Keputusan final exam telah pun keluar dan keputusan untuk sambung belajar untuk ke degree juga telah diketahui. ada yang telah memperolehi apa yang mereka hajati dan sudah semestinya antonimnya gagal memperolehi apa yang mereka inginkan. bagi yang berjaya ucapan tahniah saya ucapkan dan bagi yang gagal, La tahzan kerana perjuangan kita bukan hanya terhenti di sini kerana di depan kita masih lagi ada ruang dan peluang menanti untuk kita. sebagai muslim kita kena yakin bahawa ajal, jodoh, rezeki semuanya di tangan Allah tiada berkongsi pun dengan mana-mana kerajaan negara di muka bumi ini kerana Dialah yang mempunyai kerajaan meliputi langit dan bumi. kadang-kadang apa yang kita impikan tidak kunjung tiba manakala yang ingin kita elakkan itulah yang mendatangi kita.
Apapun kita haruslah berusaha jangan hanya mengharapkan rezeki, jodoh itu berkunjung tiba di depan mata kita kerana Islam menganjurkan umatnya supaya berusaha. jika kita dapat apa yang kita usahakan syukurlah, jika kita tidak dapat apa yang kita kerjakan maka sabarlah dan teruskan usaha kita. Allah tidak menzalimi setiap makhluk-Nya kerana Allah Maha Adil.yang zalim hanyalah kita yang naif ini. Allah mendengar setiap rintihan hamba-Nya dan kerana itulah kita disyorkan supaya berdoa dan pasti Allah akan makbulkan doa kita samada cepat ataupun lambat sahaja
kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al-quran
lawati juga
-
salam alaik, Sebulan tidak update blog ni. terasa malas pula nak menulis dalam musim cuti. Tetapi cuti kali ini tidak dapat dinikmati deng...
-
Mengapa memperhambakan seseorang Sedangkan dari lahir lagi dia bebas dan merdeka
-
Sudah seminggu kembali berpijak di bandar shah alam, berlindung di langit yang sama dari teriknya mentari, merasai kebasahan saat turunnya h...
-
Sudah lama tidak menggerakkan jari-jemari melontar komentar. semasa memikirkan idea untuk publish sesuatu, ku jengok seketika blog rakan-rak...
No comments:
Post a Comment