Friday, June 11, 2010

lagha sungguh

salam alaik

cuti semester yang panjang memang menyeronokkan jika ia terisi dengan baik. bagi aku cuti semester ni tiada apa yang boleh dikongsikan memandangkan aku hanya beraktiviti di rumah. lebih membarahkan lagi keadaan kerana piala dunia sudahpun bermula. kejohanan empat tahun sekali ini memang menjadi suatu fenomena kepada seluruh pelosok dunia kerana keterujaan menyaksikan pasukan-pasukan bertanding beraksi untuk merebut piala keagungan itu.

Di Malaysia tidak kurang hebatnya. walaupun negara belum pernah melangkah ke padang untuk beraksi di pentas piala dunia tetapi sambutannya sangat hangat. kejohanan yang telah pun memasuki edisi ke -19 ini menjadi perbualan yang hangat kerana ia di tambah dengan perencah cadangan kerajaan meluluskan lesen judi bagi kejohanan pada edisi kali ini. cadangan ini mencetuskan debat yang hebat memandangkan idea kerajaan untuk memenuhkan kantung negara dengan satu lagi hasil ekonomi yang secara terang-terangan haram di sisi Islam.

Memang benar cadangan meluluskan lesen judi bagi bola sepak belum lagi di luluskan (sehingga artikel ini ditulis) oleh kerajaan. sebelum mengeluarkan sebarang idea ia perlu merujuk dahulu kepada rakyat dan sensitiviti kaum di Malaysia. negara ini mempunyai majoriti kaum melayu yang menganut agama Islam dan pemerintah kebanyakan beragama Islam di samping perlembagaan negara meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. jika 5 mantan PM sebelum ini tidak pernah menyuarakan hasrat untuk meluluskan lesen judi bola sepak tetapi kenapa yang ke-6 ini sangat berani? adakah beliau peminat fanatik bola sepak?

Disamping itu di mana suara ulama dalam menangani isu ini? kenapa membisu seribu bahasa sedangkan di televisyen sangat bijak berkata-kata? adakah kerajaan tidak memberikan mikrofon untuk bersuara atau ingin menjaga periuk nasi sahaja? jika isu minyak negeri Kelantan maha hebat diperdebatkan, ada ulama yang bersuara menyokong kerajaan sehingga hari ini kerajaan pusat tidak memberi sesen pun kepada kerajaan Kelantan. tetapi untuk mempertahankan perkara halal haram seperti ini diam tanpa kata. ada jugak kedengaran suara sumbang mengatakan kalau tak diberikan lesen, mereka tetap berjudi juga. buktinya belum lagi piala dunia membuka tirainya sudah dibuat tangkapan atas kesalahan berjudi ini. tetapi cuba fikirkan jika ia diluluskan, mesti tiada tangkapan dibuat kerana ia telahpun diluluskan lesen oleh kerajaan yang memacu pemerintahan selama 52 tahun kemerdekaan negara.

bagi saya siapa menang atau kalah pada kejohanan kali ini tidak memberikan sebarang kesan kerana kita tidak mendapat apa-apa darinya. Islam menggalakkan umatnya beriadah atau bersukan bukannya menjadi pasukan sorak. saya bersetuju dengan pepatah menang sorak tetapi kampung tergadai. apa tidaknya, kita dibebani dengan pelbagai isu yang memerlukan kita menanganinya seperti kes zina, pembuangan bayi, kes khalwat, permasalahan Palestin yang tiada kesudahannya dan pelbagai lagi membabitkan remaja hingga ke golongan senja.

sekian sahaja dahulu.

Tuesday, May 11, 2010

kita hanya merancang.

salam alaik
Sudah 6 hari paper terakhir tamat. terasa amat singkat berada di rumah. hanya 3 hari kerana aku perlu mengikuti program yang tidak pernah aku ikuti. Program Khidmat Masyarakat. walaupun hanya 3 hari di rumah tetapi aku rasa masa terisi dengan perkara yang berfaedah dan selepas 2 minggu program dan diikuti lawatan aku akan kembali ke rumah untuk menghabiskan cuti ku. ada beberapa perkara yang aku rancang tetapi tidak dapat aku lakukan atas beberapa faktor. biasalah manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. Insya-Allah dengan izin dari-Nya aku akan teruskan rancangan ku yang tergendala selepas pulang dari program.
Cuti kali ini agak panjang, 9 minggu, mungkin aku akan mencari kerja sambilan sebagai pengalaman asas untuk aku.

Cuti kali aku perlu cari pengalaman bekerja kerana cuti sebelum ni aku habiskan masaku hanya dengan praktikal amali. sudah menjadi kebiasaan bagiku setiap kali cuti semester, aku dan rakan-rakan akan menjalani latihan praktikal. mungkin aku akan kehilangan kehidupan sebegini kerana selepas daripada kami, kurikulum praktikal telah di ubah kepada latihan praktikal hanya berlangsung pada semester akhir. pengalaman ini mungkin tidak akan dapat diulangi tetapi ia tetap mampu dikongsikan. pengalaman tidak boleh dibeli kerana ia tiada dijual di mana-mana kedai atau pasaraya.

