terlintaslah di benak fikiran bahawasanya undang-undang Malaysia seakan sarang tadi. Apabila rakyat jelata yang lemah maka terikat dengan pelbagai undang-undang bahkan jika melanggar undang-undang yang telah termaktub dalam perundangan negara, mati hidup semula tidak akan terlepas dari perbicaraan dan hukuman, tetapi undang-undang yang sama seperti mendapat pengecualian bagi pemerintah dan juga orang yang mempunyai kelas yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat. Adilkah cara sebegitu?

Isu UKM 4 seakan-akan membuka mata para mahasiswa untuk bangkit kembali untuk menyuarakan hak dan pandangan yang selama ini dibelenggu oleh akta yang cukup menakutkan bagi kalangan siswa iaitu AUKU. Dari sebuah akta yang menggertak mahasiswa kini bertukar menjadi akta yang menjadi bahan lawak dalam masyarakat hari ini. Terima kasih kepada keputusan mahkamah rayuan. Disini aku ingin sarankan sesiapa yang ingin menyertai ujibakat Raja Lawak ke-6, boleh lah berkira-kira untuk mengambil modal ini. Insya Allah boleh mendatangkan rasa lucu dan lawak. Sebuah akta yang membelenggu mahasiswa selama ini sudah sampai ke kemuncaknya. Tetapi harus diingat Akta 174 masih ada lagi. Ada ke sesiapa yang berani mencabarnya?

Sebab itu lah Allah menyediakan satu lagi mahkamah yang maha Adil yang tiada siapa yang berani menafikannya lagi iaitu mahkamah di masyar nanti. Mahkamah dunia boleh dibayar, boleh diatur keputusannya, boleh medapatkan peguam sebagai pembela, boleh membuat kesaksian palsu dan banyak lagi perkara-perkara licik untuk terlepas dari hukuman tetapi tidak di masyar.

sekian sahaja.

Wednesday, October 26, 2011

fakta

Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi ‘raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958, United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos, United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kisah-kisah dongeng ini membuktikan bahawa mereka – dalam Bahasa Inggerisnya menjadi ‘British’s running dog’ atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascist Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascist Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.

Kuasa imperialis Kulit Putih (White Colonial Power) – Portugis, Belanda dan British – datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayaan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi – bijih, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya: gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di Kepulauan Nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini – Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun – menjejakkan kaki ke Tanah Melayu – mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong – adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Para pembaca yang budiman: Sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 di bawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi: sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan – MERDEKA! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampoh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja TIDAK berani melaungkan – merdeka – malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu ‘kurang oksigen’. Masih tidak jelas – apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oksigen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan ‘hidup Melayu’. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram – Hidup Melayu – masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan Hidup Melayu hari ini adalah kaum Mamak Kimma dan kumpulan Awang Hitam yang semakin disangsikan teromba dan salasilah keturunan mereka. Kenapa Awang Hitam ini suka melaungkan Hidup Melayu ini memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak – diulangi sekali lagi dengan huruf besar – T-I-D-A-K – berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan massa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampoh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelur, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Britsih telah mengisytiharkan apa yang dipanggil ‘darurat’. Perkataan ‘darurat’ ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan ‘darurat’ agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diisytiharkan – kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti, kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah ditangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy, Ishak Haji Muhamad, Chen Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adakah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan Hidup Melayunya kerana ramai pemimpin rakyat telah memulakan kerja di bawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strategi untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strategi ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diisytiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini, British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diisytiharkan dua tahun kemudian – pada tahun 1948 – pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association – semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman – dua bengolan ini bukan – B-U-K-A-N – dieja dengan huruf besar – bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Pada ketika itu, penjajah British memasang dua kuda. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia dan yang boleh menipu orang Melayu dengan bijak bistari. Akhirnya Tunku menjadi kuda pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih di bawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon.

Sunday, October 23, 2011

bola rakyat.

