Wednesday, August 18, 2010

al-fatihah buat sahabatku

salam alaik

Seakan tidak disedari Ramadhan telah pun masuk hari ke-9. tidak sedar masa berlalu dengan terlalu cepat. tidak terkejar rasanya pantasnya waktu berlari mengingatkan kembali kepada usia yang semakin matang. Ramadhan tahun ini benar-benar terasa lain, teringat juga kepada arwah fifi yang meninggal Ramadhan tahun yang lalu. tidak sedar bahawa sudah setahun presiden aku meninggalkan kami buat selama-lamanya. Aku bukanlah rapat sangat dengannya masa di kopu dulu tetapi memandangkan aku juga ahli bwp, kami kerap bertemu dan paling tidak lupa berlatih badminton bersama-sama pada waktu petang walaupun aku tidak minat sukan ni. Al-Fatihah buat mu. semoga aman hidupmu di sana.

Sudah setahun berlalu, aku rasa hanya aku je lagi yang tidak datang menziarahi rumahnya. tahun lalu juga aku berpuasa dalam keadaan sakit, terawih sendiri dekat rumah dan hostel sebab aku sesak nafas bila bergaul dalam khalayak yang ramai. Alhamdulillah aku belajar sikit-sikit pasal persiapan puasa Ramadhan dari segi mengimamkan solat terawih, tadarus al-quran dan banyak lagi. ini semua atas tunjuk ajar ustaz Adzli. semasa di kopu dulu aku kerap juga berbuka puasa di rumah ustaz, terasa segan juga dibuatnya apatah lagi ada kawan-kawan aku yang mengenakan aku. cuma sampai hari ini aku pegang pada kata-kata ustaz, pilih mana yang kamu nak, jadi pemimpin yang disukai orang tetapi biarkan kemurkaan Allah, atau jadi orang yang menegakkan hak Allah tetapi dibenci manusia. aku pilih yang kedua dan hari ini tetap yang kedua kerana aku yakin kebencian manusia bersifat sementara sedangkan murka Allah aku tidak sanggup untuk berdepan.

Minggu ni juga aku baru mendapatkan no hp ustaz memandangkan aku baru add fb ustaz. sebelum ni sim card aku hilang dan kebanyakkan no hp tidak dapat diselamatkan. sudah 3 tahun tidak menjejakkan kaki ke besut. pada mulanya aku tidak menyukai suasana di sana kerana cuaca yang sangat panas pada waktu siang kecuali 1, masjid kg Raja. bacaan imamnya sangat merdu seolah aku solat di timur tengah. di kelantan perkara sebegini memang biasa terutama di bulan ramadhan kerana aku membesar di sana. kebanyakan masjid mengupah imam tahfiz untuk mengimamkan terawih dan kebanyakan daripada mereka datang dari pondok-pondok sekitar kelantan dan ada juga dari pattani. siapa kata pelajar lulusan pondok sukar mendapat tempat dalam institusi pekerjaan kerana itu hanyalah streotype semata-mata tanpa ada statistik yang membuktikan kebenaran.

Baki ramadhan kian mengecil, ibarat belon pada mulanya membesar semasa di tiup kini kian mengecut dan akhirnya kembali kepada bentuk asal. apa yang tidak ku mahu ialah belon itu pecah sebelum tiba masanya. saat hujan dan panas bersilih ganti hampir seiringan, membuatkan tubuh mula terasa lesu dan tidak bermaya tetapi apa yang perlu dilakukan teruskan baki ramadhan dengan sesempurna mungkin. mungkin ramadhan kali ini menjadi noktah terakhir kerana tiada siapa dapat menjangka bila usia bakal berakhir untuk menginjak ke alam barzakh. alam yang baru dan perlu ditempohi bersendirian tanpa teman. bersahabatlah di dunia seramai yang mungkin, musuh jangan di cari kerana we have no space to locate how many friends but one enemy could find everywhere, mengasingkan diri dari orang ramai juga penting kerana ia mampu mengelak pengaruh jelek mereka.

1 comment:

  1. salam wbt..al fatihah.semoga arwah di cucuri rahmat..

    ReplyDelete

al-quran

Listen to Quran

lawati juga