Thursday, October 7, 2010

Episod seorang aku

Sudah lama tidak menggerakkan jari-jemari melontar komentar. semasa memikirkan idea untuk publish sesuatu, ku jengok seketika blog rakan-rakan dan beberapa blog lagi yang turut sama bergelumang dalam dunia blog. banyak juga input yang dapat diambil dari artikel-artikel mereka. ada orang kata sharing is caring. I don't know how to explain the word. terasa penulisanku paling daif jika ingin dibandingkan dengan mereka. aku juga kurang daya kreativiti dalam menghias blog. yang ada hanyalah basic item sahaja.

Final pun sudah hampir menjelang tiba, mood study bercampur baur lagi. Tidak tahu apa yang tidak kena pada diriku kali ni, nak kata malas, mungkin juga, banyak tidur, memang tepat, masalah memang bertimbung bak bukit. Tapi biasala aku, aku adalah aku, banyak berahsia dan tidak suka mencampuri hal orang lain. Tetapi sekarang agak lain sedikit, selalu rasa gelisah bila tengok perkara yang janggal kat depan mata. bukan tidak biasa tetapi sudah lali. kadang-kadang aku fikir jadi orang buta lagi baik, tidak diperlihatkan maksiat yang berlaku depan mata. Aku juga sangat bimbang jika aku dihimpunkan bersama orang-orang buta di padang masyar kelak. tidak semestinya manusia yang buta di dunia akan juga buta di akhirat, aku sangat meyakini semua yang aku miliki hanyalah bersifat pinjaman. barang yang dipinjam perlulah dijaga dengan elok, takut rosak, mana nak cari sebagai ganti.

Perjalanan hidup menjelang usia yang semakin meluput rasanya berwarna-warni. adakalanya suka, pada waktu dihiasi duka seolah ia terconteng ibarat sebuah lukisan. Drawing is my favourite when I was a child. Kat dinding rumah masih ada lagi monumen sejarah yang ku coretkan dengan warna krayon. walaupun tidaklah cantik tapi ia meninggalkan satu memori yang menggambarkan siapa aku dulu. berkenaan dengan cantik ia suatu yang subjektif, mungkin indah pada pandangan seseorang tapi bagi orang lain sebaliknya. bagi aku, cantik sangat sukar untuk di nilai kerana aku sangat mencintai yang Maha Terindah dalam hidupku.

Banyak sungguh masa telah ku persiakan, apa yang nak jawab jika ditanya nanti, pada usia mudamu di mana dihabiskan dan untuk apa digunakan. tak kan aku nak jawab aku hiaskan usiaku dengan seribu kelalaian dengan pakej kemaksiatan. mana ingin aku letakkan wajahku kelak?. Ya Allah ampuni aku kerana membuang sisa hidup ini dengan penuh kehinaan. Saat aku bersihkan wajah di waktu pagi, ku cuba untuk melenyap nestapa di waktu senja. Malam akan berakhir, hari juga silih berganti. Apa makna semua ini untuk aku? jawapannya sudah pasti, ia mengingatkan usiaku semakin singkat. Masa usiaku belum baligh, aku selalu berangan yang aku akan bekerja, kumpul harta dan diusia tuaku menikmati apa aku usahakan di zaman muda, tiba-tiba ia berubah sekelip mata corak imagimasiku, hari ini mungkin yang terakhir bagi aku. sebenarnya aku sudah kesuntukan masa.

Bukan senang menukilkan sesuatu yang menarik kerana aku hanya menulis mengisi masa yang terluang. mungkin aku lebih kreatif dalam bekarya jika ia untuk mengutip keuntungan. ada yang mencari keuntungan dalam bentuk limpahan hata benda dan ada yang mencari keuntungan dalam memanipulasi pengaruh tidak kira ia untuk kebaikan mahupun keburukan. dalam dunia yang semakin tua, telah menyaksikan banyaknya berlaku bencana alam. bumi sudah semakin tenat, akidah manusia semakin punah. manakan berdiri tegak sebuah pepohon nan rimbun tanpa disokong akar yang kukuh, manakan teguh agama tanpa akidah yang mantap. Jangan dipandang enteng benda yang remah, bimbang kalau yang remeh ini menjadi kritikal. jangan jadikan akidah itu ibarat roda, sekejap diatas dan seketika berada dibawah.

Sudah menjadi kelaziman, orang mukmin adalah muslim tetapi belum pasti muslim itu adalah mukmin. sekadar di sini sahaja buat seketika. InsyaAllah jika diizinkan masa, dilain detik aku lontarkan lagi komentarku. berbahagialah orang-orang yang beriman yang dikurniakan hidayah oleh Allah.

2 comments:

  1. sian zul.. aku tau mu xsepatutnya duduk ngan dorang.. aku rase mungkin sbab tu mu jadi leka.. tp jadilah ikan di lautan.. biar masin air lautan tapi tak masin isi ikan..

    ReplyDelete

al-quran

Listen to Quran

lawati juga