Tahniah Manchester United kerana membenarkan diri dibelasah oleh pasukan kaya raya dan merupakan jiran bising mereka, Manchester City. Hadiah yang cukup bermakna untuk Perdana Menteri kita yang sangat fanatik dengan Red Devil. Siapa suruh pandai-pandai buat 1Malaysia, kan tak pasal-pasal kena bedal 6-1 oleh sky blues. barulah mereka tahu langit tu tinggi ke rendah. itu sahaja untuk Perdana Menteri kita, jangan lupa bayar zakat. Perlawanan bola sepak kat Seri Perdana boleh anjur, bila-bila jimat la duit tu, baru lah tak rasuah. Jangan lupa juga esok solat subuh sebelum pukul 6. Subuh tu 2 rakaat je bukan 6.

Saturday, October 22, 2011

Himpun

Salam alaik,

Tajuk yang ditulis diatas tiada kena mengena dengan himpunan sejuta umat yang diadakan semalam. Sudah menjadi kelaziman dalam politik di tanah air kita, polis mengamalkan double standard dalam menangani isu-isu yang berlaku, termasuklah dengan himpun ini. Mendapat permit untuk kepentingan bangsa bukannya agama. Yag menjadi dajalnya ialah menggunakan agama sebagai barang pertukaran. Buktinya jelas semasa ucapan penutup oleh satu-satunya mufti yang hadir pada perhimpunan yang diadakan di stadium melawati shah alam.

benarkah PAS tidak pernah berjuang untuk menangani isu riddah ini, setahu aku ada berdasarkan beberapa fakta yang telah aku jumpai tetapi ditolak mentah-mentah dalam parlimen yang dikuasai oleh dacing senget. berikut disertakan beberapa fakta yang berjaya diperolehi
Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak oleh ahli parlimen Islam UMNO.

Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak oleh ahli parlimen Islam UMNO.
Kemudian, pada 2 November 1999, Tuan Guru Haji Hadi juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.  
Pada March 2006,Naib Presiden PAS,
Salahuddin Ayub pernah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad..

Namun Rang undang-undang itu ditolak mentah-mentah oleh Ahli Parlimen UMNO... sedikit pun mereka tidak menunjukkan minat kepada rang undang-undang tersebut..

Dan Salahuddin Ayob cuba sekali lagi menyelamatkan akidah umat Islam dengan mencadangkan pindaan perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

Dan sekali lagi,ahli-ahli parlimen UMNO tidak mempedulikan usul tersebut..

Ahli-ahli parlimen UMNO juga mendiamkan diri apabila 9 menteri BN (yang bukan Islam) cuba bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah...

apakah perkara 121 (1A)?
perkara 121 (1A) itu adalah mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah..

Menteri BN cuba mendesak agar perkara itu disemak semula agar keputusan mahkamah syariah dapat dibatalkan dengan keputusan penghakiman semula di mahkamah sivil..

contoh..
jika anak kita nak istihar keluar dari agama Islam,mahkamah syariah tidak membenarkan..
keputusan tersebut boleh dicabar di mahkamah sivil,dan keputusan mahkamah sivil boleh membatalkan keputusan mahkamah syariah..

Isu ini menjadi panas dan menjadi pertikaian menteri-menteri BN yang bukan beragama Islam selepas kematian pendaki Everest Sarjan M. Moorthy atau Muhammad Abdullah...

balunya, S.Kaliammal dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) terlibat dalam perebutan untuk mengebumikan jenazah beliau.
Jawi menuntut jenazah itu setelah mendapati Moorthy telah memeluk agama Islam.

Moorthy yang meninggal dunia pada 20 Disember 2005 akhirnya dikebumikan oleh Jawi pada 28 Disember 2005 berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa beliau adalah seorang Islam.

Kerana isu tersebutlah maka 9 orang menteri (ketika itu) cuba mencabar perkara 121 (1A) itu serta menghantar memorandum kepada PM Pak Lah mendesak supaya perkara 121 (1A) disemak semula..
menteri-menteri itu adalah..

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting,
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy,
Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek,
Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili,
Menteri Perusahaan Utama, Datuk Peter Chin Fah Kui,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Chan On.
Di mana UMNO pada waktu itu..?
tengah sibuk betulkan samping ker..?

