Sunday, August 22, 2010

sekadar ingatan pada diri yang selalu leka

salam alaik.

Terasa damainya petang ini bila dapat lagi menghirup udara yang segar dan terasa sangat bersyukur apabila diberi lagi peluang untuk terus hidup di bumi yang permai ini. sudah 7 minggu kuliah berjalan, tetapi terasa bagaikan beberapa hari sahaja. masa yang telah berlalu tiada dapat dikeluhkan memandangkan setiap orang diberikan peruntukan masa yang sama 24 jam sehari, 7 hari seminggu. aku seolah-olah terlena dibuai mimpi yang indah sedangkan realitinya tidak seindah apa yang ada dalam khayalan. aku harus kembali segera ke alam yang nyata.

Fasa kedua ramadhan adalah peluang untuk mendapatkan keampunan dari Allah. subuh tadi aku dihidangkan dengan kuliah cara-cara untuk mendapatkan keampunan Allah. aku hanya dengar penceramah itu cakap ada sekurang-kurangnya 10 tetapi aku hanya ingat 2, ambil wuduk yang sempurna, dan buat baik dengan orang tua. selebihnya aku terlelap dek kerana terasa sangat letih. aku juga perasan ada orang memerhatikan aku, tapi tidak ku hiraukan memandangkan aku tersangat mengantuk. semalaman aku tidak dapat melelapkan mata.

fasa ini juga mengingatkan aku pada bulan al-quran memandangkan tanggal 17 ramadhan adalah hari nuzul quran. beberapa negeri bercuti pada hari ini dan ada sebahagian lagi tidak mengambil bahagian. teringat juga ceramah-ceramah yang aku hadiri dahulu mengingatkan jemaah agar mendampingi al-quran kerana kitab ini bakal memberi syafaat kepada kita kelak. antara perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan cinta Allah salah satunya membaca dan memahami isu dan kandungan Al-Quran yang terdapat lagi beberapa nama antaranya al-kitab, az-zikr, al-furqan.

sekadar ini sahaja buat tatapan pada sisipan kali ini. masih teringat lagi kata-kata cikgu bahasa melayu aku dahulu bila aku mengemukan alasan bila penulisan karangan aku teruk. tetapi cikgu bingkas menyatakan semua orang boleh menulis tetapi yang membezakan penulisan yang baik dan buruk terletak pada sikap dan pemahaman penulis itu untuk berkarya. dulu aku paling tidak suka untuk membuat karangan tetapi setiap kali ujian aku hanya akan menulis karangan berbentuk rencana kerana aku tidak kreatif dalam penulisan bercerita. aku tidak akan meluangkan masa aku untuk membaca novel dan menonton drama ataupun filem. aku tidak kisah jika ketinggalan dalam mengambil tahu cerita-cerita atau filem-filem semasa.

No comments:

Post a Comment

al-quran

Listen to Quran

lawati juga