Friday, October 22, 2010

menuju persediaan





Salam alaik.
Saat ujian yang bakal menjengah tiba, harapan yang pasti untuk ujian kali ini adalah memperoleh sesuatu yang didambakan oleh diri sekian lama. Bukan lah sesuatu anugerah yang dikejar tetapi yang penting Allah redha dengan apa yang kita lakukan seharian. Apa yang didambakan pastinya sebuah kejayaan. Dan itulah yang dikejarkan oleh semua orang.

Tiada seorang pun dari kita yang inginkan kegagalan walaupun apa yang dilakukan adalah untuk menempah kegagalan. Ramai yang menjadikan kegagalan itu sebagai motivasi untuk kejayaan hari yang mendatang. Gagal di dunia boleh diulangi tetapi gagal di akhirat memang tiada peluang dan ruang lagi untuk kembali ke dunia. Selagi mana kita berada di dunia kita pasti diuji untuk mengetahui sejauh mana tahap pencapaian kita samada berjaya atau gagal menanginya.

Dalam konteks kita sebagai muslim, kita menyakini bahawa apabila Allah datangkan sesuatu ujian atau musibah ia berkait dengan 3 perkara iaitu samada satu cara Allah ingin ampunkan dosa kita, atau Allah memang sayangkan kita ataupun Allah ingin tingkatkan darjat seseorang hambaNya. Allah tidak akan menguji hambaNya jika ia tidak termampu dipikul oleh makhlukNya. Tidak sukar untuk memahami perkara ke-2 dan ke-3 kerana para kekasih Allah iaitu para nabi paling banyak dan besar ujian yang Allah berikan.

Kembali kepada ujian itu juga, kita hendaklah berbaik sangka kepada Allah, kita hendaklah sentiasa berdoa dan berharap agar Allah mempermudahkan segala urusan kita. Saya juga berharap agar diberi pertimbangan dan akal yang sihat disamping pemikiran yang tajam dalam menghadapi setiap ujian yang diberikan oleh-Nya. Ada ujian yang diberikan kepada kita dalam keadaan kita sedar dan ada juga sebaliknya. Ujian dalam keadaan kita sedar seperti final semester yang bakal kita hadapi setiap akhir semester dalam konteks seorang pelajar. Ujian-ujian yang kita tidak sedari memang banyak kerana ia datang dalam keadaan kita tidak bersedia. Dan bersyukurlah jika kita terus diuji kerana itu adalah salah satu tanda Allah sentiasa sayang dan memerhatikan kita.



sekadar ini sahaja dahulu. apa yang salah dan terdapatnya kekurangan ataupun rasis dalam penulisan ini disusuli dengan beribu kemaafan.

No comments:

Post a Comment

al-quran

Listen to Quran

lawati juga