Tuesday, August 3, 2010

Ogos, Ramadhan dan Merdeka

salam alaik.

bulan ogos sudah pun memasuki hari ke empat. sudah sinonim dengan negara kita kerana bulan ini kita akan menyambut hari bersejarah dalam negara ini iaitu sambutan hari kemerdekaan pada setiap tanggal 31 ogos sejak tahun 1957 lagi. tahun ini kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 53. bulan ini juga amat bermakna bagi seluruh umat Islam kerana bakal menyambut kedatangan bulan yang mulia yang dipenuhi dengan keberkatan iaitu tidak lain tidak bukan adalah bulan Ramadhan. Marhaban ya Ramadhan.

setiap kali datangnya bulan ogos pastinya ada kempen kibarkan jalur gemilang bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan. bukan dengan itu sahaja, ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit kerana ingin turut terlibat dalam sambutan kemerdekaan ini dengan menghias kereta, mengecat bangunan supaya terpancar nilai patriotik di dalam diri. apakah pula yang kita lakukan bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan? inilah persoalan yang perlu dijawab oleh kita sebagai umat Islam. adakah sekadar cukup kita hanya menahan lapar dan dahaga bermulanya dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari?. adakah sempurna dengan hanya menyelusuri solat terawih seusai selesai solat isyak?

jika tahun-tahun terkebelakang kita disajikan dengan hiburan-hiburan sebagai satu simbul meraikan ulang tahun kemerdekaan, bagaimana dengan tahun ini? adakah dengan cara berhibur tercapai sudah agenda kebebasan hakiki? ini yang perlu dijelaskan supaya kita tidak termasuk dalam kalangan mereka yang lalai kepada tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita semua yang diiktiraf sebagai khalifah. dalam konteks yang sebenar mungkin kita belum lagi merdeka kerana pemikiran kita masih lagi berorientasikan fahaman barat yang digembar-gemburkan mampu membawa kearah kemajuan. apakah ertinya nikmat kemajuan jika moral bangsa merundum dengan begitu ketara, jenayah berleluasa?. adakah kemajuan yang kita kejarkan itu akan mengikuti kita ke liang lahad?

bulan Ramadhan juga bakal berkunjung kembali untuk bertamu di diari kehidupan sebagai muslim selama sebulan. sebagai seorang muslim, kita di suruh memuliakan tetamu, jadi kita seharusnya memuliakan ramadhan. ramadhan yang saya maksudkan di sini bukanlah seseorang yang bernama ramadhan tetapi bulan yang penuh dengan keberkatan yang dianugerahkan pahala yang bersifat infiniti. inilah kesempatan yang berharga yang amat rugi untuk dilepaskan. di sini saya tidak mahu menghuraikan tentang ramadhan dengan panjang lebar kerana saya ingin memuatkan artikel khusus pada beberapa hari lagi tentang bulan yang dinanti-nantikan ini. InsyaAllah.

seboleh-bolehnya saya ingin berkongsikan sesuatu dengan kalian secara konsisten tetapi kekangan waktu tidak mengizinkan saya berbuat demikian. kadang-kadang idea itu mengalir ibarat air, tetapi ia perlu di tapis untuk mendapatkan bekalan yang jernih. begitu juga dengan pemikiran, ia perlulah supaya ia didasari oleh pemikiran yang bersih tanpa unsur-unsur yang sirna. sehendaknya ingin berkongsi sebanyak yang mungkin tetapi selalunya sesuatu yang berharga hanyalah dalam kuantiti yang minimum. saya juga agak tidak berapa rajin untuk mencari bahan untuk dimuatkan pada kali ini, membuatkan apa yang saya tulis terasa kosong. tiada permulaan yang sempurna dan juga titik noktah yang jelas.

kala ini nampaknya hujan mula turun setelah sekian lama ia tidak membasahi bumi. di saat ini juga kelihatan awan mula mendung setelah sekian lama ia menampakkan cahaya suria. permainan alam ini menampakkan variasi menunjukkan betapa berkuasaNya Sang Pencipta.saya cuba bermain dengan kata-kata walaupun ucapan tidak seindah nukilan. serasanya saya perlu meletakkan tanda setitik noktah untuk mengakhiri kalam kali ini. sekian sahaja.

No comments:

Post a Comment

al-quran

Listen to Quran

lawati juga