Pada tanggal 24 ogos yang lalu aku mendapat mesej dari rakanku, koop. aku menyangka dia ingin menanyakan khabarku pada pagi tu tapi sangkaanku meleset sekali. aku mendapat berita yang padaku amat mengejutkan aku. Memang pada kebiasaan pun koop tak pernah mesejku seawal subuh hari. Aku diberitakan sahabatku, mantan presiden bwp 05/06 sudah pun pergi meninggal alam yang fana ini buat selama-lamanya. Walaupun aku tidaklah akrab dengannya, sebagai seorang kawan yang juga pernah bersamanya dalam bwp, aku rasa amat terkilan kerana aku tidak sempat menemuinya. Kali terakhir aku bersua dengannya pada pertengahan Jun yang lalu di KB Mall, itu pun secara kebetulan. Aku tidak nampak pun tanda-tanda yang aku akan kehilangan sahabat yang baik dan peramah sepertinya. mungkin aku kehilangan sebutir permata yang bernilai.
pagi tu aku tak dapat tidur seperti biasa walaupun kuliahku pada pukul 10 pagi. jadi aku masih ada sedikit ruang waktu untuk melelapkan mata. keadaan kesihatanku juga agak kurang baik, aku masih ada baki mc selama seminggu lagi dari 18 hari yang sepatutnya. ramai orang menyangka aku suspect H1N1 tapi hanya Allah yang lebih tahu. aku menyangka akulah yang bakal mengucapkan selamat tinggal kepada semua tapi engkau yang pergi dulu.
pada 18 ogos yang lalu aku menghadiri program sehari di alam barzakh anjuran sahabatku dari EAC dan kerjasama JPK. pada waktu ceramah yang disampaikan oleh ustaz saiful, aku memang terasa yang aku belum cukup bersedia untuk menghadapi sakaratul maut walaupun ku tahu Izrail selalu memer hatikan tingkah lakuku. Aku juga agak sibuk dengan jadual MPP ku yang juga turut menganjurkan program yang kami namakan "Senyuman Palestin" yang turut melibatkan kerjasama Aman Palestin tapi sambutannya agak mengecewakan kami, pada perkiraanku hanya 12 siswa yang hadir dan puluhan lagi siswi. bagiku program itu berjaya cuma sambutannya saja kurang menduka citakan.
aku rasa sekadar ini saja yang mampu aku coretkan untuk tatapan sahabat-sahabatku, semoga Allah mencucuri rahmat kepada sahabatku, saudara Mohd Hafifi Hazwan bin Adnan dan keluarga. aku mohon ampun dan maaf jika aku pernah buat silap kerana aku agak jarang berhubung dengan sahabat-sahabatku di kopu dan pt dulu. bukan aku lupa pada kalian tetapi kesihatan ku akhir-akhir ni tak mengizinkan aku untuk bertanyakan khabar pada kalian semua. Jika Allah takdirkan aku mengikuti jejak hafifi selepas ini, mungkin inilah kesempatan Ramadhan terakhir bagiku.
Cuma apa yang ku harapkan Allah menjaga kalian semua terutama iman kita agar sentiasa utuh mengingatiNya. wassalam
kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al-quran
lawati juga
-
salam alaik, lama sudah tidak balik kampung, rasa rindu dekat kampung tetap terasa walaupun suasana sudah banyak berubah. balik kampung un...
-
Salam alaik, Tiada masa rasanya nak update blog ini, saban hari semakin sibuk dengan assignment, kerja-kerja yang tertangguh dan juga kema...
-
Salam alaik Apa yang kawan kamu cakap tadi, pak cik tak faham la? tanya seorang pak cik tadi. Entahlah pak cik, tu bukan kawan saya, balas...
-
Zine El-Abidine Ben Ali telah digulingkan oleh kuasa rakyat, kini kita menantikan satu lagi revolusi dari timur tengah samada Hosni Mubarak ...
No comments:
Post a Comment