kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya
Sunday, October 17, 2010
Berderak di KL
Hujung minggu yang lalu diambil kesempatan untuk ke Kuala Lumpur sekadar ingin berjalan-jalan menikmati pemandangan Ibu Negara. Sekadar memerhati keindahan rimba batu Kuala Lumpur. Hampir sahaja tersalah jalan tetapi Alhamdulillah sampai juga ke destinasi dituju.
Kesibukan bandar raya menampilkan bermacam ragam manusia yang berada di sana. Itulah menyebabkan aku agak keberatan untuk menjejakkan kaki ke sana. Seingat aku, tidak sampai 10 kali aku menjejakkan kaki ke sana, kali pertama pada 2008. Ketika itu aku di Jengka. Perjalanan dari Jengka ke KL lebih kurang 3 jam manakala dari Jengka ke Kuantan juga mengambil masa hampir sama.
Sabtu lalu tiada pun dalam kalendar perancangan ingin menjejakkan kaki ke sana, idea ini hadir secara spontan seusai selesai solat zohor dan makan tengah hari di gerai. Lagipun kebiasaan hujung minggu hanya terperap je di rumah, tiada aktiviti khusus melainkan melelapkan mata. Terasa mata bengkak-bengkak bukan kerana tidak cukup tidur tetapi kurasakan malam agak sukar untuk melelapkan mata dan siang adalah penggantinya. Satu tabiat yang aku berusaha untuk berubah, tetapi setakat ni kurang berjaya lagi.
Di KL, seperti juga di KB, kedai buku menjadi persinggahan utama, terasa ingin sahaja membeli buku-buku yang aku idam-idamkan, di sana aku jumpa 6 buku yang ingin aku miliki, tetapi aku hanya beli dua. lagi 4 nashkah, awal tahun depan. InsyaAllah. sekadar ini sahaja dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al-quran
lawati juga
-
salam alaik Ramadhan sudah pun melepasi 3 hari, kita harus bersyukur kerana masih lagi mampu berpuasa dengan keadaan yang agak selesa berb...
-
salam alaik final exam sudah pun bermula. setelah sepanjang semester kita mengerah keringat, sudah tentu final exam merupakan medan untuk k...
-
Sejauh-jauh mata memandang, sedalam-dalam hati merasakan. ini antara rangkap lirik yang dapat ditangkap dalam lagu taffakur, nyanyian opick...
-
selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. semoga lebaran ini memberi seribu makna kepada k...
-
Wahai orang-orang beriman. Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu be...


No comments:
Post a Comment