Saturday, August 21, 2010

ingatan pada masjidil aqsa

Agak kepenatan 2-3 hari ni. mungkin kekurangan waktu tidur ataupun tidak kena pengurusan waktu. hari-hari yang berlalu bagaikan tidak disedari dan hampir terlupa bahawa 21 Ogos adalah suatu musibah yang menimpa umat Islam, apa lagi kalau bukan kerana masjidil aqsa, kiblat pertama umat Islam telah dibakar oleh seorang pelampau yahudi yang berasal dari Australia pada tanggal 21 Ogos 1961. agak menghairankan pelampau itu hanya dikatakan kurang siuman ketika kejadian itu berlaku oleh mahkamah zionis. agak tidak logik dan tiada dapat diterima oleh akal yang waras.

seharusnya umat Islam harus sedar dan istiqamah dalam menangani isu-isu yang melibatkan saudara kita di Palestin kerana mereka memerlukan perhatian kita. masih ingatkah kita bahawa amirul mukminin, saidina Umar Al-khattab pernah menyatakan bahawa baitulmaqdis ini adalah tanah wakaf umat Islam. mahu tidak mahu walaupun dalam suka atau benci kita wajib mempertahankannya. tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara ini kerana kalian boleh mendapatkan artikel yang lebih terperinci dalam blogger-blogger yang sangat perihatin mengenai isu Palestin.

Banyak yang ingin saya bicarakan bersama kalian tetapi dalam ruang waktu yang terhad membataskan masa untuk bersama berkongsi rasa, meluahkan apa yang terbuku di hati. Ramadhan kini membentangkan selembar peluang bagi kita memberi apa yang termampu kita hulurkan terutama kepada saudara-saudara kita di sana. Sempurnakah ibadat kita dalam keadaan perut kita kekenyangan tetapi membiarkan saudara kita merintih menahan lapar dan menagih sesuap makanan dan setitis air untuk menghilangkan dahaga?. kita lebih suka membazir sedangkan membazir itu amalan syaitan. walaupun syaitan di belenggu pada bulan ini tetapi nafsu masih lagi merajai hati kita.

cukuplah kita berbuka dengan sekadar menghilangkan sedikit lapar dan menghilangkan haus kerana ia lebih baik untuk kesihatan rohani dan jasmani kita. Ramadhan telah pun menginjak ke peralihan fasa kedua. serasanya masjid-masjid dan surau-surau kian suram. mengapa keadaan ini berlaku? sepatutnya semakin berakhirnya Ramadhan maka semakin ramai jemaah kerana kita semua maklum bahawa malam al-qadr terletak pada 10 malam terakhirnya Ramadhan.

sekadar berpesan dan mengingatkan diri agar tidak alpa dengan permainan dunia yang sering melalaikan kita. ia ibarat perhiasan yang mempersonakan mata yang memandangnya. penulisan ini juga perlu diletakkan noktahnya kerana bimbang semakin banyak yang ditulis, semakin ternampak kesilapan. sekadar ini sahaja. apa yang baik itu datang dari zat Yang Maha Berkuasa dan setiap yang lemah itu saya sandarkan pada diri ini yang sangat kerdil.

1 comment:

  1. may i know what's the latest update on our masjidilaqsa???

    i have visited your blog..why don't you visit mine? this is the url yusraery24.blogspot.com/
    feel free to browse through and leave some comments...i do appreciate if u be a follower of my blog...u will won't u?? it will help me a lot if u do...please do~!

    haih~~can't wait to read ur next posts~!

    ReplyDelete

al-quran

Listen to Quran

lawati juga