Sudah seminggu kembali berpijak di bandar shah alam, berlindung di langit yang sama dari teriknya mentari, merasai kebasahan saat turunnya hujan membasahi bumi yang berkat ini. Tanpa sedari banyak waktu telah dipersiakan, bertambah dari hari ke hari menanti usia yang semakin meluput. Masa semakin hari semakin suntuk buatku kerana aku tidak mampu mengulang waktu hilang dan terbuang, terpaksa membiarkan detik terus berjalan. waktu tidak akan berhenti, detik tidak kembali
Apabila manusia diuji, itu tanda seseorang itu mendapat perhatian dari Allah, apabila manusia diuji, kita akan melihat kepada beberapa aspek, samada dia akan marah, mengeluh, berdiam atau terus bersabar. Ramai orang yang apabila diuji, dia akan marah. situasi marah akan terbentuk melalui hatinya sahaja tanpa mengeluarkan kata-kata, marah dalam hati beserta kata-kata tanda protes, dan lebih teruk lagi marah dengan hati, kata-kata dan juga bersama-sama anggota. Alangkah baiknya apabila kita diuji kita terus bersabar, bersabar dalam ketaatan kepada Allah, bersabar dari melakukan maksiat, dan juga bersabar dalam ujian.
Agak sukar untuk menilai tahap ujian seseorang memandangkan Allah menguji kita dengan ujian yang berbeza. Ada diuji dengan kesengsaraan seperti saudara kita di Palestine. Ada diuji dengan berlakunya bencana alam, seperti di Pakistan dan Kashmir baru-baru ini. Tetapi ramai yang lupa ada yang Allah uji dengan kemewahan dan kesenangan yang menyilaukan pandangan. Aku mengambil kesempatan untuk menulis kali ini memandangkan aku semakin terkeliru antara ujian kesusahan dan kesenangan, adakalanya dalam susah, Allah telah pun datangkan kesenangan, selesa dalam senang, dititik pula dengan nila kealpaan. Ini membuatkan aku lemas gelombang yang meletakkan aku dalam dilema panjang, asyik termenung memikirkan jalan keluar dari kepompong masalah.
kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al-quran
lawati juga
-
salam alaik, lama sudah tidak balik kampung, rasa rindu dekat kampung tetap terasa walaupun suasana sudah banyak berubah. balik kampung un...
-
Salam alaik, Tiada masa rasanya nak update blog ini, saban hari semakin sibuk dengan assignment, kerja-kerja yang tertangguh dan juga kema...
-
Salam alaik Apa yang kawan kamu cakap tadi, pak cik tak faham la? tanya seorang pak cik tadi. Entahlah pak cik, tu bukan kawan saya, balas...
-
Zine El-Abidine Ben Ali telah digulingkan oleh kuasa rakyat, kini kita menantikan satu lagi revolusi dari timur tengah samada Hosni Mubarak ...
No comments:
Post a Comment