Ada juga aku terdengar yang sahabat-sahabatku bakal melangsungkan majlis pertunangan atau perkahwinan. Aku mendoakan agar apa yang mereka rancangkan itu berjaya dan apa yang penting mendapat keredhaan daripada Yang Khalid. Aku tidak tahu bila masaku akan tiba tetapi aku akan terima seloroh pak saudaraku, dia ni tua dengan ngaji dah. Aku rasa ini keperluan ku selagi diberikan ruang untuk belajar kerana dengan ilmu kita akan mendapat kemuliaan, selain dari kenikmatan, ia juga memberi nikmat kepada orang lain.

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu(dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan" (Al-Mujadilah:11)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
"Barang siapa dikehendaki Allah suatu kebaikan, maka ia akan diberi-Nya kefahaman terhadap agama."

sekian sahaja untuk kali ini. sekiranya ada yang salah ku minta teguran

Tuesday, May 4, 2010

One size fit for All

I do not know what happen to our world nowadays and I am afraid for future generation. I think our world are never give you the protection that we deserve for it. Everyday we hear about murder, coruption, robbery, etc. we could find the solution from now before it will ruin us and our next generation. the deteorientation of morale increase from time to time to give our sleep become a nigthmare.

I prefer Islam for the best solution because I am fully confident that Islam can save us. beginning from now we need to work together to ensure Islam lead the world again. Do not care about munafikun because they are nothing for us. let them talk about Islam because we already know who are they? our duty is to be a good khalifah, so we need to consider what is the better and deny the worth.

vote for Islam

p/s: my english need to be improve.

Saturday, April 24, 2010

tawakkal

salam alaik
final exam sudah pun bermula. setelah sepanjang semester kita mengerah keringat, sudah tentu final exam merupakan medan untuk kita menterjemahkan kefahaman yang kita perolehi sepanjang pengajian kita semester ini. bagi yang bakal menamatkan pengajiannya pada semester ini, ini adalah peluang terakhir untuk membuktikan sesuatu pada diri dan kepada mereka yang telah banyak mendedikasikan kita. apa pun setiap yang kita telah lakukan hendaklah besertakan dengan tawakkal.
sekadar itu sahaja. selamat menduduki ujian akhir semester. doa mengiiringi kejayaan kalian semua.

Friday, April 23, 2010

Atasi Perasaan Marah

Setiap sesuatu perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. apa yang mampu kita lakukan adalah dengan banyak bersabar dan ingat kepada Yang Maha Pencipta. adakalanya kita marah dengan ujian yang sering menimpa kita. kita harus akui bahawa perasaan marah juga adalah lumrah dalam diri setiap insan. apa yang penting kita jangan terikut-ikut dengan perasaan marah kerana ia akan memudaratkan kita juga akhirnya.
sebagai seorang yang rendah hatinya pasti memaafkan kesilapan orang lain kerana ia adalah satu nikmat yang tiada mampu diungkap oleh kata-kata.
sebagai insan yang daif, saya tidak mampu untuk berkongsi bagaimana untuk menjinakkan perasaan marah kerana saya juga pernah marah walaupun ia tidak keluar melalui kata-kata. saya juga lebih suka memendamkan sahaja di dalam hati kerana seboleh-bolehnya saya menjaga hati dan perasaan orang lain walaupun mereka tidak pernah menjaga hati dan perasaan kita. apa yang boleh saya kongsikan ialah kita sama-sama berusaha menghilangkan perasaan ini kerana ia membuatkan hati kita sentiasa tenang.
Beberapa minggu yang lalu saya sangat terkilan dek perbuatan beberapa orang sahabat kerana beberapa kemahuan saya tidak dipatuhi walhal saya sudah mengingatkan mereka terlebih awal dan agak kerap. sedangkan mereka tahu yang assignment sudah hampir tempoh hantar. disebabkan kelompok inilah membuatkan assignment 1 kelas terpaksa dilewatkan penghantarannya kerana saya dipertanggungjawabkan untuk menghantar assignment dalam bentuk cd. pada waktu itu saya hanya tenangkan hati saya dengan selalu menyebut, orang lain tidak memenuhi kehendak aku, aku dah terasa hati dan marah sedangkan aku sendiri juga sering tidak memenuhi kehendak Pencipta-ku. Adakah Tuhanku tidak murka dengan kedegilanku?.
Kita sering mengatakan puasa sunah itu ibadat, solat dhuha juga ibadah, tapi dalam masa yang sama kita gagal menyiapkan tugasan kita, selalu lewat ke kuliah dan sering tidur semasa kuliah. bagaimana dengan ibadah sunat yang kita lakukan itu dalam keadaan orang lain memendam rasa? memang persoalan amal ibadah Allah yang kurniakan ganjarannya tetapi apakah kita perlu menyingkirkan perasaan orang lain semata-mata? di mana letaknya habluminallah wa habluminannas(saya tiada software jawi)?
sekadar itu sahaja dari saya. wasallam

