kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya
Tuesday, December 28, 2010
Gaji Pertama
Hari ini merupakan gaji pertama yang aku perolehi dengan kerja part time semasa cuti semester yang masih lagi berlangsung dan hanya tinggal beberapa hari lagi. Seronok memang tidak dapat digambarkan memandangkan selama sebulan mengerah keringat akhirnya dapat lah hasilnya walaupun tidaklah lumayan. Dah namanya kerja sambilan. Duit yang aku perolehi telah aku ranangkan untuk beberapa tujuan dan telah ku laksanakan sebahagian darinya.
Alhamdulillah dengan pendapatan pertama ni aku telah membeli jam tangan yang baru yang telah aku impikan sejak 6 bulan yang lalu. tidaklah mahal cuma aku berhasrat ingin membeli dengan duit sendiri tanpa mengganggu perancangan duit PTPTN ataupun wang saku dari ibubapa aku. dengan adanya jam tidak perlulah aku selalu tengok handphone untuk mengetahui waktu. Aku belum pernah lagi menggunakan duit sendiri untuk membelinya. yang pertama adalah pemberian mak aku sebab senang nak contact, yang terbaru pemberian ayahku sebab yang lama sudah rosak.
Hampir separuh dari gaji aku telah aku gunakan untuk kegunaan motor aku. 1/3 dari gaji aku telah diperuntukkan untuk tujuan membaiki motor termasuk topi keledar baru memandang ia sudah hilang sewaktu aku bekerja. Pada mulanya aku hanya letakkan RM100-RM150 untuk baik pulih motor tetapi bajet tersasar. Tidak mengapa masih cukup untuk perkara lain.
Hari ini sudah RM70 telah diperuntukkan untuk membeli 2 buah buku baru. masih ada RM80 untuk dalam bajet membeli buku aku. mungkin dengan lebihan itu aku boleh beli 2 buah buku sekitar RM30 dan sebuah dalam lingkungan RM20. Membeli buku tidak pernah menjadi penyesalan buat aku. tapi yang menyedihkan beberapa buah telah hilang dalam simpanan, ada yang meminjam tidak memulangkan kembali dan ada yang aku bawa tertinggal di lokasi yang aku lawati.
Aku juga membeli mp3 yang baru. kali pertama aku membeli mp3 pada 2006 semasa di form5 tetapi sudah hilang. aku beli mp3 tu dulu bagi menggantikan walkman yang hilang pada tahun yang sama. aku memiliki walkman tu pada tahun 2005, dibeli dengan duit saku sekolah. selepas walkman dan mp3 aku hilang, aku tiada keinginan untuk membeli lagi tetapi mengubah fikiran memandangkan handphone bukan gajet yang sesuai untuk mendengar lagu, jadi aku beli mp3 yang kedua setelah 5 tahun.
Akhir sekali bakinya 1/3 aku simpan. Sebenarnya wang 1/3 aku terlebih dahulu aku ambil dan simpan jadi bakinya aku berbelanja. Aku harap cuti semester akan datang aku boleh mencari kerja sambilan lagi untuk tambah pengalaman. aku mungkin mencari kerja ditempat yang berbeza untuk merasai variasinya dan suasana yang berlainan di sampig mengumpul wang simpanan. Aku tidak berhajat untuk membuat personal loan dibawah usia 25 tahun memandangkan usia sebegini terlalu muda untuk berhutang. Cukuplah dengan bebanan hutang ptptn dahulu yang perlu diselesaikan.
Friday, December 17, 2010
saje-saje
salam alaik
Rasanya lama tidak update blog ini, bukan tidak mahu menulis tetapi kekadang tidak berkesempatan untuk menulis ditambah pula tiada idea yang ingin ditonjolkan untuk perkongsian dengan semua. Tambahan pula semester break selama sebulan ini aku ambil kesempatan untuk mencari kerja dan Alhamdulillah dapat. Banyak juga pengkongsian yang dapat daripada rakan sekerja yang lebih dewasa. Ramai juga pelajar-pelajar mengambil kesempatan cuti semester untuk mencari duit poket dan dalam minggu ini ramai dalam kalangan lepasan SPM datang untuk mengisi kekosongan kerja.
Teringat lagi kata-kata seseorang tempat aku bekerja sekarang yang mengatakan, 'saya datang dari yang terbaik dan saya hanya menerima yang terbaik.' Aku tidak suka pada kata-kata seperti itu tetapi bila difikirkan balik ada 2 perkara yang boleh aku tafsirkan antara keyakinan atau keegoan. Mungkin kata-kata seperti ini adalah satu keyakinan dari pihak atasan ataupun itu salah satu ego yang harus ditonjolkan.