Jadi sekarang ni UMNO nak jadi juara himpunan sejuta umat pulak..?

tak payah ler buat perhimpunan,
terus jer buat undang-undang murtad..
tak payah berlakon...
jangan jadi bangsa yang bercirikan sifat-sifat "MUNAFIK"

Saturday, October 8, 2011

sahaja update

salam alaik

Lama betul tidak menulis rasanya, tiba-tiba sahaja semangat jadi hilang untuk berkongsi dengan kalian yang sudi menjengok blog yang tidak seberapa ini. Insya Allah harapnya semangat ini pulih dan lebih bersemangat untuk mencari input yang menarik kepada anda semua. Kesibukan sering kali membunuh semangatku dalam berkarya. Entah kesibukan apakah yang membuatkan aku lupa dan alpa kepada keindahan dan pesona dunia. Mungkin aku perlu disegarkan dengan tarbiyyah agar aku tidak terlanjur pada cinta dunia yang menhanyutkan. Aku dayus dalam cinta dan pesona dunia.

Aku sering marah bila melihat kepada kemungkaran tetapi sejak akhir-akhir ini aku sering terdedah dengan kemungkaran dan kejahilan. Alhamdulillah Allah masih menjagaku. Baru-baru ini aku pernah bertelagah dengan orang yang tidak aku kenali berkenaan dengan arak, aku katakan jika encik bagi saya seribu ringgit untuk saya pegang pun saya takkan pegang. Dia membalas, pegang pun tak boleh? dari pondok mana kamu belajar. Encik tak belajar ke? balasku. Saya belajar tidak lah tinggi tapi saya dengar yang ustaz-ustaz saya ajar kat sekolah dulu, sambungku. Hari tu perdebatan tidak boleh dielakkan dan memang aku pulang ke rumah dalam keadaan sangat marah. Aku tidak mengalah dan pak cik yang sedang menunggu ajal itu pun mengaku menang sebab boleh mematahkan hujah yang aku kemukakan. Memang aku sedar sukar untuk berhujah dengan orang sedemikian, berpegang pada hujah walaupun ia di pihak yang salah sebagaimana Abu Jahal meyakini bahawa dia berada di pihak yang benar walaupun jelas menentang Rasulullah utusan Allah.

sekian sahaja untuk kali ini, salam

Thursday, September 22, 2011

Fitrah

Salam alaik

Sudah dua bulan dibiarkan blog ini sepi tanpa sebarang hebahan. Tidak ada sesuatu pun menarik untuk dikongsikan kepada kalian. Dari Ramadhan hingga ke Syawal tidak banyak yang dapat dilakukan. Memang tahun ini serasanya tidak ada langsung roh dan semangat berpuasa pada bulan Ramadhan. Memang terasa kosong, malah kesempatan malam lailatul qadr benar-benar terisi ataupun tidak. Semua itu aku tidak tahu. Tetapi apakan daya Ramadhan sudah berlalu, Syawal pun sudah berada di penghujungnya.

Memang jiwa terasa sangat kosong ketika itu dan berlarutan sehingga kini. Masih tercari-cari di mana silapnya percaturan kali ini. Bulan Ramadhan tertewas, syawal aku tersungkur. Inilah kali pertama aku rasakan sebegini, terlalu banyak ketawa, jarang sekali menangisi. Sedangkan diri aku sedar yang aku hanyalah di jadikan dari tanah yang hina. harap-harap ia tidak berlanjutan menjadi fitrah yang mengecewakan.

Wednesday, July 6, 2011

Tahniah Red Warriors

Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan atas kejayaan merangkul gelaran juara Liga Super Malaysia setelah menuspaskan Sabah malam tadi. Terima kasih juga kepada 2 gol bermakna oleh striker kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha walaupun Kelantan hanya memerlukan keputusan seri bertemu Sabah.

Sekiranya Kelantan seri, Selangor masih berpeluang untuk merangkul gelaran johan tetapi memerlukan keajaiban untuk menumpaskan Perak sekurang-kurangnya 12-0 manakala Terengganu boleh berangan-angan untuk menggandakan gelaran setelah memenangi piala FA dengan mengharapkan Kelantan tumpas, Selangor sekurang-kurangnya seri sambil menang dengan sekuranf-kurangnya 7-0 menentang Felda United. Terengganu menang 6-2 tetapi apabila mengharapkan pasukan lain keciciran mata, ia sesuatu yang silap. Pahang pula mengikut jejak langkah Perlis untuk berundur dari MSL.

