SALAM ALAIK
Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (al-baqarah:183)
Ahlan wasahlan al-mubarak ya Ramadhan. Malam ini adalah malam permulaan terawih menandakan esok sekalian umat Islam bakal menjalani ibadat puasa selama sebulan. Ada yang orang mengatakan penantian itu satu penyeksaan tetapi adakah bulan Ramadhan adalah bulan yang dinantikan? Mungkin ia di tunggu oleh orang beriman, yang menantikan bulan yang dipenuhi dengan rahmat Allah dan sentiasa menjadi keresahan bagi yang fasik, yang sebolehnya tiada bulan yang mewajibkan umatnya berpuasa dalam sejarah tamadun dunia.
Bulan ini merupakan bulan bagi peniaga-peniaga menambah wang saku memandangkan ini merupakan bulan lubuk duit bagi para usahawan terutama bagi produk-produk makanan. Tidak menghairankan jika di bulan ini banyak jenis kuih muih yang tidak dijumpai pada bulan-bulan yang lain. Jika saya menyenaraikan jenis kuih muih ini mungkin lebih banyak muka surat yang diperuntukkan untuk artikel ini. Ini tidak menghairankan saya jika ada di kalangan kita berebut-rebut untuk berniaga di bazar ramadhan kerana ia menjanjikan perolehan yang lumayan. Di sini adalah tempat tumpuan manusia yang ingin mencari juadah untuk berbuka puasa. Juga tidak menghairankan jika ada yang sudah bersiap sedia membuka gerai juadah seusai waktu zuhur selesai.
Tidak juga menghairankan jika perbelanjaan bulan ini melambung tinggi berbanding bulan-bulan yang lain. Tidak dipastikan mengapa situasi ini berlaku sedangkan tidak dipanggil berpuasa jika perbelanjaan di bulan puasa lebih tinggi berbanding bulan lain kecuali mencari kepuasan nafsu. Sepatutnya nafsu perlu di selia dengan sebaik mungkin kerana bulan ini merupakan universiti menyediakan program pentarbiyyahan yang terbaik sebelum kembali kepada fitrah. Kita boleh menilai semula bagaimana berkesannya puasa kita setelah berakhirnya bulan ramadhan. Ini kerana ramainya mereka yang berpuasa hanyalah sia-sia belaka melainkan hanya memperoleh lapar dan dahaga.
Bulan ini ada merekodkan beberapa siri peristiwa kemenangan umat Islam dalam peperangan yang disertai menghadapi tentera musuh antaranya Perang Badar Kubra yang terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, Fathu Makkah yang terjadi pada tahun ke 8 hijrah, Ma'rakah (perang) Ain Jalut yang terjadi pada 24 bulan Ramadhan tahun 658 hijrah menandakan bulan ini bukan alasan untuk tidak menjadi produktif. Sekadar ini sahaja, sekadar secebis perkongsian ringkas dan diharap bermanfaat kepada kita semua. Mohon kemaafan jika terdapat khilaf.
kita sudah tiada masa, jangan di salahkan serigala membaham kambing, jika si gembala memusuhi kambingnya

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al-quran
lawati juga
-
I do not know what happen to our world nowadays and I am afraid for future generation. I think our world are never give you the protection t...
-
salam alaik Sudah 6 hari paper terakhir tamat. terasa amat singkat berada di rumah. hanya 3 hari kerana aku perlu mengikuti program yang ti...
-
Hari ini merupakan gaji pertama yang aku perolehi dengan kerja part time semasa cuti semester yang masih lagi berlangsung dan hanya ting...
-
Apalah gunanya kita mencari kelemahan orang lain dikala kita masih mempunyai banyak kelemahan. Sangat naif bila kita selalu menuding kepada ...
-
Cuti hujung minggu ini saya mengambil kesempatan untuk membaca beberapa blog dari kalangan sahabat ataupun beberapa lagi blog untuk mengetah...
No comments:
Post a Comment