Jika ungkapan yang demikian datang dari orang yang rapat pasti aku menegur tetapi dari orang akan aku bekerja untuk cukup-cukup sebulan agak susah kerana pengalaman dan usia menjadi perbatasan yang menghalang, aku hanya mengandaikan kata-kata ini sebagai perangsang yang positif kerana aku hanya datang untuk bekerja dan belajar untuk menimba pengalaman yang bakal aku hadapi selepas graduate.
Paling menghairankan aku, sepanjang hari aku bekerja pasti aku akan membeli ais-krim kon.biasanya aku beli time rehat selepas solat zohor, makan sorang-sorang kat depan pintu tempat aku kerja. nasib baik aku diberi cuti hari jumaat kerana aku bekerja 6 hari seminggu. tidak perlu risau tentang solat jumaat sebab hari cuti. rasa macam bekerja di kelantan pun ada. padahal aku kat shah alam. yang penting aku seronok bekerja dan berharap cuti sem akan datang boleh cari kerja lagi.
setakat ini sahaja. wasalam
Rasanya lama tidak update blog ini, bukan tidak mahu menulis tetapi kekadang tidak berkesempatan untuk menulis ditambah pula tiada idea yang ingin ditonjolkan untuk perkongsian dengan semua. Tambahan pula semester break selama sebulan ini aku ambil kesempatan untuk mencari kerja dan Alhamdulillah dapat. Banyak juga pengkongsian yang dapat daripada rakan sekerja yang lebih dewasa. Ramai juga pelajar-pelajar mengambil kesempatan cuti semester untuk mencari duit poket dan dalam minggu ini ramai dalam kalangan lepasan SPM datang untuk mengisi kekosongan kerja.
Teringat lagi kata-kata seseorang tempat aku bekerja sekarang yang mengatakan, 'saya datang dari yang terbaik dan saya hanya menerima yang terbaik.' Aku tidak suka pada kata-kata seperti itu tetapi bila difikirkan balik ada 2 perkara yang boleh aku tafsirkan antara keyakinan atau keegoan. Mungkin kata-kata seperti ini adalah satu keyakinan dari pihak atasan ataupun itu salah satu ego yang harus ditonjolkan.
Jika ungkapan yang demikian datang dari orang yang rapat pasti aku menegur tetapi dari orang akan aku bekerja untuk cukup-cukup sebulan agak susah kerana pengalaman dan usia menjadi perbatasan yang menghalang, aku hanya mengandaikan kata-kata ini sebagai perangsang yang positif kerana aku hanya datang untuk bekerja dan belajar untuk menimba pengalaman yang bakal aku hadapi selepas graduate.
Paling menghairankan aku, sepanjang hari aku bekerja pasti aku akan membeli ais-krim kon.biasanya aku beli time rehat selepas solat zohor, makan sorang-sorang kat depan pintu tempat aku kerja. nasib baik aku diberi cuti hari jumaat kerana aku bekerja 6 hari seminggu. tidak perlu risau tentang solat jumaat sebab hari cuti. rasa macam bekerja di kelantan pun ada. padahal aku kat shah alam. yang penting aku seronok bekerja dan berharap cuti sem akan datang boleh cari kerja lagi.
setakat ini sahaja. wasalam
Thursday, November 11, 2010
Kembali ke Kampung
Salam.
Akhirnya dapat juga balik ke kampung untuk bercuti semester dan juga menyambut Hari Raya Aidil Adha. Inilah kehidupan seorang pelajar, 4 bulan perah otak, sebulan berehat, lepas graduate cari kerja. sekadar itu sahaja.
Saturday, October 30, 2010
Sunday, October 24, 2010
Rintihan aku seorang anak Kelantan
Dulu aku hanya budak hingusan..
Tidak ingin bicara ttg politik
Tidak ingin bicara tentang org dewasa
Tidak ingin amik tahu ttg pendidikan..
Ttg prasarana dan juga kemajuan..
Hari ini aku sudah terdidik
Sudah menjadi minda kelas pertama
Bukan lg golongan bawahan
Yang hanya mengikut kata
Mendengar cerita dusta dr kaca tv
Membaca berita-berita diskriminasi dari dada-dada media...
Dari dulu aku sering mendengarkan..
Persoalan demi persoalan..
