Saturday, January 8, 2011

Apalah gunanya

Apalah gunanya kita mencari kelemahan orang lain dikala kita masih mempunyai banyak kelemahan. Sangat naif bila kita selalu menuding kepada orang lain apabila berlaku sesuatu kesilapan. Inilah yang selalu berlaku kepada orang yang beragama, merasakan dirinya lebih baik dari orang lain. Dalam sedar dan tidak ia menimbulkan perasaan riya' dalam diri. Mengapa perkara sebigini selalu terjadi?

Adalah menjadi kemestian menutup segala kelemahan apatah lagi menutup aib orang lain. Saya merasa hairan kerana banyak orang yang jumpa, menegur kesalahan seseorang di khalayak ramai, adalah lebih baik menegur seseorang itu ketika tidak dikerumuning oleh orang. Ini kerana ia bisa mendatang aib dan juga menguris hati individu yang telah pun membuat sesuatu kesilapan.Melainkan kesilapan itu dilakukan dalam kelompok kumpulan tertentu. Saya lemparkan komentar ini kerana saya pernah beberapa kali melihat dan merasai keadaan sebegini. Malu pun ada, nak marah pun ada.

Saya rasa inilah yang perlu diperbaiki kerana saya juga cenderung melakukan perkara yang sama bila melihat sesuatu kesilapan yang telah dilakukan oleh seseorang. Tetapi ia belum lagi berlaku kerana selalu orang lain dahulu yang menegur dan menasihati pesalah itu. Apa yang saya buat? mencegah dengan hati. itulah selemah-lemah iman. pengakuan yang pasti. Imanku setebal kulit bawang, mungkin lagi nipis. Apa yang selalu saya lihat ialah reaksi si pelaku kesalahan itu.

Kadang-kadang timbul juga kehairanan dalam benak, kita boleh menugur orang tidak kita kenali, tetapi bila kesalahan yang dilakukan oleh sanak saudara dan rakan taulan, kita membisu seribu bahasa. Adakah kita takut hilang saudara dan sahabat handal. Saya lebih berani menegur keluarga kerana ia lebih dekat dengan kita. Jagalah diri kita dan keluarga kita dari dibaham api neraka. Saya sedar mungkin mereka bakal menjauhi kita tetapi itu adalah sebahagian dari tanggungjawab kita terhadap keluarga dan masyarakat.

Menghukum seseorang itu bukan tugas kita, serahlah kepada yang Maha Adil. Kita sebagai hambaNya hendaklah melaksanakan tanggungjawab kita untuk menjadi hamba sebaik dan semampu yang mungkin. Pesanan ini ditujukan khas buat diri sendiri. Sehingga ke hari ini saya masih tidak akan mendokong pemuka-pemuka yang kononnya berjuang atas dasar hak asasi kemanusiaan tetapi tidak pernah menyokong wanita muslimah yang memilih untuk berpakaian menutup aurat, menjaga batas-batas pergaulan dan sebagainya. Mereka sepatutnya lebih dikenali kaki pembodek yang bertuhankan akal semata-mata. Saya tidak mahu menjadi seorang yang munafik, menzahirkan keimanan, menyembunyikan kekafiran.

No comments:

Post a Comment

al-quran

Listen to Quran

lawati juga