Sunday, October 10, 2010

Nakhoda


Menulis kadang-kadang mampu mengurangkan tekanan, walaubagaimana pun, setiap apa yang kita nukilkan jika ia mampu memberi faedah kepada orang lain itu lebih baik dari merampu tanpa adanya asas yang benar. Bimbang takut mendatangkan fitnah, lebih-lebih lagi fitnah kepada orang yang beriman. Kali ini aku mengambil kesempatan untuk menulis untuk meredakan sedikit kegusaran yang melanda diriku saat ini. Terkadang ia membuatkan aku takut dan yang paling membimbangkan ia bakal melekakan aku pada pesona dunia yang diperhiaskan dengan begitu indah dan memukau sesiapa sahaja yang rakus pada ketamakan harta dan menganggap dunia adalah segalanya. Inginku ingatkan kembali kepada diri ini yang leka bahawa Dunia adalah persinggahan.

Sedangkan kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya ini terdapat dalam kitab-kitab terdahulu. (iaitu) kitab-kitab Ibrahim dan Musa.
(Al-A'la:16-19)

Jadikan hidup di dunia seperti seorang musafir dan orang asing. Oleh itu kita tidak akan leka akan dunia. Ibarat seorang musafir apabila memulakan pengembaraan akan sentiasa ingat pada sesuatu tempat yang ingin dituju manakala menjadi orang asing akan selalu berwaspada akan tempat yang dilawatinya kerana mengetahui tempat yang didudukinya adalah bukan tempatnya. Jadi orang bermusafir dan asing ini akan sentiasa mematuhi segala peraturan yang telah ditentukan oleh pemerintah tempat yang dilaluinya. Begitulah juga perihal hidup di dunia, kita harus taat pada pemilik yang menciptakan dunia ini. Mana mungkin dunia yang menjadi rebutan ini tiada yang menciptakannya.

Aku seperti kalian juga, memiliki nafsu dan berkehendak kepada sesuatu, adakalanya aku mampu mengawalnya dan terkadang aku juga tersungkur. kebanyakan nukilan yang ku terbit di halaman blog ini adalah sebagai peringatan kepada ku sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang ingin turut serta dalam mentarbiyyah hati yang sentiasa leka ini. Jika terus dibiarkan ia akan terus membuatkan kita terus leka dan terlena. Mimpi yang terbuai selalunya indah, ini yang membuatkan kita tidak mahu bangkit dari mimpi ini sedangkan apa yang kita mimpikan itu hanyalah kepura-puraan semata-mata.

Adakalanya aku tertanya-tanya pada diriku sendiri, mengapa seolah menoktahkan artikel yang hampir seiras, seperti sebuah pelayaran yang ingin menuju hanya ke tempat yang sama. Aku adalah nakhodanya dan sudah semestinya aku tahu apa tujuan aku melampiaskan sesuatu artikel yang tertulis hasil gerakan jemariku berpandukan kawalan akalku yang membekalkan maklumat dan matlamat yang tercoret didasar pemikiranku tidak termampu untukku menganalisisnya. Sebagai seorang nakhoda juga, aku harus bersiap sedia mengawal bahteraku dari segala ancaman dari laut, lanun, ombak besar dan benda-benda yang menghalang bahteraku dari meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang telah ku tetapkan.






Beberapa hari yang lalu aku dijukan soalan oleh sahabatku, soalan yang pernah merungsingkan aku pada suatu ketika tetapi entah ke mana kebimbangan itu hilang? aku pun tidak tahu, ku biarkan sahaja ia ditelan masa. Sahabatku bertanya kepadaku mengapa aku masih solo sedangkan pada usiaku begini sudah selayaknya aku berteman, katanya lagi jadi lah seperti orang ramai barulah selamat. Mungkin statement itu kurang jelas, apa yang selamatnya? Sedangkan Allah menegah kita mengikut orang ramai kerana ia bisa menyesatkan. Lihat sahaja bila sesebuah konsert dianjurkan berapa ramai orang yang mengurumuninya ibarat kelkatu terpesona melihat api jika dibandingkan bilangan jemaah yang mengimarahkah masjid. Perhatikan juga berapa ramai manusia yang bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah, sedikit bukan? Ini yang menambahkan keyakinan bahawa apa yang buat ini betul walaupun terkadang aku juga gusar. tetapi surah al-baqarah ayat 216 menjadi motivasi terbaik untukku.

Seorang sahabat pernah berkata: aku tidak suka membaca sesuatu artikel yang panjang, kerana aku mudah jemu. Memang benar, kita dikurniakan sifat mudah jemu dengan sesuatu, oleh itu manusia begitu kreatif dalam mencipta kerana untuk mengatasi masalah jemu. Lihat sahaja perkembangan teknologi hari ini, berkembang dengan begitu pesat, fesyen hari ini, sentiasa bertukar-tukar bagi merealisasikan kehendak dan kepuasan manusia. sekadar ini dahulu buat kali ini. Apa baik datangnya dari Allah dan yang lemah itu adalah keburukan yang ada pada diriku yang daif ini.



No comments:

Post a Comment

al-quran

Listen to Quran

lawati juga