salam alaik
cuti semester yang panjang memang menyeronokkan jika ia terisi dengan baik. bagi aku cuti semester ni tiada apa yang boleh dikongsikan memandangkan aku hanya beraktiviti di rumah. lebih membarahkan lagi keadaan kerana piala dunia sudahpun bermula. kejohanan empat tahun sekali ini memang menjadi suatu fenomena kepada seluruh pelosok dunia kerana keterujaan menyaksikan pasukan-pasukan bertanding beraksi untuk merebut piala keagungan itu.
Di Malaysia tidak kurang hebatnya. walaupun negara belum pernah melangkah ke padang untuk beraksi di pentas piala dunia tetapi sambutannya sangat hangat. kejohanan yang telah pun memasuki edisi ke -19 ini menjadi perbualan yang hangat kerana ia di tambah dengan perencah cadangan kerajaan meluluskan lesen judi bagi kejohanan pada edisi kali ini. cadangan ini mencetuskan debat yang hebat memandangkan idea kerajaan untuk memenuhkan kantung negara dengan satu lagi hasil ekonomi yang secara terang-terangan haram di sisi Islam.
Memang benar cadangan meluluskan lesen judi bagi bola sepak belum lagi di luluskan (sehingga artikel ini ditulis) oleh kerajaan. sebelum mengeluarkan sebarang idea ia perlu merujuk dahulu kepada rakyat dan sensitiviti kaum di Malaysia. negara ini mempunyai majoriti kaum melayu yang menganut agama Islam dan pemerintah kebanyakan beragama Islam di samping perlembagaan negara meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. jika 5 mantan PM sebelum ini tidak pernah menyuarakan hasrat untuk meluluskan lesen judi bola sepak tetapi kenapa yang ke-6 ini sangat berani? adakah beliau peminat fanatik bola sepak?
Disamping itu di mana suara ulama dalam menangani isu ini? kenapa membisu seribu bahasa sedangkan di televisyen sangat bijak berkata-kata? adakah kerajaan tidak memberikan mikrofon untuk bersuara atau ingin menjaga periuk nasi sahaja? jika isu minyak negeri Kelantan maha hebat diperdebatkan, ada ulama yang bersuara menyokong kerajaan sehingga hari ini kerajaan pusat tidak memberi sesen pun kepada kerajaan Kelantan. tetapi untuk mempertahankan perkara halal haram seperti ini diam tanpa kata. ada jugak kedengaran suara sumbang mengatakan kalau tak diberikan lesen, mereka tetap berjudi juga. buktinya belum lagi piala dunia membuka tirainya sudah dibuat tangkapan atas kesalahan berjudi ini. tetapi cuba fikirkan jika ia diluluskan, mesti tiada tangkapan dibuat kerana ia telahpun diluluskan lesen oleh kerajaan yang memacu pemerintahan selama 52 tahun kemerdekaan negara.
bagi saya siapa menang atau kalah pada kejohanan kali ini tidak memberikan sebarang kesan kerana kita tidak mendapat apa-apa darinya. Islam menggalakkan umatnya beriadah atau bersukan bukannya menjadi pasukan sorak. saya bersetuju dengan pepatah menang sorak tetapi kampung tergadai. apa tidaknya, kita dibebani dengan pelbagai isu yang memerlukan kita menanganinya seperti kes zina, pembuangan bayi, kes khalwat, permasalahan Palestin yang tiada kesudahannya dan pelbagai lagi membabitkan remaja hingga ke golongan senja.
sekian sahaja dahulu.
kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al-quran
lawati juga
-
I do not know what happen to our world nowadays and I am afraid for future generation. I think our world are never give you the protection t...
-
salam alaik Sudah 6 hari paper terakhir tamat. terasa amat singkat berada di rumah. hanya 3 hari kerana aku perlu mengikuti program yang ti...
-
Hari ini merupakan gaji pertama yang aku perolehi dengan kerja part time semasa cuti semester yang masih lagi berlangsung dan hanya ting...
-
Apalah gunanya kita mencari kelemahan orang lain dikala kita masih mempunyai banyak kelemahan. Sangat naif bila kita selalu menuding kepada ...
-
Cuti hujung minggu ini saya mengambil kesempatan untuk membaca beberapa blog dari kalangan sahabat ataupun beberapa lagi blog untuk mengetah...
No comments:
Post a Comment