Hinaan dan kutukan dari mulut2 mereka
Kenapa aku tidak menyambung pengajian dibumi sendiri
Bumi sendiri yang terlalu mundur
Kerajaan Kelantan yang jauh terkebelakang..
atau Kerajaan Kelantan yang miskin
Minda ini seakan sudah teracun
Dengan berita-berita dari media
Begitu hebat media mencanang berita
Sehingga mampu membuatkan Kelantan terus hina
Dimata masyarakat Malaysia
Mencari ilmu dinegeri orang
Dikata negeri sendiri tiada universiti
Mencari rezeki di negeri orang
Dikata negeri sendiri mundur
Malah aku berbangga dimana-mana
Ada saja org dari negeriku..
Dimana-mana IPTA
Penuh terisi rakyat Kelantan
Di syarikat-syarikat terisi juga Rakyat Kelantan...
Arghhh begitu ramaikah kami???
Sehingga media menindas kami sebegini??
Kami kah yang tiada semangat kesukanan??
Kerana mengisi setiap inci ruang stadium??
Kami kah yang tiada semangat kesukanan??
Kerana sentiasa bersemangat menyokong??
Kamikah negeri mundur??
Yang seringkali direbut saat pilihanraya??
Kamikah rakyat pemikiran kelas ke-3??
Kerana memilih pemerintahan islam??
Kamikah negeri yang bersifat kenegerian??
Hanya kerana kami bersatu??
Apa yang ingin dimaksudkan dengan 1Malaysia??
Bukankah inginkan bersatu padu??
Tidak malukah melaungkan 1Malaysia??
Andai tidak mampu menyatukan rakyat??
Media jalanan..
Mengatur wacana berita santapan rakyat
Namun kini semakin meracuni
Dengan fitnah duniawi
Kerana untung atau korapsi
Hingga hilang nilai-nilai
Manusia itu sendiri...
Inikah revolusi??
Pengubah paradigma arus duniawi??
Pencetus kebencian dalam diri??
atau sebuah diskriminasi??
atau sebuah suara majoriti??
Kami tetap kami..
Anak-anak Kelantan yg teguh berdiri
Kami akan tetap pertahankan..
Bumi Kelantan pendokong pemerintahan Islam..
Walau kami dibenci dan dicaci
Takkan kami berganjak walau seinci...
By Naif Mustakim
Friday, October 22, 2010
menuju persediaan
Salam alaik.
Saat ujian yang bakal menjengah tiba, harapan yang pasti untuk ujian kali ini adalah memperoleh sesuatu yang didambakan oleh diri sekian lama. Bukan lah sesuatu anugerah yang dikejar tetapi yang penting Allah redha dengan apa yang kita lakukan seharian. Apa yang didambakan pastinya sebuah kejayaan. Dan itulah yang dikejarkan oleh semua orang.
Tiada seorang pun dari kita yang inginkan kegagalan walaupun apa yang dilakukan adalah untuk menempah kegagalan. Ramai yang menjadikan kegagalan itu sebagai motivasi untuk kejayaan hari yang mendatang. Gagal di dunia boleh diulangi tetapi gagal di akhirat memang tiada peluang dan ruang lagi untuk kembali ke dunia. Selagi mana kita berada di dunia kita pasti diuji untuk mengetahui sejauh mana tahap pencapaian kita samada berjaya atau gagal menanginya.
Dalam konteks kita sebagai muslim, kita menyakini bahawa apabila Allah datangkan sesuatu ujian atau musibah ia berkait dengan 3 perkara iaitu samada satu cara Allah ingin ampunkan dosa kita, atau Allah memang sayangkan kita ataupun Allah ingin tingkatkan darjat seseorang hambaNya. Allah tidak akan menguji hambaNya jika ia tidak termampu dipikul oleh makhlukNya. Tidak sukar untuk memahami perkara ke-2 dan ke-3 kerana para kekasih Allah iaitu para nabi paling banyak dan besar ujian yang Allah berikan.
Kembali kepada ujian itu juga, kita hendaklah berbaik sangka kepada Allah, kita hendaklah sentiasa berdoa dan berharap agar Allah mempermudahkan segala urusan kita. Saya juga berharap agar diberi pertimbangan dan akal yang sihat disamping pemikiran yang tajam dalam menghadapi setiap ujian yang diberikan oleh-Nya. Ada ujian yang diberikan kepada kita dalam keadaan kita sedar dan ada juga sebaliknya. Ujian dalam keadaan kita sedar seperti final semester yang bakal kita hadapi setiap akhir semester dalam konteks seorang pelajar. Ujian-ujian yang kita tidak sedari memang banyak kerana ia datang dalam keadaan kita tidak bersedia. Dan bersyukurlah jika kita terus diuji kerana itu adalah salah satu tanda Allah sentiasa sayang dan memerhatikan kita.
sekadar ini sahaja dahulu. apa yang salah dan terdapatnya kekurangan ataupun rasis dalam penulisan ini disusuli dengan beribu kemaafan.
