Saturday, July 31, 2010

Dilema kian Berakhir

Dalam minggu ni fikiran aku kurang menentu. Aku mendapat peluang yang tidak pernah ku fikirkan. pertamanya ialah aku dapat menyambung pelajaran melalui program penyerapan. ini memang impian aku semasa di alam diploma lagi. Alhamdulillah aku dapat dengan izin dari-Nya. keduanya ialah aku ditawarkan training oleh MAFC setelah aku melepasi dua proses interview. aku juga tertarik dengan tawaran yang ditawarkan memandangkan aku bercita-cita untuk menjadi usahawan tani. peluang yang datang oleh anak syarikat Khazanah Nasional ini hadir di saat aku belum bersedia menghadapinya.

Dalam minggu ni hampir setiap hari aku berhubung dengan mak ayah untuk meminta pendapat, juga tidak lupa kepada beberapa lagi orang aku percaya untuk meminta pandangan memandangkan ini adalah peluang yang menjelma mungkin hanya sekali dalam hidup. ku rasakan ada juga hikmahnya disebalik peluang ini datang kerana, pertamanya, Aku hanya selalu bergantung kepada Allah melalui doa harianku meminta yang terbaik bagi-Nya dan juga bagiku. jika selama ini aku sering membuat keputusan yang sangat terburu-buru tetapi kini aku terasa tenang sebelum aku membuat keputusan muktamatku. keduanya aku sering menelefon keluarga di rumah, sesuatu yang jarang aku lakukan semasa kehidupan di asrama dulu dan juga semasa aku belajar di peringkat diploma. semasa di asrama aku tidak membawa mobile kerana ia dilarang oleh pihak sekolah dan lagipun aku tidak terdesak untuk memilikinya. semasa di universiti juga, aku hanya reload sebulan sekali dan jika kredit habis, aku hanya akan tunggu untuk bulan berikutnya untuk top up.

untuk MAFC aku diberi masa sehingga 5 Ogos ini untuk menyatakan kata putus samada aku terima atau menolaknya. aku akan cuba lakukan yang terbaik dengan gerak hati yang telah diputuskan oleh Allah untuk hamba-Nya ini. aku adalah milik Allah dan sepenuh keyakinan aku menyatakan apa yang diputuskan oleh Yang Maha Pencipta adalah yang terbaik seperti mana yang selalu ditekankan dalam firmanNya dalam surah al-baqarah ayat 216. aku hanya mampu berusaha sekadar termampu dan selebihnya adalah urusan dari Yang Maha Mengetahui. aku menanyakan pendapat daripada orang sebagai penguat motivasi bagiku untuk terus berusaha dan berharap hanya pada Yang Satu.

ada juga perasaan yang tidak enak aku dengari kerana ramai yang berpendapat aku tiada pendirian. ada yang kata buat apa hadir ke interview kalau dah setting nak belajar, lagipun diploma bukan menjanjikan apa-apa. aku terima pandangan ini tanpa menoktahkan walau sebutir kata. ada yang kata aku menutup peluang orang lain disebabkan aku menyertai interview peringkat kedua. yang kedua ini aku berhujah kerana pertamanya adalah rezeki itu semuanya datang dari Allah, peluang pekerjaan itu hanyalah sebahagian asbab untuk mendatangkan rezeki kepada makhluknya. jika aku dikatakan menutup peluang orang lain, maknanya bagi orang mendapatkan sesuatu melalui kaedah kabel ataupun berpusatkan kepada orang tengah dipanggil apa? boleh juga dikatakan pengkhianat kerana menzalimi orang lain. sebenarnya aku apply kerja hari tu pun sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. sebelum aku menyambung pengajian peringkat sarjana muda, aku belum mengetahui takdirku, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. bagi seorang usahawan business plan dan back up plan sangat penting. ini adalah sebahagian back up plan aku menghadapi sebarang kemungkinan berlaku.

sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan apa yang aku miliki walaupun di sisipan lain ramai yang memerhatikanku dalam serba kekurangan. aku lebih rela menerima kekurangan daripada kelebihan yang membuatkan aku leka pada rahmat Allah. aku tidak mahu memikirkan sangat duniawi kerana mengejarnya membuatkan aku letih dan lelah. cukuplah bagiku apa yang telah dicukupkan oleh Allah. terima kasih ya Allah kerana memenuhi setiap permintaanku walaupun aku bukanlah hamba terbaik bagi-Mu. maafkanlah aku kerana tidak pernah sempurna mencintai-Mu. namun ku harapkan lidahku sentiasa basah mengingati-Mu. sekadar ini sahaja dariku, aku memohon sejuta kemaafan atas kesalahan yang disengajakan atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

al-quran

Listen to Quran

lawati juga