kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya
Friday, January 7, 2011
Kita yang tentukan
jikalau aku mengetahui dengan yakin bahawa masa hidupku hanya satu jam sahaja,
salahkah bila aku menggunakan seluruh masa hidupku hanya untuk kebaikan dan ketaatan?
(Abu al-Walid al-Baji)
Pada hari ini apabila mengatakan aku sudah dekat pada Tuhan, maka tanggapan kalian salah. Mungkin aku cuba untuk menghampiri-Nya dengan sedaya upayaku sebelum aku terlelap untuk selama-lamanya. Muhasabah diri selalunya akan meletakkan diri kita pada posisi yang hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Tapi bagi aku, jika hari ini lebih baik dari semalam, esok belum lagi jaminan yang aku akan lebih baik dari sebelumnya.
Aku pun tidak tahu kenapa perkara seperti ini terjadi, tetapi yang pasti imanku senipis kulit bawang, mungkin lagi jarang dari itu. Alangkah malangnya nasib aku jika aku memberi alasan sebegini setiap kali aku melakukan kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan aku terus bergelumang dengan dosa. Jika aku lemas di lautan yang luas, aku perlukan sesuatu untuk menjadi penyelamatku. Apa gunanya mati diusia senja jika semakin hari semakin bertambah dosa dan noda.
Aku masih bernasib baik,jika memasuki sebuah lorong yang gelap, sudah memadai dengan sedikit bekalan cahaya. Ia mampu menjadi penerang jalan. Tetapi jika aku ingin memasuki kegelapan dalam sebuah tempat yang cerah benderang, cahaya itu akan tetap memadamkan kegelapan itu walau sebanyak mana aku membawanya.Itulah namanya hidayah dari Allah. Hidayah adalah milik-Nya yang mutlak. Aku perlu mensyukuri jika ia datang kepadaku walaupun ia tidak bertamu dihatiku sekalipun. Apa yang membingunkan aku, ia selalu datang ketika tidak diundang, dan pergi ketika tidak diminta.
Ku meratapi usia muda dengan titisan air mata,
Apalah gunanya air mata penyesalan,
Seandaianya masa muda itu sesuatu yang boleh kembali,
Akan ku ceritakan segalanya ketika usiaku sudahpun dipenuhi uban.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al-quran
lawati juga
-
Salam. Sudah lama agaknya jari-jemari ini tidak menyentuh papan kekunci laptop. Bukan ketandusan idea tetapi masa agak membataskanku untu...
-
Dalam minggu ni fikiran aku kurang menentu. Aku mendapat peluang yang tidak pernah ku fikirkan. pertamanya ialah aku dapat menyambung pelaja...
-
salam alaik, Sebulan tidak update blog ni. terasa malas pula nak menulis dalam musim cuti. Tetapi cuti kali ini tidak dapat dinikmati deng...
No comments:
Post a Comment