Thursday, October 21, 2010
Selamat Menduduki Ujian Akhir Semester
Final exam bakal bermula. Jadual exam telah diperiksa, tempat telah diketahui, masa pun sudah maklum. Harapan aku adalah ia bakal membuahkan keputusan yang positif. InsyaAllah dengan izin-Nya. Tiada apa yang ingin ditulis, sekadar mengupdate blog sahaja supaya nampak juga aku aktif berkongsi sesuatu. Buat semua sahabat yang bakal mendudukinya selamat berjaya. sekadar itu sahaja.
Sunday, October 17, 2010
Berderak di KL
Hujung minggu yang lalu diambil kesempatan untuk ke Kuala Lumpur sekadar ingin berjalan-jalan menikmati pemandangan Ibu Negara. Sekadar memerhati keindahan rimba batu Kuala Lumpur. Hampir sahaja tersalah jalan tetapi Alhamdulillah sampai juga ke destinasi dituju.
Kesibukan bandar raya menampilkan bermacam ragam manusia yang berada di sana. Itulah menyebabkan aku agak keberatan untuk menjejakkan kaki ke sana. Seingat aku, tidak sampai 10 kali aku menjejakkan kaki ke sana, kali pertama pada 2008. Ketika itu aku di Jengka. Perjalanan dari Jengka ke KL lebih kurang 3 jam manakala dari Jengka ke Kuantan juga mengambil masa hampir sama.
Sabtu lalu tiada pun dalam kalendar perancangan ingin menjejakkan kaki ke sana, idea ini hadir secara spontan seusai selesai solat zohor dan makan tengah hari di gerai. Lagipun kebiasaan hujung minggu hanya terperap je di rumah, tiada aktiviti khusus melainkan melelapkan mata. Terasa mata bengkak-bengkak bukan kerana tidak cukup tidur tetapi kurasakan malam agak sukar untuk melelapkan mata dan siang adalah penggantinya. Satu tabiat yang aku berusaha untuk berubah, tetapi setakat ni kurang berjaya lagi.
Di KL, seperti juga di KB, kedai buku menjadi persinggahan utama, terasa ingin sahaja membeli buku-buku yang aku idam-idamkan, di sana aku jumpa 6 buku yang ingin aku miliki, tetapi aku hanya beli dua. lagi 4 nashkah, awal tahun depan. InsyaAllah. sekadar ini sahaja dulu.
Wednesday, October 13, 2010
Mencari Punca
Banyak kali berlaku dalam diri kita apabila kita berada dalam keadaan terdesar atau sesuatu yang mendesak kita, kita akan berasa cemas. Cemas? itu adalah satu perkara biasa bagi kita. Perasaan cemas kadang-kadang ia tidak mampu dikawal, mungkin ia adalah suatu kesebatian yang telah pun berhibernasi dalam diri kita sejak sekian lama. Adakalanya ia hadir tanpa perlu dijemput. Biasa juga perasaan cemas berkunjung apabila manusia itu telah melakukan sesuatu kesalahan, ini pastinya sesuatu kita tidak dapat hindari kerana ia hadir dengan sendiri. Seringkali tertanya apa bezanya antara cemas dan gelisah kerana dalam loghat Kelantan hanya ada satu,'kenaling.'
Mencari punca bagi sesuatu masalah atau muhasabah diri adalah amat digalakkan supaya memudahkan kita mencari jalan keluar yang terbaik bagi setiap masalah dengan bijaksana. Mungkin ini boleh diklasifikasikan sebagai hikmah. Berhikmah dalam membuat sesuatu tindakan menguntungkan diri sendiri dan juga orang persekitaran. Sebagai satu jalan altenatif untuk membaiki diri yang selalu sahaja didatangi dengan kecenderongan membuat kesilapan dari yang kecil sehingga sebesar-besarnya. Tidak keterlaluan untuk mengatakan kesalahan yang besar dilakukan kebanyakannya berpunca dari benda-benda yang kecil yang dipandang remeh dan tidak diambil peduli. Ibarat api yang kecil bolehlah dijadikan kawan, api yang besar boleh menjadi lawan yang membinasakan. Api dunia sifatnya bolehlah dikatakan ringan kerana komposisinya hanyalah 1 daripada 70 kepanasan api neraka. Tidak cukup panas bukan?