Tuesday, April 13, 2010

sekadar meluahkan rasa

beberapa hari kebelakangan aku sering menerima persoalan yang ingin aku padamkan dalam kamus ingatanku. tetapi entah mengapa persoalan-persoalan ini sering mengganggu lenaku. aku sendiri tidak mengerti apakah masa silam akan mampu kembali lagi? ataukah ini yang harus aku terima atas kesilapan yang lalu.
memang benar aku pernah bercinta atau couple pada suatu ketika dahulu dan mungkin ramai yang tidak mengetahui kerana aku sangat berahsia tentang masalah peribadi. tetapi sejak kebelakangan ini seolah-olah perasaan ini berlegar-legar mencari di mana silap dan salah. aku akui setiap manusia pasti melakukan kesilapan apatah lagi kita hanyalah insan biasa.
sudah hampir dua tahun cintaku putus di tengah jalan tetapi aku tidak pernah menyesalinya kerana aku yakin pada ketentuan qada' dan qadar Ilahi sementah lagi soal ajal dan jodoh belum diketahui bilakan tiba waktunya. kekosongan jiwa sentiasa terisi dengan perkara-perkara yang tidak pernah ku dapat semasa di sekolah dulu. adakah ini di namakan hidayah dan petunjuk-Nya. aku merasa gembira dan aman-aman sahaja di sini walaupun aku kehilangan cinta daripada makhluk yang bernama wanita.
keyakinan bertambah utuh menyatakan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. aku tidak tahu aku dalam kategori yang mana kerana aku tiada mengetahui perkara-perkara yang ghaib apatah lagi membayangkannya. cuma ku yakin kematian pasti datang tanpa ku mengetahui di mana kuburku kelak.
setiap kali aku dihimpit dilema, aku hanya pada Yang Maha Satu dan tiada mungkin ada yang kedua. setiap kali aku melihat unggas-unggas beterbangan di kala senja hampir tiba, terdetik rasa cemburu di hatiku kerana mereka tidak pernah lalai bertasbih kepada Tuhan Yang Maha Pencipta, sedangkan aku selalu lalai dan leka dek perkara-perkara yang mengasyikkan.
sekadar itu sahaja setakat ini. aku memohon keampunan jika ada hati yang terasa di kala membaca komentarku kali ini.

Tuesday, March 16, 2010

sekadar menyesalinya

Apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.       (Ar-Rahman: 29)

nak dikatakan sibuk, masih ada lagi ada masa terluang bagi saya. tetapi entah mengapa diri ini seperti merelakan masa itu pergi meninggalkan saya begitu sahaja dari saat ke saat, jam silih berganti, hari berganti hari, minggu bertukar minggu. saya tidak tahu mengapa saya terlalai oleh dunia yang penuh dengan fitnah. saya tahu masa yang berlalu pergi tidak akan dapt dikembalikan.

sudah lama agaknya diri ini hanya berhibernasi di rumah sahaja selepas menghadiri kuliah. entah kenapa agaknya kaki ini  seakan-akan kaku untuk melangkah untuk mencari benih-benih ilmu untuk di taburkan supaya menjadi rimbunan yang bisa meneduhkanku di pekampungan abadi. inilah kelalaian yang saya bimbangi yang akan membinasakan saya. jika remaja lain sibuk dengan gelora cinta dan nafsunya, saya banyak menghabiskan waktu dengan terbuai dek mimpi-mimpi kerana tidur yang panjang. tidak dinafikan jadual kuliah agak padat tetapi masa yng tersisa hanya dihabiskan untuk melelapkan mata sahaja. seakan-akan terlupa yang malam itu panjang, tetapi hanya diperuntukkan untuk istirehat sahaja, manakala siang itu bersih, sudah tentu saya hiasi dengan dosa dan noda dalam sedar ataupun tidak.

diri ini masih terngiang lagi oleh kata-kata seorang muallaf yang mengatakan umat Islam di Malaysia cukup selesa. mereka hanya memikirkan jika dapat bersolat berjemaah, dapat pergi kerja dengan selamat, pulang dengan selamat, anak-anak dapat pendidikan dengan baik, itu sudah memadai. mereka jarang memikirkan nasib orang yang tidak seperti mereka yang hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. janganlah di salahkan jika gereja yang menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan ini. sambungnya lagi. saya pada ketika itu tidak bersetuju dengan kata-katanya tetapi bila difikirkan ada kebenaran dari komentarnya itu memandangkan dia seorang muallaf.

saya juga akur kurangnya kesedaran umat Islam itu sendiri untuk memastikan kebajikan umat Islam ini di pelihara. di Negara ini ada institusi zakat tetapi di manakah wang hasil kutipan zakat dibelanjakan?. diri ini tidak mahu menyalahkan sesiapa tetapi sekadar bertanya jika ada yang sudi menjawabnya. kenapa masih ada pemimpin yang makan rasuah sedangkan nasib rakyat menderita mencari sesuap nasi? inilah yang membuatkan saya amat menyesalinya.

sekadar ini sahaja untuk kali ini. wassalam

al-quran

Listen to Quran

lawati juga