Saturday, August 14, 2010

Ya Allah jauhkan kami dari sifat-sifat munafik

Cuti hujung minggu ini saya mengambil kesempatan untuk membaca beberapa blog dari kalangan sahabat ataupun beberapa lagi blog untuk mengetahui perkembangan semasa mengenai isu dan juga pandangan-pandangan yang diutarakan dalam blog masing-masing. sudah semestinya kebanyakan head title berkisarkan tentang kehadiran bulan Ramadhan yang hampir menjadi kemestian bagi blogger-blogger muslim. satu perkembangan yang menarik tetapi harus berhati-hati kerana memandangkan gelombang masyarakat dunia ingin mencari kebenaran dalam beragama, ada tangan-tangan yang mengambil kesempatan itu untuk menyebarkan fahaman yang boleh dianggap dangkal. samada yang menulis itu tidak sedar ataupun sengaja menulis kerana mengambil keuntungan dunia yang sedikit.

dari kebanyakan blog yang saya baca, saya tertarik dengan blog seorang hamba Allah yang menamakan blogger Panglima Perang Siber yang mengulas mengenai sajak Dr. MAZA yang bertajuk Bela Rakyat Atau Angkat Pakatan Rakyat. saya ingin mengambil beberapa petikan yang jika dianggap tidak benar maka ia mengejutkan fitnah yang sedang tidur.

Hari tu heboh diceritakan beliau (Dr. MAZA) akan sertai Umno. namun yang hadir hanyalah 40 orang yang dilabelkan sebagai ulama muda Umno. Selepas berita awal menyatakan ada 100 orang akan sertai Umno. Pemimpin Umno sendiri gusar dengan khabar beliau akan sertai Umno seperti ulasan Ketua Bahagian Cheras di blog beliau di sini http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2010/06/dr-asri-masuk-umno-atau-pas.html

Tak kisahlah jika yang sertai Umno itu bertaraf ulama atau tidak. Yang penting fahamannya mesti tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan Umno seperti ulasan Tun Mahathir, telah lama menjadikan ulama sebagai penasihat. Bukan bermaksud Umno selama ini meminggirkan Ulama bahkan ramai ulama menjadi penasihatnya secara tidak langsung..penembak-tepat.blogspot.com.

saya agak kerap mengikuti perkembangan blog beliau memandangkan kehebatan beliau mempertahankan umno walaupun beliau bukan siapa-siapa pun dalam parti dominan melayu itu. jika benar umno menerima baik penyertaan ulama dalam parti yang menguasai parlimen itu mengapa negara kita masih gagal dalam draf menggunakan hukuman dan undang-undang berlandaskan hukum dan syariat Islam. memandangkan beliau juga menggunakan beberapa petikan dalam surah Al-Baqarah menerangkan ciri-ciri orang munafik, mengapa tidak disentuh dengan perintah Allah mengenai qisas seperti dalam dalam ayat 178 yang bermaksud.

  • Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu (melaksanakan) qisas berkenaan dengan orang yang di bunuh. Orang merdeka dengan orang merdeka, hamba sahaya dengan hamba sahaya, perempuan dengan perempuan. Tetapi barang siapa memperoleh maaf dari saudaranya, hendaklah dia mengikutinya dengan baik, dan membayar diat (tebusan) kepadanya dengan baik (pula). Yang demikian itu adalah keringanan dan rahmat dari Tuhanmu. Barang siapa yang melampau batas setelah itu, maka ia akan mendapat azab yang sangat pedih.
Di sini hanyalah beberapa contoh umno yang membuktikan parti itu hanya meletakkan ulama sebagai keldai tunggangan mereka semata-mata sebagai suatu aliby mengaburi mata rakyat. umno merasa selesa jika rakyat terus diperbodohkan dalam beragama kerana lebih senang bagi mereka untuk mentadbir dengan gaya sekular mereka kerana mereka mendapat jaminan syurga oleh dajjal yang mereka anggap solat, puasa dan menunaikan haji untuk mendapat title haji sudah memadai.

renungkan satu firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 174 yang bermaksud.
  •  Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu kitab, dan menjualnya dengan harga yang murah, mereka hanya menelan api neraka ke dalam perutnya dan Allah tidak akan menyapa mereka pada hari kiamat, dan tidak akan menyucikan mereka. Mereka akan mendapat azab yang sangat pedih.
jika anda ingin mendapat dengan jelas apa yang ingin saya sampaikan kali ini, anda boleh merujuk blogger panglima perang siber dan juga pendokong-pendokong mereka dalam group yang mereka gelarkan sebagai blogger pembela negara. tidak ada pun yang mereka lakukan melainkan menjaga periuk nasi mereka yang telah terang lagi bersuluh hangus, hangit dan penuh dengan nanah kedengkian yang ingin mempastikan Islam terkubur. jika bertanya pada mulut mereka sudah pasti tiada pengakuan tetapi ingatlah golongan munafik akan zahirkan keimanan dan menyembunyikan kekafiran mereka. sebab itu golongan munafik lebih bahaya dari orang-orang kafir. Allah merakamkan khas surah kepada golongan ini dengan menamakan surah ini sebagai surah Al- Munafikun.
sekadar ini sahaja buat kali ini. Ya Allah jauhkan kami dari sifat-sifat munafik dan hindari kami dari bergaul dengan mereka dan pemimpin mereka yang sentiasa ingin membawa kami menjauhi agamamu ya Allah. sesungguhnya mereka memusuhi kami siang dan malam, dalam keadaan gelap dan cerah bahkan mereka mencela kami kerana tidak mengikut telunjuk mereka. Hancurkan rancangan mereka ya Allah dan kembalikanlah Islam kepada kami agar kami dapat membuktikan kepada mereka bahawa mereka benar-benar dalam kesesatan.

    No comments:

    Post a Comment

    al-quran

    Listen to Quran

    lawati juga