salam alaik
Ramadhan sudah pun melepasi 3 hari, kita harus bersyukur kerana masih lagi mampu berpuasa dengan keadaan yang agak selesa berbanding dengan negara lain seperti di Timur Tengah yang dilanda cuaca yang panas daripada tahun-tahun sebelumnya, waktu siang yang panjang, pakistan , china dan kashmir yang mengalami bencana walaupun cuaca akhir-akhir ini tidak menentu.
pada yang berkemampuan hulurlah sedikit sumbangan agar kita dapat sama-sama merasai kenikmatan ibadat pada bulan yang suci ini. walaupun ramadhan masih lagi diperingkat permulaan, tetapi saya dapat merasai suatu kelainan pada kali ini. bukan kelainan pada diri saya tetapi pada keseluruhan persekitaran hidup saya. jika sebelum ini saya jarang memikirkan pada orang yang kurang berkemampuan, kali ini perasaan ingin tahu adakah mereka juga berbuka seperti saya ataupun masih mengikat perut mencari sesuap makanan. saya merasa senang bergaul dengan mereka kerana kesusahan mereka yang mereka alami tidak pernah mereka pinta untuk meraih simpati.
di sini juga saya mula mengenal sedikit sebanyak tentang rona-rona kehidupan memandangkan apa yang saya dengari dan perhatikan saban tahun mula meresap ke dalam kalendar hidup saya kini. jika dahulu mee segara di makan jarang-jarang sebagai makanan sampingan, kini ia hampir pasti menjadi makanan ruji saya. dulu saya tidak berapa concern bila ada seseorang menceritakan kesulitan yang dialami, kini mula beralih kepada saya, pada siapa ingin saya ceritakan, pada siapa ingin saya adukan, pada siapa yang saya rintihkan?
sekadar mingingati diri yang selalu alpa dan lupa akan nikmat dunia yang hanya bersifat sebagai perhiasan semata-mata. sekadar ini sahaja untuk kali ini.
kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al-quran
lawati juga
-
salam alaik, Sebulan tidak update blog ni. terasa malas pula nak menulis dalam musim cuti. Tetapi cuti kali ini tidak dapat dinikmati deng...
-
agak lama juga rasanya tidak menulis, kebelakangan ini agak bercelaru sedikit keadaan saya kerana perlu menyesuaikan diri dengan suasana bar...
-
Dalam minggu ni fikiran aku kurang menentu. Aku mendapat peluang yang tidak pernah ku fikirkan. pertamanya ialah aku dapat menyambung pelaja...
-
Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan atas kejayaan merangkul gelaran juara Liga Super Malaysia setelah menuspaskan Sabah malam tadi. Te...
-
Zine El-Abidine Ben Ali telah digulingkan oleh kuasa rakyat, kini kita menantikan satu lagi revolusi dari timur tengah samada Hosni Mubarak ...
No comments:
Post a Comment