Apa yang pasti ini akan diraikan oleh seluruh rakyat negeri Kelantan setelah gagal untuk memenangi piala FA setelah tumpas dengan negeri berjiran Terengganu. Ia juga akan mengembirakan penyokong baru Red Warriors, iaitu PM gagasan 1Malaysia setelah dinobatkan oleh Presiden KAFA sebagai penyokong Kelantan walaupun seluruh alam semester mengetahui Najib bukan orang Kelantan. Jika berkaitan pun kerana Jersi home Kelantan bewarna merah menyerupai simbolik warna parti UMNO, dan dapat difahami mengapa beliau berpaling tadah dengan Pahang, kerana salah satu jersi Pahang bewarna kuning yang amat menakutkan beliau. Apalagi kalau bukan kerana warna digunakan untuk perhimpunan BERSIH. Perlu diingatkan warna memainkan peranan dalam sokongan beliau kepada sesuatu pasukan, tidak mungkin juga beliau menyukai N9, negeri kelahiran isteri beliau kerana mempunyai jersi yang sama warna dengan Pahang.

Sekitar lingkungan BERSIH 2.0 mungkin hanya diadakan secara tertutup bukan perarakan jalanan sebagaimana BRSIH edisi pertama. Kenapa menyekat kebebasan rakyat sedangkan kerajaan mengatakan negara ini mengamalkan negara demokrasi raja berperlembagaan?
Apa-apa pun kita mengharapkan negara kita berubah rupa tidak seperti cawan sedia kala dengan acuan British yang memesongkan.
sekian

Tuesday, July 5, 2011

penuh kebosanan

Salam alaik,

Sudah memasuki bulan Syaaban tetapi tiada apa pun persiapan yang dilakukan untuk menghadapi Ramadhan kali ini. Sungguh menyedihkan. Dalam tidak sedar juga aku telah bekerja selama sebulan lebih dan juga merupakan bulan terakhir aku bekerja. 2 bulan rasanya sudah cukup untuk aku timba pengalaman dalam sektor pekerjaan yang menghadirkan pelbagai kenangan suka duka dan juga pahit manis. Ia banyak menyelubungi suasana yang tidak pernah aku jangkakan kerana aku seolah-olah seperti berada dalam bayangan yang suram. Penuh dengan kebosanan, aku tidak menyesal tetapi tidak menikmati suasana yang seringkali aku hajatkan.

Aku sudah membuat keputusan dengan mempertimbangkan banyak perkara dan harapnya ia adalah baik untuk aku dan aku mengharapkan redha-Nya dalam setiap perjalanan hidup aku. sekian sahaja.

Saturday, July 2, 2011

Stadium Baru? Bila?

Salam alaik

Jika dalam minggu ini kebanyakkan blogger politik menyiarkan artikel berkenaan isu BERSIH, Panglima Perang Cyber pula meletakkan video pengbohongan penipu besar yang berjanji akan membina stadium baru di Kelantan bagi menggantikan stadium Sutan Muhammad ke-IV. Itupun sekiranya BN menang PRU-13. Beliau berucap didepan ribuan penyokong Red Warrior semasa lawatannya selama sehari bersama dengan isteri. Siapa dia? aku tidak kenal.

Bagi isu stadium baru,takkan la tukar kerajaan baru dapat stadium baru. Memang diakui Kelantan sejak akhir-akhir ini dikatakan pasukan yang menonjol bersama pasukan elit di Malaysia bahkan pasukan sekuat Selangor tidak pernah menang menentang Kelantan dalam empat percubaan terakhir mereka. Juga diakui peminat Kelantan memang fanatik dengan pasukan kesayangan mereka dan dengan pembinaan stadium baru pasti akan menambahkan lagi keterujaan rakyat di negeri ini. Akan tetapi adakah rakyat Kelantan akan menerima BN hanya semata-mata kerana janji parti yang memerintah kerajaan pusat yang masih gagal untuk menawan hati rakyat kelantan hampir 21 tahun. Aku hidup dalam kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS. Walaupun banyak fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan pimpinan Tuan Guru, rakyat masih setia di bawah pimpinannya.

