Salam alaik,
Rejab sudah berkunjung tiba menanti hadirnya Syaaban sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadhan. ibarat sepantas cahaya masa berlalu seakan-akan tidak mampu untuk menggapainya. tahun ini juga seperti biasa berpuasa semasa dalam sesi kuliah. banyak persediaan kena buat agar sesi pembelajaran dan puasa tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Ahad ni 4/7/10 saya akan daftarkan diri di kampus induk shah alam. ada juga bertanyakan sahabat-sahabat yang telah pun berada di sana sebagai matlumat awal persediaan ke tempat baru
Ini merupakan cabaran baru bagi saya dan merasakan ujian paling getir bakal dihadapi kerana sahabat-sahabat saya ada menasihatkan agar jaga iman molek-molek kerana di sini bukan sahaja cabaran dalam bentuk kuliah tetapi juga akhlak, sosial malahan masalah pergaulan juga. ada juga yang nasihat agar menguruskan kewangan dengan bijak. terima kasih atas nasihat kalian.
persediaan awal sudah pun tersedia seperti membayar yuran pengajian, rumah sewa telah pun tersedia, medical check up telah pun di buat. itu hanyalah sebahagian persediaan jasmani tetapi persiapan rohani belum cukup baik kerana banyak lagi benih ilmu yang perlu di tanam, di semai sebelum ia boleh dituai hasilnya. harapnya hasil yang diperoleh mendatangkan manfaat bersama. harapya juga saya menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bersabar dengan ujian yang dihadapi.
saya mengharapkan akan bergiat aktif setelah kuliah bermula nanti dan juga mendoakan agar diberi kesihatan yang baik bahkan memohon dipermudahkan setiap urusan oleh-Nya. sekian sahaja untuk kali ini.
kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al-quran
lawati juga
-
Zine El-Abidine Ben Ali telah digulingkan oleh kuasa rakyat, kini kita menantikan satu lagi revolusi dari timur tengah samada Hosni Mubarak ...
-
salam alaik, Sebulan tidak update blog ni. terasa malas pula nak menulis dalam musim cuti. Tetapi cuti kali ini tidak dapat dinikmati deng...
-
agak lama juga rasanya tidak menulis, kebelakangan ini agak bercelaru sedikit keadaan saya kerana perlu menyesuaikan diri dengan suasana bar...
-
Dalam minggu ni fikiran aku kurang menentu. Aku mendapat peluang yang tidak pernah ku fikirkan. pertamanya ialah aku dapat menyambung pelaja...
-
Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan atas kejayaan merangkul gelaran juara Liga Super Malaysia setelah menuspaskan Sabah malam tadi. Te...
No comments:
Post a Comment