Tuesday, December 28, 2010

Gaji Pertama





Hari ini merupakan gaji pertama yang aku perolehi dengan kerja part time semasa cuti semester yang masih lagi berlangsung dan hanya tinggal beberapa hari lagi. Seronok memang tidak dapat digambarkan memandangkan selama sebulan mengerah keringat akhirnya dapat lah hasilnya walaupun tidaklah lumayan. Dah namanya kerja sambilan. Duit yang aku perolehi telah aku ranangkan untuk beberapa tujuan dan telah ku laksanakan sebahagian darinya.

Alhamdulillah dengan pendapatan pertama ni aku telah membeli jam tangan yang baru yang telah aku impikan sejak 6 bulan yang lalu. tidaklah mahal cuma aku berhasrat ingin membeli dengan duit sendiri tanpa mengganggu perancangan duit PTPTN ataupun wang saku dari ibubapa aku. dengan adanya jam tidak perlulah aku selalu tengok handphone untuk mengetahui waktu. Aku belum pernah lagi menggunakan duit sendiri untuk membelinya. yang pertama adalah pemberian mak aku sebab senang nak contact, yang terbaru pemberian ayahku sebab yang lama sudah rosak.

Hampir separuh dari gaji aku telah aku gunakan untuk kegunaan motor aku. 1/3 dari gaji aku telah diperuntukkan untuk tujuan membaiki motor termasuk topi keledar baru memandang ia sudah hilang sewaktu aku bekerja. Pada mulanya aku hanya letakkan RM100-RM150 untuk baik pulih motor tetapi bajet tersasar. Tidak mengapa masih cukup untuk perkara lain.

Hari ini sudah RM70 telah diperuntukkan untuk membeli 2 buah buku baru. masih ada RM80 untuk dalam bajet membeli buku aku. mungkin dengan lebihan itu aku boleh beli 2 buah buku sekitar RM30 dan sebuah dalam lingkungan RM20. Membeli buku tidak pernah menjadi penyesalan buat aku. tapi yang menyedihkan beberapa buah telah hilang dalam simpanan, ada yang meminjam tidak memulangkan kembali dan ada yang aku bawa tertinggal di lokasi yang aku lawati.

Aku juga membeli mp3 yang baru. kali pertama aku membeli mp3 pada 2006 semasa di form5 tetapi sudah hilang. aku beli mp3 tu dulu bagi menggantikan walkman yang hilang pada tahun yang sama. aku memiliki walkman tu pada tahun 2005, dibeli dengan duit saku sekolah. selepas walkman dan mp3 aku hilang, aku tiada keinginan untuk membeli lagi tetapi mengubah fikiran memandangkan handphone bukan gajet yang sesuai untuk mendengar lagu, jadi aku beli mp3 yang kedua setelah 5 tahun.

Akhir sekali bakinya 1/3 aku simpan. Sebenarnya wang 1/3 aku terlebih dahulu aku ambil dan simpan jadi bakinya aku berbelanja. Aku harap cuti semester akan datang aku boleh mencari kerja sambilan lagi untuk tambah pengalaman. aku mungkin mencari kerja ditempat yang berbeza untuk merasai variasinya dan suasana yang berlainan di sampig mengumpul wang simpanan. Aku tidak berhajat untuk membuat personal loan dibawah usia 25 tahun memandangkan usia sebegini terlalu muda untuk berhutang. Cukuplah dengan bebanan hutang ptptn dahulu yang perlu diselesaikan.

No comments:

Post a Comment

al-quran

Listen to Quran

lawati juga