Stadium baru bukanlah penentu kepada keputusan pilihan raya akan datang kerana janji hanya tinggal janji seperti mana yang telah dilakukan oleh BN di mana-mana pilihan raya kecil di negeri ini. Janji di Pengkalan Pasir 2008, janji di Manek Urai, janji di Galas, dan lain-lain tempat adakah sudah dikotakan? Di sini kita boleh menilai kerajaan Bencana Najib tidak ikhlas untuk rakyat. Kerajaan patut berasa bertuah kerana mana ada kerajaan di dunia ini dibantu oleh rakyat, harga barangan naik, subsidi minyak bakal dihapuskan, tarif elektrik naik. Inilah namanya rakyat didahulukan untuk menolong kerajaan dan pencapaian diutamakan untuk kerajaan.

Tuesday, June 28, 2011

ku sambung cerita

Salam alaik,

Aku ingin sambung ceritaku pada entri kali ini, aku rasa sepanjang bulan jun ini aku tidak mahu membebankan minda untuk meletakkan perkongsian yang konkrit. Aku hanya mahu membebaskan mindaku yang agak kusut. ceritaku kali ini juga berkisar tentang peristiwa yang berlaku di tempat aku bekerja juga. Bulan ini seolah-olah aku mempelajari sesuatu yang aku dengar dan juga melalui pembacaan yang diaplikasikan dengan penglihatanku. Aku belajar melalui penglihatan dan dengan apa yang aku lihat akan aku jadikan ia tauladan dan sempadan yang baik demi kebaikanku dalam beragama. InsyaAllah.

Dua minggu yang lalu, ada seorang customer yang sangat bagus dari segi pakaiannya, berkopiah dan menyimpan janggut hampir paras dada. Pada zaman sukar untuk melihat seseorang yang sedemikian. Ketika itu waktu sudah menunjukkan pukul 9 malam, pada waktu sebegini pelanggan sudah pun berkurang, semasa ia singgah untuk membeli ayam, dia meminta aku untuk memotong ayam itu kerana di tempat aku bekerja menyediakan free cutting service. Kesempatan itu aku gunakan untuk berbual dengan lelaki berkenaan, bukanlah seorang peramah. Setiap pertanyaan yang ajukan hanya dijawab dengan nafas yang bersahaja. 2 pertanyaan yang betul aku ingat ialah adakah dia datang dengan isteri? hanya anggukan yang diberi. Dimana isteri pak cik? maka tunjukkan jari sahaja diberikan. Alangkah terkejutnya aku, 2 orang perempuan free hair yang ditujukan jarinya sambil dia berkata yang muda tu anaknya.

Dua orang yang ditunjukkan tadi menghampirinya dan bercakap sesuatu yang aku tidak jelas apa yang dibincangkan 3 beranak tu. Isterinya sempat bertanya aku macam mana nak bagi ayam tahan lama. Maka aku katakan, ayam yang kami display biasanya kami litupi ais supaya kulit dan isi tahan lama dan tidak cepat busuk. Sebenarnya jawapanku hanyalah untuk memberi hint bahawa menutup aurat itu wajib. Dan aku rasakan si suami faham apa yang aku maksudkan kerana dia cepat-cepat beredar setelah aku siapkan permintaan dia tadi. Inilah yang dimaksudkan dayus yang sebenar, membenarkan anak-anak dan isteri dilihat auratya oleh orang lain. Teringat kata-kata seorang sahabat aku, bajet layak masuk syurga sorang mana lepas, anak bini nak ikut jugak, syurga tinggal bersama, neraka pun bersamalah, tu baru pasangan cinta sejati. Benar, syurga dan neraka tu hak mutlak Allah tetapi setiap perbatasan yang Allah tetapkan haruslah dipatuhi. Orang yang beriman tidak akan membenarkan dirinya dan ahlinya terhumban ke lembah neraka.

Bukan niat aku untuk memburukkan sesiapa kerana kebanyakkan yang aku tulis dalam blog aku, aku tidak sertakan nama sesiapa pun. Tujuan aku ialah apa yang baik hendaklah dijadikan tauladan dan apa yang buruk kita buat sempadan.

al-quran

Listen to Quran

lawati juga