salam alaik.
syaaban sudah pun menjengah tiba di dalam kalendar qamari umat Islam. lebih kurang 3 mingggu lagi umat islam akan menyambut kedatangan bulan yang di nanti-nantikan iaitu bulan Ramadhan al-mubarak. belum pun ramadhan menjengah tiba harga gula dan petrol sudah pun dinaikkan. adakah ini juga signal barang-barang yang lain juga akan berubah tanda harga? kita tunggu dan lihat sahaja apa akan dilakukan oleh pemimpin yang adil lagi bijaksana dalam menguruskan pentadbiran dan keperluan rakyat. ataukah semakin ramai rakyat yang bakal di gelar asnaf yang layak menerima zakat. sama-sama kita perhatikan di bumi malaysia yang permai ini.
lama juga saya tidak mendengar berita tentang pemberian wang ehsan kepada negeri kelantan walaupun kelantan menuntutnya sebagai royalti petroleum. ini juga menggambarkan kerajaan pusat juga dipimpin oleh mereka-mereka yang selalu menepati janji. syabas diucapkan kepada kecekapan dasar pemerintahan yang selalu membisu apabila diminta penjelasan. inilah ciri-ciri pemimpin yang telus, menyembunyikan kebenaran, menuding bagi sesuatu yang tidak pasti. ini yang menghairankan saya kenapa pemimpin-pemimpin beriman ini sanggup memperdayakan rakyat. saya juga tidak pasti berapa liter air yang dihabiskan untuk membersihkan diri mereka tetapi hati tetap lagi kotor, kini ingin bertayyamun dengan pasir di selangor pula.
bila terkenangkan golongan fakir miskin, membuatkan saya menitiskan air mata kerana sukarnya hidup yang dihadapi. ini bukan hanya lahir dari hati saya sahaja bahkan bagi sesiapa sahaja yang yang masih mempunyai hati dan perasaan. kita bertuah kerana negara kita diberikan sumber hasil bumi yang tidak terkira banyaknya berbanding di tempat lain, di kurniakan keamanan yang tidak dikecapi oleh oleh negara lain. benarlah firman Allah yang bermaksud jika kamu ingin menghitung nikmat-nikmat Allah nescaya kamu tidak dapat menghitungnya. bahkan jika kita menggunakan dacing untuk menimbangnya maka dacing bukan lagi senget tetapi akan pecah berkecai.
kita mengaku membaca al-quran, tetapi kita seolah-olah tidak mahu untuk memahaminya sedangkan equation fizik, kimia dan sebagainya kita mampu menguasainya bahkan tahu di mana ingin digunakan dan bila untuk menggunakannya, tetapi tidak untuk tuntutan al-quran dan hadis nabi. adakah kita lebih bijak dari Allah dan rasulnya. inilah sifat takabbur yang dimegah-megahkan oleh para pemimpin sehingga mentah-mentah menolak hudud, bersungguh-sungguh mempertahankan arak dan judi memandangkan ia mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan untuk negara.
saya tidak hairan jika ulama-ulama menyokong kefasikan kerana mereka bukan dipilih oleh Allah sebagaimana nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah. saya tidak bersedih jika mufti-mufti membisu demi mempertahankan jawatan mereka kerana dunia sudah menjadi milik mereka. saya hanya meletakkan keyakinan pasti ada hamba Allah yang berjuang mempertahankan agamaNya kerana janji Allah pasti berlaku walaupun hamba-hamba Allah yang istiqamah menyambut seruan ini dalam nisbah yang sedikit.
sebagai umat Islam saya rasa bertanggungjawab untuk nasihat-menasihati kerana ia memberi manfaat kepada umat. kita sama-sama menanti menghitung nasib samada kita di kurniakan syurga ataupun dihumban ke neraka. sekian sahaja untuk kali ini. wallahualam
kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al-quran
lawati juga
-
salam alaik, lama sudah tidak balik kampung, rasa rindu dekat kampung tetap terasa walaupun suasana sudah banyak berubah. balik kampung un...
-
Salam alaik, Tiada masa rasanya nak update blog ini, saban hari semakin sibuk dengan assignment, kerja-kerja yang tertangguh dan juga kema...
-
Salam alaik Apa yang kawan kamu cakap tadi, pak cik tak faham la? tanya seorang pak cik tadi. Entahlah pak cik, tu bukan kawan saya, balas...
-
Zine El-Abidine Ben Ali telah digulingkan oleh kuasa rakyat, kini kita menantikan satu lagi revolusi dari timur tengah samada Hosni Mubarak ...
Salam,
ReplyDeleteana ingin membina blog seperti ente, bolehkan ente ajarkan cara-caranya. Emailkan dinsenu@yahoo.com.my