Nasihat-menasihati adalah bermanfaat kepada orang-orang beriman. Sejauh mana kita boleh menerima nasihat adalah bergantung pada diri kita. Tepuk dada tanya iman banyak benarnya. Ada orang mudah menerima setiap ajakan dan nasihat yang baik dan ramai orang yang bersifat sebaliknya. Kalau tidak masakan ajakan dan nasihat para anbia di tolak mentah-mentah dan hanya sebahagian sahaja yang beriman dengannya. Bukan bermaksud hendak menyindir tetapi ini adalah hakikat yang perlu ditelan walaupun ia sepahit hempedu. Jikalau ia pahit-pahit ubat, mungkin ia bisa menyembuhkan penyakit. Penyakit hati jika diperhalusi memang sangat kronik kerana ia bukan mudah untuk diubati. Kalau tidak mana mungkin timbul kata-kata 'Luka yang lain nampak parut, luka dihati siapa yang tahu.'
Episod duka memendam rasa seakan-akan menjadi adat bagi kita. Jika tidak mana mungkin timbulnya hasad dan dengki terutama kepada sesama bangsa dan agama. Pantang melihat orang lain melebihi diri kita. Jika kita insan yang bersyukur dan redha dengan apa telah diputuskan oleh Allah, perkara sebegini tidak akan timbul. Ramai manusia diakhir zaman telah ditimpa penyakit wahan, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Tiada salah memiliki perasaan cinta kerana setiap makhluk dikurniakan perasaan cinta, tetapi ia perlulah dijaga batas-batasnya. Cinta pada wanita, harta dan pangkat merupakan antara fitnah yang perlu ditakuti oleh kita semua sebagai mana sejarah pernah mencatatkan beberapa peristiwa seperti Bal'am yang terpengaruh dengan isterinya walhal beliau merupakan manusia yang hebat dalam kalangan Bani Israel, kisah Qarun dan hartanya sehingga setiap harta dijumpai tanpa diketahui pemilik akan dinamakan sebagai harta karun, mengabadikan nama sempena dengannya.
Sejarah mungkin berulang, pada suatu saya kecil-kecil dahulu, lagu ini menjadi siulan ramai. Entah apa yang sedapnya lagu ini pun saya kurang arif tetapi jika kita tidak belajar dari sejarah, mungkin sejarah itu akan dikembalikan. Ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami kenapa ia bakal bertamu lagi kerana umat akhir zaman ini suka berlaku zalim lagi jahil. Jika di zaman jahiliah, hanya bayi perempuan yang dibunuh, tetapi hari ini tidak mengira jantina, bayi dibunuh dan ditinggalkan. Kenapa? Pernahkah kamu mendengar, janganlah kamu menghampiri zina? Bagi umat Islam, saya yakin dan pasti semua orang tahu, berzina itu adalah salah satu dari dosa-dosa besar. Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlaku perbuatan terkutuk ini antaranya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga amat sukar dikawal, pengabaian daripada ibu bapa, ceteknya pengetahuan agama, hidup dalam serba mewah, sukar menerima nasihat dan paling ketara yang saya perhatikan tidak melaksanakan solat bahkan lebih memalukan solat jumaat pun buat endah tidak endah sahaja.
Mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah bukannya memerlukan masa hanya hari ini bertazkirah esok terus berubah. InsyaAllah, saya akan cuba beristiqamah dalam menyampaikan apa yang termampu dalam usaha yang terbaik untuk sama-sama melunaskan tanggungjawab wajib ini iaitu dakwah. Saya cuba sampaikan sesuatu walaupun saya hanya tahu huruf A sahaja. Bukan bertindak bijak tetapi pesanan ini paling khusus saya tujukan pada diri saya yang juga lalai jika ia tidak diperingatkan selain dari pentarbiyyahan yang berkesan. Semangat telah terkesan sejak saya berada di bangku sekolah lagi walaupun saya bukan dari aliran sekolah agama.
Subscribe to:
Posts (Atom)
al-quran
lawati juga
-
Dulu aku hanya budak hingusan.. Tidak ingin bicara ttg politik Tidak ingin bicara tentang org dewasa Tidak ingin amik tahu ttg pendidika...
-
salam alaik. bulan ogos sudah pun memasuki hari ke empat. sudah sinonim dengan negara kita kerana bulan ini kita akan menyambut hari berse...
-
salam alaik Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu ...
-
agak lama juga rasanya tidak menulis, kebelakangan ini agak bercelaru sedikit keadaan saya kerana perlu menyesuaikan diri dengan suasana bar...
-
Salam alaik Rasanya agak terlewat untuk ucapkan Selamat Hari Guru, mungkin disebabkan line kurang jelas waktu ini. Apa-apa pun diucapkan s...











