IMAM Al-Syafie berkata, dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.Katanya lagi, barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati.“Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya pahala.”Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat,” katanya.Mengenai tipu daya manusia, imam Al-Syafie berkata:“Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.“Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.“Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.”Dalam memberi panduan mengenai tempat menggantungkan harapan, Al-Syafie berkata, apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.Hanya orang berjiwa mulia dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup atau selepas mati.
kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al-quran
lawati juga
-
salam alaik, Sebulan tidak update blog ni. terasa malas pula nak menulis dalam musim cuti. Tetapi cuti kali ini tidak dapat dinikmati deng...
-
cuti mungkin menggamitkan suasana gembira bagi sesiapa sahaja, saya juga tidak terkecuali. adakah kita memanfaat setiap masa lapang yang ter...
-
Salam alaik Ralit memerhatikan sarang labah-labah berhampiran semak belakang rumah sewaktu pulang ke kampung semasa cuti sambutan hari ray...
-
Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan un...
-
salam alaik cuti semester yang panjang memang menyeronokkan jika ia terisi dengan baik. bagi aku cuti semester ni tiada apa yang boleh dik...
No comments:
Post a Comment